Sudah jam 3 pagi, tapi Jannah masih belum tidur. Dia sekarang berada di bilik dekat dengan dapur. Rizhan mengurungnya di sini kerana tidak sudi lagi tidur bersamanya.
Jannah bangun lalu mendekati cermin yang elok tergantung di dinding. Melihatkan diri sendiri dalam cermin itu, hatinya pilu.
Rambutnya yang dulu panjang dan ikal, kini pendek serupa rambut lelaki. Malah, potongannya juga tidak sama. Ada yang pendek, ada yang panjang.
Tergamak Rizhan memperlakukan sebegini pada dia! Tapi, bukankah dia sememangnya layak menerima nasib begini, selepas semua yang telah dia lakukan pada keluarga suaminya?
Dulu, dia tidak sekali pun menyesal kerana pergi ke neraka yang pernah dia jejakkan kaki ke situ suatu masa dulu. Semuanya demi membawa Sufiah, satu-satunya adik yang dia ada untuk keluar dari situ. Ayah terlalu mahukan Sufiah agar pulang.
Jannah pula, hanya menurut permintaan ayah. Dia tidak sanggup melihat ayah menanggung sakit dan juga rindu yang mendalam pada Sufiah.
Namun sekarang, dia menyesal. Kalau perlu tukarkan nyawa dia dengan nyawa ayah sekali pun, dia sanggup. Dia sanggup hilang adiknya. Yang penting, dia tidak merosakkan diri sendiri.
Lihatlah sekarang, hidup dia juga yang musnah. Bukan saja hidupnya, malah keluarga Rizhan juga. Tapi, layakkah untuk dia menyesali segalanya? Sedangkan dia juga yang pernah memilih untuk kekal berada di kelab malam itu dulu?
Jannah fikir, keputusannya untuk melarikan diri untuk keluar dari kelab malam itu dan berhenti menjadi pelacur sudah cukup. Rupanya, ada sesuatu yang perlu dia bayar.
Ya, kemusnahan keluarga Rizhan.
"Hoi, perempuan. Bangun!" panggil Rizhan kuat. Liat pula perempuan ini mahu bangun dari tidur. Mungkin sebab penat diseksa semalam.
Jannah bangun terpisat-pisat. Dia segera bangun lalu duduk di tepi dinding. Takut jika Rizhan bertindak kasar lagi ke atas dia.
"Dekat luar tu, ada maid baru datang. Nama dia Linda. Lepas ni, dia yang akan masak dan kemas rumah. Kau tak payah buat semua tu lagi. Buat apa yang dia suruh. Aku juga upah dia untuk perhatikan kau. Jadi, jangan berangan nak larikan diri, faham?" soal Rizhan.
Jannah hanya mengangguk lemah. Dia tidak berani untuk melawan Rizhan. Lelaki itu keluar dari bilik itu. Mungkin mahu pergi bekerja.
Kemudian, datang pula seorang wanita lebih kurang berusia 30-an. Mungkin ini Linda. Wanita itu membawa beberapa pakaian Jannah dan juga keperluan lain. Semuanya dicampak ke atas lantai. Jannah terkejut dengan perlakuan wanita tersebut.
"Ini semua barang-barang kau. Tuan Han suruh campak dalam bilik ni. Jangan berani keliar dari sini, melainkan aku atau Tuan Han yang suruh. Kejap lagi, aku dah masak, aku hantar makanan ke sini!" kata wanita itu lagi.
Tiba-tiba saja, Linda ketawa sinis.
" Tak sangka, Tuan Han beristerikan pelacur. Kau tahu, dia cerita semuanya pada aku dan suruh aku seksa hidup kau siang hari. Dia kata, malam turn dia pula," kata Linda lagi sebelum keluar dari bilik kecil tersebut.
Jannah tergamam. Sampai hati Rizhan menceritakan aibnya pada orang lain. Sekarang, Linda sudah tahu siapa dirinya.
YOU ARE READING
SEINDAH JANNAH(C)
RomanceJannah pernah terheret ke dalam lembah hina demi menyelamatkan Sufiah. Satu-satunya perkara yang paling dia benci, akhirnya menjadi kesukaannya. Dia sudah terpalit dengan dosa yang pernah ibu dan Sufiah lakukan. Pemergian ayah memutarkan hidup Janna...