EPILOG 1

595 3 0
                                    

"Umi," Jannah memanggil Umi Fatimah dari luar bilik kerja wanita itu. Umi Fatimah sedang tekun membuat kerjanya sebelum dia memanggil wanita itu.

"Jannah...Bila Jannah datang?" Umi Fatimah bangun lalu merangkul Jannah. Lama juga dia tidak berjumpa Jannah dan Rizhan.

"Baru aje, umi. Umi sihat?"

"Sihat, Jannah. Ni, Jannah datang sendiri atau Han ada juga?"

"Han ada ni umi," balas Rizhan yang baru memunculkan diri. Dia pergi ke tandas sebentar tadi.

"Ya Allah, rindunya umi dekat kamu berdua. Dah lama tak datang sini. Malam ni tidur sini ya? Umi siapkan bilik nanti," kata Umi Fatimah. Dia teruja melihat sinar di wajah Jannah dan Rizhan.

"Memang kami rancang nak tinggal sini tiga hari. Malam ni, Rizhan dah tempah makanan istimewa untuk kita semua. Cakap dengan petugas kantin, malam ni cuti,"

"Okay, beres," balas Umi Fatimah.




Uwek! Uwek!

Sejak dari pagi tadi lagi, sebelum mereka memulakan perjalanan ke Rumah As-Sakinah, dia termuntah-muntah.

Mujur sepanjang perjalan tadi, dia cuma pening saja.

"Sayang, kenapa ni? Tak habis muntah dari pagi tadi. Kita pergi klinik, jom?" Rizhan mengusap belakang Jannah. Risau juga Jannah asyik termuntah. Nampak lembik pula isterinya itu.

"Tak payahlah. Jannah okay, abang  Jangan risau ya?" Rizhan memimpin Jannah keluar dari bilik air.

"Nak makan? Abang ambilkan," Jannah sudah banyak memuntahkan isi perut, tentu kejap lagi akan kelaparan.

"Tak nak abang. Jannah tak lapar lagi. Masih mual. Kalau makan nanti, muntah lagi," balas Jannah. Dia rasa trauma pula apabila muntah tak berhenti dari pagi tadi.

"Abang, kalau Jannah nak minta sesuatu boleh?" soal Jannah. Dia sudah lama teringin.

"Apa dia, sayang?" Rizhan mengerutkan dahi. Jannah jarang meminta apa-apa dari dia. Tapi, kalau Jannah minta pun, dia pasti akan tunaikan.

"Jannah teringin nak makan ikan patin masak tempoyak. Boleh ke abang?" Jannah bertanya dengan berhati-hati.

"Aik, kenapa tak boleh pula? Mestilah boleh. Nanti kita cari. Tapi, kenapa tiba-tiba je? Kejap..." jeda. Rizhan merenung perut Jannah.

"Kenapa?" Jannah bertanya. Pelik apabila mata suaminya merenung perutnya semacam saja. Dia pula rasa segan.

"Sayang dah berapa lama tak datang period?" Rizhan bertanya.

"Hurm...dalam sebulan lebih. Jannah tak perasan pula yang Jannah dah lama tak period," jawab Jannah. Rizhan tersenyum.

Muntah sudah, tak datang period sudah. Mengidam pun sudah. Apa maksudnya tu?

"Abang rasakan, sayang pregnant," kata Rizhan.

"Mengandung?" Rizhan mengangguk.

"Kita check jom?"




Dua garis biru yang terpapar di alat ujian kehamilan itu membawa tangisannya turun. Dia gembira. Lama dia menantikan untuk ada zuriat sekali lagi bersama Rizhan.

"Sayang, macam mana? Okay ke? Jangan risau Jannah, kalau Jannah tak pregnant lagi, abang okay aje. Yang penting, Jannah sihat," jerit Rizhan dari luar bilik air.

Lama juga dia menunggu Jannah keluar dari bilik air. Bimbang jika Jannah sedih kerana tidak hamil. Dia tahu, Jannah sudah lama mahukan zuriat.

Pintu bilik air dibuka.

"Jannah mengandung abang," kata Jannah. Rizhan terpana. Alat ujian kehamilan di tangan Jannah diambil lalu dilihat sendiri. Lantas, dia kembali memandang Jannah. Jannah mengangguk padanya.

"Alhamdulillah. Terim kasih, sayang. Ya Allah, abang tak sangka kita akan dapat baby lagi," dahi Jannah dikucup bertalu-talu.

"Anak ni akan menambah kegembiraan dalam rumah kita, sayang,"

Syukur, Ya Allah.

SEINDAH JANNAH(C)Where stories live. Discover now