14

185 5 0
                                    

"Aku terima nikahnya Nur Jannah binti Azizi dengan mas kahwin lima ratus ringgit tunai," dengan sekali lafaz, Jannah sah bergelar isteri kepada Rizhan.

Majlis ini hanya diadakan secara kecil-kecilan sahaja selepas Isyak. Keluarga Rizhan tidak besar. Jannah pula memang sebatang kara. Dia hanya ditemani Alia dan keluarga kawan baiknya itu.

"Alhamdulillah Jannah, kau dah jadi isteri orang. Aku tumpang bahagia untuk kau," ucap Alia. Jannah dipeluk erat.

"Terima kasih, Alia. Kau doakan aku ya,"

"Mestilah! Kau je kawan yang aku ada," kata Alia dengan nada yang sayu. Satu-satunya kawan dia sudah bersuami. Lepas ni, mereka tidak boleh rapat seperti dulu.

"Sayang, ni siapa?" tanya Rizhan yang baru muncul.

"Ni kawan saya dari kecil. Alia," balas Jannah.

Alia menghulurkan senyum lalu menunduk sedikit kepada Rizhan.

"Tolong jaga kawan saya ni baik-baik ya. Dia aje kawan yang saya ada," pesan Alia. Entah mengapa, rasa berat hati pula mahu meninggalkan Jannah bersama dengan suaminya.

"Saya janji, saya akan jaga isteri kesayangan saya ni baik-baik. Dari hujung rambut sampai hujung kaki," janji Rizhan lalu mengangkat tangan kanan seolah sedang berikrar.

"Okaylah Jannah, aku kena balik ni. Ayah aku kena pergi check-up dekat hospital esok. Tu yang tak boleh lama," pinta Alia. Usai bersalaman, Alia gerus berjalan ke arah ibu bapanya untuk pulang.

"Sayang, jom?" ajak Rizhan. Jannah hanya memandang wajah suaminya itu dengan rasa malu yang sudah berada di takat kepala. Dari tadi, Rizhan tidak sudah mengusiknya. Tetamu yang ada juga tidak melepas peluang untuk menambah perisa.

Tangan Jannah digenggam erat lalu ditarik mengikutnya masuk ke rumah. Tanpa mereka sedari, ada dua pasang mata sedang memerhati mereka dengan pelbagai rasa.


Jannah sudah selesai membersihkan diri semasa Rizhan keluar dari bilik air. Lelaki itu hanya bertuala. Segan Jannah dibuatnya. Dia memalingkan muka ke arah lain.

Bau sabun masuk ke dalam hidung sungguh kuat. Rizhan semakin menghampiri Jannah. Tangan diletakkan ke atas Jannah yang masih bertudung.

"Kenapa ni, malu ke?" soal Rizhan lembut. Namun, Jannah masih mendiamkan diri. Fikirannya sedikit serabut.

Ini malam pertama mereka. Jika Rizhan mahu menuntut haknya sebagai suami, benarkah suaminya itu sudah menerima hakikat dirinya sudah tercemar?

"Sayang, pandang abang," arah Rizhan allu memusingkan badan Jannah. Tudung yang menutup elok kepala si isteri ditarik perlahan.

"Cantik," puji Rizhan sewaktu melihat rambut Jannah. Panjang dan lurus. Rambut itu diusap perlahan.

"Abang tahu sayang takut. Jangan risau, abang betul-betul terima sayang seadanya. Tak ada manusia yang sempurna. Abang pun sama," kata Rizhan.

Dia tahu, Jannah takut dengan penerimaan dia terhadap Jannah. Namun, saat dia memberi masa untuk Jannah memikirkan tentang lamarannya, dia juga sudah melapangkan hati untuk menerima Jannah apa adanya.

Jannah sudah bertaubat. Dia yakin hal itu.

"Jannah minta maaf, Jannah bukan isteri yang baik untuk abang," kata Jannah. Air mata yang dari tadi ditahan sudah mula mengalir.

Seketika kemudian, kedua-dua matanya dikucup lembut Rizhan seraya mematikan tangisannya.

"Jannah akan jadi isteri yang baik. Abang cintakan Jannah sampai ke akhir hayat abang. Jannah hanya milik abang seorang," luah Rizhan. Dia mahu meyakinkan Jannah akan ketulusan hatinya.

Tubuh wanita itu dirangkul erat sebelum Rizhan bangun lalu mencempung Jannah ke katil mereka.

Mulai saat ini, dia hanya mahu harinya ditemani Jannah, kekasih hatinya. Biarlah Jannah bukan yang pertama, namun Jannah tetap yang terakhir.

SEINDAH JANNAH(C)Where stories live. Discover now