Hari yang ditunggu-tunggu tiba. Hari ini, Jannah bakal menerima kaki palsu yang ditaja oleh penderma Rumah As-Sakinah ini. Sayang sekali, beliau tidak dapat menghadirkan diri atas urusan penting.
Kalaulah penderma itu ada hari ini, Jannah mahu mengucapkan terima kasih pada beliau.
"Jannah, cubalah sarung kaki tu. Tengok okay ke tak," arah Umi Fatimah. Dia membantu Jannah berdiri.
"Kami harap kaki ni okay dengan Puan Jannah. Andai kata tak sesuai, Puan boleh bagitahu. Kami akan uruskan balik dengan segera," kata seorang wanita. Mungkin dia pengurus kaki palsu itu.
"Bismillah," Jannah perlahan-lahan menyarungkan kaki palsu itu ke kakinya. Dengan memegang tangan Umi Fatimah, dia berjalan perlahan-lahan dalam pejabat itu.
"Macam mana, puan? Okay ke?" soal wanita tadi. Jannah mengangguk.
"Alhamdulillah," ucap Umi Fatimah lega.
"Terima kasih, cik. Umi, tolong bagitahu dekat penderma kaki palsu ni, Jannah berterima kasih sangat-sangat," ucap Jannah.
Jannah tersenyum lebar. Dalam dia bersedih selama ini, Allah mengantikan kesedihan itu dengan kegembiraan.
Saat dia hilang cinta suaminya, Allah menganntikan kehilangan itu dengan kehadiran zuriat tanda cinta dia dan Rizhan.
Hari ini, dia diberikan kaki baharu.
Syukur Alhamdulillah.
Pak!
Baldi yang berisikam kain dan air sabun disepak sehingga terkeluar isi dari dalam baldi itu. Jannah mengangkat wajahnya melihat gerangan yang baru menumpahkan pakaian yang sedang dia cuci.
"Apasal kau pandang aku macam tu? Marah?"
"Sarah, kenapa awak buat macam tu?" soal Jannah. Sarah merupakan penghuni lama di rumah As-Sakinah. Selama dia menetap di sini, Sarah sering kali tidak berpuas hati dengan Jannah.
"Kau tanya kenapa aku buat macam tu?" soal Sarah kembali lalu ketawa sinis.
"Untung kau kan, semua kau dapat. Semua bantuan yang ada, dapat dekat kau. Kami yang dah lama duduk dekat sini, kena bekerja macam buruh pula!" marah Sarah.
"Saya tak pernah minta semua tu, Sarah. Itu rezeki dan saya terima,"
"Eleh, macamlah aku tak tahu, kau memang selalu berlakon baik dengan umi. Sebab kau nak hidup senang dekat sini, kan?" soal Sarah lalu menarik rambut Jannah lalu....
Pang!
Wajah Jannah ditamparnya sekuat hati. Jannah terkesima dengan perbuatan Sarah tadi. Dan semua mimpi ngerinya datang berulang tayang.
Pang!
"Kau ingat kau boleh lari dari aku Jannah? Aku akan kerjakan kau sampai mati!"
Zap!
Zap!
Zap!
"Abang, sakit! Lepaskan Jannah...Jangan pukul Jannah lagi. Jannah isteri abang,"
"Ah, aku tak kisah. Dulu kau isteri aku. Lepas semuanya terbongkar, aku tak sudi terima kau sebagai isteri. Sekarang aku tanya, kau nak ke tak layan aku, hah?!"
Baju yang dipakai dikoyak rabak dek Rizhan. Usai itu, lelaki itu memukul kuat tubuhnya yang sudah sedia berbirat. Ada sedikit koyakan di betis akibat dilibas dengan tali pinggang.
"S...sa..saya minta maaf Sarah...saya janji, saya takkan minta apa-apa...la..lagi dari umi dan s..se..siapapun," rayu Jannah. Matanya dipejam rapat berharap agar peristiwa lalu berhenti bermain diruangan minda.
Sarah melepaskan cengkaman rambut Jannah lalu menyepak sekali lagi baldi yang sudah jatuh tadi sebelum berjalan keluar dari bilik air.
"Arghh!"
Jannah melepaskan rasa sakitnya. Betul kata Rizhan, sampai mati dia akan terseksa atas dosa lama yang dia pernah lakukan.
"Ya Allah, kau tak pernah terima ke taubat aku selama ni? Kenapa hidup aku masih terseksa sampai ke hari ni? Ampunkan aku, Ya Allah...," ucap Jannah dengan tangisannya.
YOU ARE READING
SEINDAH JANNAH(C)
RomanceJannah pernah terheret ke dalam lembah hina demi menyelamatkan Sufiah. Satu-satunya perkara yang paling dia benci, akhirnya menjadi kesukaannya. Dia sudah terpalit dengan dosa yang pernah ibu dan Sufiah lakukan. Pemergian ayah memutarkan hidup Janna...