'Bau you wangi, Raqib,'
'You nak I bayar lebih ke?'
'Abang, Aida tanya ni..Abang pergi mana? Balik dengan bau rokok. Busuk!'
'Suka hati abang la nak pergi mana! Aida jangan sibuk. Semua ni salah Aida. Baru sekarang nak ambil tahu pasal abang?'
Zuraida menatap wajah arwah suaminya dalam sekeping gambar yang diambil dari almari. Selepas bertahun-tahun lelaki tak guna itu sudah mati, baru hari ini dia kembali melihat muka suaminya dalam gambar itu.
Dia tidak seperti isteri yang lain. Orang lain, kalau suami dah meninggal, mesti akan meratap seperti tiada hari esok. Tapi dia, lebih suka suami dia mati!
Zuraida terperangkap dalam ikatan perkahwinan yang dia tidak mahu. Raqib telah memerangkap dia kerana ingin membalas dendam. Semuanya kerana Zuraida pernah menolak pinangan Raqib suatu masa dulu.
Raqib datang dari keluarga berada. Orang kaya kampung. Apabila dia menolak pinangan lelaki itu, Raqib menanggung malu sehingga akhirnya membuahkan dendam di dalam jiwa lelaki itu.
Zuraida pula, hanya anak pekerja kepada ayah Raqib. Hidup mereka susah. Setiap hari membanting tulang, menjadi hamba kepada majikan demi sesuap nasi.
Ayah diugut, jika berkeras menolak pinangan Raqib, ayah dan ibu akan dibuang bekerja dari ladang kelapa sawit terbesar di kampung mereka itu, miliknya Awang, ayah kepada Raqib.
Ayah dan ibu diseksa. Mereka dipaksa bekerja seperti orang bodoh. Semuanya demi hukuman dari Awang dan keluarganya.
Sehinggalah, ayah sakit. Ayah dijumpai ibu baring meringkuk di atas tanah keseorangan kerana sakit jantung. Ibu pula, mahu mencari bantuan namun tidak kesampaian. Ibu dpatuk ular.
Sungguh malang nasib mereka! Tidak cukup dengan itu, Raqib merancang agar dia dan lelaki itu ditangkap basah. Raqib dan keluarganya memang kejam!
Sudahlah tidak sudi berkahwin, dipaksa pula melahirkan zuriat kepada lelaki itu. Zalia dan Rizhan, zuriat yang datangnya dari Raqib.
Sedikit pun Zuraida tidak sudi dengan Raqib. Dia akhirnya berpura-pura melayan Raqib kerana kasihan melihat anak-anak lelaki tidak berguna tersebut yang terlalu menyayangi bapa mereka.
Siapa sangka, Raqib akhirnya memilih untuk mencari pelacur di luar? Dia tidak peduli akan semua itu!
Saat ini, Zuraida hanya menguasai semuanya. Bukan ini yang Raqib mahukan? Harta. Kekayaan.
Dia sudah memaksa Zalia untuk menikahi Arfan demi menambah pelaburan di klinik mereka. Tapi, Rizhan pula menolak untuk disatukan dengan Tania.
Zalia dan Rizhan akan menjadi lubuk kekayaan dia. Sebaik saja semuanya lengkap, dia akan musnahkan semuanya. Biar roh Raqib tidak tenang melihat hartanya musnah begitu saja!
Rizhan mahu mengikut jejak langkah Raqib, berdampingan dengan pelacur, silakan. Dia boleh singkirkan pelacur itu dengan pelbagai cara! Selesai itu, dia akan kembali dengan rancangannya untuk menyatukan Raqib dan Tania.
YOU ARE READING
SEINDAH JANNAH(C)
RomanceJannah pernah terheret ke dalam lembah hina demi menyelamatkan Sufiah. Satu-satunya perkara yang paling dia benci, akhirnya menjadi kesukaannya. Dia sudah terpalit dengan dosa yang pernah ibu dan Sufiah lakukan. Pemergian ayah memutarkan hidup Janna...