Pencarian Rizhan ke atas Jannah seperti menemui jalan buntu. Sudah dua bulan berlalu, namun Jannah masih lagi tidak ditemui.
"Ya Allah, permudahkanlah urusan isteriku dimana jua dia berada. Aku mohon pada-Mu, Ya Allah, jagakan dia untukku. Pulangkanlah dia kepada aku, Ya Allah. Aku terlalu mencintai dia dan tidak sanggup kehilangan dia,"
Rizhan berteleku di atas sejadah. Dia baru selesai solat Isyak. Setiap hari, tak pernah sekali pun dia tidak berdoa untuk Jannah.
Biarpun minda mengasaknya dengan fikiran negatif, hatinya menolak. Hatinya percaya Jannah pasti pulang ke pangkuannya.
"Jangan...," rayu Jannah lemah saat Farid cuba menrentap pakaiannya.
"Jangan...aku tak nak!" rayunya lagi. Farid berang saat kemahuannya ditolak. Sudahlah dia bengang dengan Tania, sekarang Jannah pula menolak dia.
Tania masih lagi tidak membayar dia. Boleh pula perempuan itu melarikan diri. Tak guna! Tania tidak boleh lari jauh dari dia. Dia sudah kerahkan konco-konconya untuk mencari Tania.
Tali pinggang yang membelit pinggangnya dibuka. Dia mahu ajar Jannah balasan yang bakal diterima jika kemahuannya ditolak. Bukan hari ini sahaj, malah sebelum ini juga dia pernah buat begitu.
Tapi, Jannah gila! Apa yang diharapkan pada orang gila? Mana boleh mereka faham dan ingat apa orang cakap.
"Jangan melawan, Jannah. Aku tak suka. Aku tanya sekali lagi, kau nak dengar cakap aku atau tak nak?" soal Farid. Jannah menggeleng lemah. Dia sudah tidak larat. Perutnya juga terasa sakit.
"Oh tak nak?"
Zap!
Zap!
Zap Zap!
"Nak ke tak nak sekarang?" soal Farid. Luka di betis Jannah akibat terkena libasan tadi ditekan kuat sehingga wanita itu menyeringai kesakitan.
"Tolong...sakit...," air matanya membasahi wajah. Sakit tubuhnya saat diperlakukan begitu.
"Susahlah kau ni! Aku nak kau layan aku dalam sedar! Bukan bila dah lalok kena dadah! Kalau kau buat macam ni, macam mana aku nak buat kerja aku?" rambut Jannah ditarik kuat.
Melihatkan wanita itu yang sudah lemah dan tak lagi melawan, dia terus menanggalkan pakaiannya dan pakaian Jannah. Sudah tidak kisah dengan Jannah.
"Bos, ni perempuan yang bos nak," Kamal berbisik di telinga Farid. Farid menoleh ke belakang melihat susuk Tania yang sudah tentu lembik dibelasah Kamal dan yang lain.
"Letak dia dekat lantai,"
Pergi saja pekerjanya dari gudang itu, dia mendekati Tania. Tania hanya memandangnya dengan mata yang kuyu. Wajahnya bengkak kerana dipukul.
Farid mencengkam rahangnya kuat.
"Kau pergi mana selama ni? Berani kau lari tapi tak bayar aku," kata Farid.
"Kau nak tahu apa nasib orang yang tipu aku? Kau tengok tu," wajah Tania dihalakan ke arah Jannah yang terbaring atas lantai.
"Aku dah pakai dia banyak kali sejak dia ada dekat sini. Tak cukup dengan tu, aku bagi dia dadah, pukul dia sampai lembik tak boleh bangun. Kau nak jadi macam dia?"
"Kau tak payah jawab, Tania. Sebab kau pun on the way jadi macam dia. Tapi, aku akan bagi lebih. Aku akan bunuh kau, Tania,"
Tania mengeluarkan tangis. Dia menyesal. Mahu lari pun dah tak boleh. Saat ini, dia berharap ayahnya datang menyelamatkan dia biarpun itu mustahil.
YOU ARE READING
SEINDAH JANNAH(C)
RomanceJannah pernah terheret ke dalam lembah hina demi menyelamatkan Sufiah. Satu-satunya perkara yang paling dia benci, akhirnya menjadi kesukaannya. Dia sudah terpalit dengan dosa yang pernah ibu dan Sufiah lakukan. Pemergian ayah memutarkan hidup Janna...