Batu nisan di pusara Raqib dia usap.
"Aku minta maaf Raqib...aku tak boleh teruskan berpura. Aku tak pernah anggap Rizhan dan Laila macam anak aku biarpun aku yang mengandungkan mereka,"
"Aku tak mampu nak lupakan semua yang jadi antara kita Raqib. Memang betul apa yang Zalia cakap semalam, aku yang musnahkan semuanya...,"
"Hari ni, aku akan bayar atas semua dosa aku pada kau sebagai suami aku, Raqib. Aku harap kau tenang dekat sana dan ampunkan dosa aku pada kau sepanjang aku jadi milik kau,"
"Mungkin dari awal, kau yang patut hidup sampai ke hari ni...bukan aku yang sepatutnya ada dekat sini. Aku janji Raqib, aku akan bayar semua dosa aku pada kau. Dan untuk kali terakhir ni, satu-satunya yang aku mampu buat untuk menoktahkan segala-galanya,"
Zuraida bangkit dari duduknya. Dia berjalan ke arah teksi yang sentiasa ada di sekitar kawasan itu.
"Encik, tolong bawa saya ke balai polis terdekat," pintanya. Pemandu teksi itu hanya mengangguk sebelum mula memandu.
"Ya puan, ada yang saya boleh bantu?" tanya pegawai polis yang menjaga kaunter.
"Saya nak serahkan diri polis atas kesalahan membunuh suami saya beberapa tahun lepas," ujar Zuraida.
Pegawai polis tadi memandang rakan setugasnya.
"Puan ada bukti yang boleh mensabitkan kesalahan?" tanya pegawai itu.
Zuraida mengeluarkan sampul surat kepada pegawai polis itu. Sampul dibuka. Terdapat banyak gambar dan resit pembelian ubat terkawal.
Seandainya Aydin tidak pergi meninggalkan mereka semalam, mungkin dia masih kekal hanyut dengan dosa yang dilakukan selama ini.
Dia sebenarnya sudah menerima kehadiran Aydin. Bukan sahaja terima, malah jatuh sayang pada cucunya itu. Satu yang dia tidak boleh terima, Jannah.
Saat dia tersedar, semuanya telah terlambat. Aydin sudah tidak bernyawa.
Dendam Zuraida pada arwah Raqib telah tamat. Hari ini, dia menebus dosa-dosanya pada Raqib dengan cara menyerahkan dirinya pada pihak polis untuk dihukum atas kesalahan membunuh suami sendiri.
Satu rahsia yang hanya dia seorang yang tahu.
Raqib tak berhenti menumpahkan kasih sayangnya pada Zuraida dari awal perkahwinan mereka. Namun, semuanya ibarat sia-sia saja.
Saat dia tidak bersedia, Raqib telah meninggalkan nyawa dalam rahimnya.
Sehinggalah Zalia lahir dan diikuti Rizhan, dia masih lagi hidup dengan dendam lamanya pada Raqib dan keluarga mertuanya.
Realiti yang dia hadapi dan apa yang orang di luar lihat, ternyata berbeza. Orang melihat keluarga mereka sebagai keluarga bahagia. Tersiratnya, hanya dia yang tahu.
Saat Raqib curang, Zuraida sendiri jadi gila. Dia membunuh suaminya dengan mencampurkan racun ke dalam makanan lelaki itu. Raqib mati kerana perbuatan dia.
"Tuan, mana ibu saya?" soal Rizhan yang ditemani Arfan. Pihak polis menghubunginya untuk memaklumkan tentang Zuraida yang datang menyerah diri di balai polis.
"Puan Zuraida ke? Dia ada dekat dalam. Kalau encik nak jumpa, perlu tunggu dulu sebab tahanan dalam siasatan," ujar polis itu.
"Atas kesalahan apa?"
"Pembunuhan. Puan Zuraida mengaku yang dia telah membunuh arwah Encik Raqib dulu,"
Dang!
Dunia seakan berhenti berputar. Rizhan sangka, ayahnya meninggal kerana sakit. Tapi tidak.
Rupa-rupanya lelaki yang dia sungguh sayangi itu dibunuh. Dan pembunuh itu adalah ibunya sendiri.
YOU ARE READING
SEINDAH JANNAH(C)
RomanceJannah pernah terheret ke dalam lembah hina demi menyelamatkan Sufiah. Satu-satunya perkara yang paling dia benci, akhirnya menjadi kesukaannya. Dia sudah terpalit dengan dosa yang pernah ibu dan Sufiah lakukan. Pemergian ayah memutarkan hidup Janna...