"Jannah, Jannah buat apa tu?" soal Zalia sambil menyelongkar bag tangannya. Telefonnya tiada. Seharusnya ada dalam bag kerana dia sudah memasukkan telefon itu.
"Jannah?" panggil Zalia. Saat tidak menerima jawapan dari Jannah, Zalia mengangkat wajahnya.
Sekeliling ruang tamu kosong. Malah, pintu rumah juga terbuka.
"Jannah, Jannah dekat mana?" jerit Zalia memanggil Jannah.
Dia berjalam ke setiap sudut rumah itu, namun Jannah tidak kelihatan di mana-mana.
Zalia berjalan ke luar rumah. Pagar juga terbuka luas. Bantal dan kain milik Aydin yang selalu berada di tangan Jannah bertaburan di hadapan pagar.
Ya Allah, Jannah pergi mana? Rizhan yang baru turun didekati.
"Han! Han, Jannah dengan Han ke?"soal Zalia.
"Tak ada, kak. Dia duduk dekat ruang tamu tadi," jawab Rizhan.
"Ya Allah, dia tak ada dekat situ. Akak daj cari kat semua tempat, dia tak ada. Tu, pintu pagar terbuka. Han, kita kena cari Jannah,"
Hampir gugur jantung Rizhan saat melihat pagar terbuka.
'Sayang, sayang pergi mana?'
Tubuh layu wanita yang sedang dia pangku diamati. Tangannya dilayangkan ke tubuh wanita itu.
"Aku tak sangka, kau dah gila. Cacat pula tu. Tak apa Jannah, lepas aku seksa kau, aku pakai kau sendiri," bisik Farid ditelinga Jannah.
Dia berjaya menculik Jannah di rumah yang mungkin milik Rizhan pagi tadi. Saat dia berjalam di hadapan rumah itu, Jannah sedang berdiri di luar dengan bercakap pada sebuah bantal peluk kecil.
Sah! Perempuan itu gila!
Lebih mudah kerja dia apabila pagar rumah itu terbuka. Farid terus berjalan masuk ke rumah dan menekup wajah Jannah dengan kain yang dituang kloroform.
"Aku dah cakap, Jannah. Kalau aku jumpa kau balik, aku akan seksa kau habis-habisan. Tak ada sesiapa yang patut keluar dari tempat aku bila dah masuk. Lagi-lagi kau. Tapi, kau nak tahu sesuatu? Adik kau akan tengok kakak dia mati depan mata. Itu balasannya bila cuba lawan aku,"
"Aku lupa Jannah. Mak kau pun dah mati depan adik kau. Lepas ni, giliran kau pula. Hari ni, kau gila. Esok lusa, adik kau pula gila," ujar Farid lalu ketawa kuat. Kerana ketawa itulah, Jannah terbangun.
"Kau ni siapa?" soal Jannah takut-takut. Dia menggerakkan tubuh ke belakang kerana takut dengan pandangan Farid padanya.
"Aku? Aku Farid,"
"Kau tak kenal aku ya? Sebab kau dah gila!" Farid mendekati Jannah.
"Aku nak balik. Anak aku nak jumpa aku,"
"Nak balik?" Jannh mengangguk laju.
"Tak boleh!" jerkah Farid.
"Aku nak balik! Aku nak balik! Argh!" jerit Jannah saat rayuannya tidak dipedulikan. Dia menghantukkan kepalanya kuat ke dinding.
Farid hanya memandang kelakuan Jannah. Satu picagari yang diletakkan atas meja dia capai. Inilah rancangan yang lama dia atur. Jannah dihampiri.
"Argh! Sakit!" jarum picagari tadi menerobos ke dalam kulit.
"Sakit...," rayu Jannah separuh lemah. Matanya mengecil perlahan-lahan dan dia akhirnya memejamkan mata. Lena.
Farid menyungging senyum sinis. Jannah bakal jadi tempat untuk dia mencuba dadah baharu.
YOU ARE READING
SEINDAH JANNAH(C)
RomanceJannah pernah terheret ke dalam lembah hina demi menyelamatkan Sufiah. Satu-satunya perkara yang paling dia benci, akhirnya menjadi kesukaannya. Dia sudah terpalit dengan dosa yang pernah ibu dan Sufiah lakukan. Pemergian ayah memutarkan hidup Janna...