11

195 9 0
                                    

Batu nisan si ayah diusap. Sejak berbulan lali, dia akan datang ke sini untuk meluahkan perasaannya pada ayah jika dia ada masalah.

Dulu, Jannah yang paling rapat dengan ayahnya. Tidak seperti Sufiah. Gadis itu lebih rapat dengan ibu mereka. Sayang sekali, ibu pergi meninggalkan mereka sekeluarga.

Ibu dan ayah kerap bertengkar atas faktor wang dari zaman remaja Jannah dan Sufiah lagi. Upah menoreh getah tidak berbaloi. Ibu pula, menjahit baju.

Ibu sering kali merungut dengan kehidupan mereka sekeluarga yang sangat susah. Ibu tidak sanggup hidup sebegitu. Namun, ayah sabar memujuk ibu.

Sehinggalah suatu hari, ibu berubah. Katanya, dia bekerja di bandar. Tidak boleh pulang selalu. Hinggalah cerita tersebar dari orang kampung mengatakan ibu bekerja sebagai pelayan di kelab malam.

Ayah menceraikan ibu di depan Jannah dan Sufiah. Sufiah berkeras mahu mengikut ibu tetapi ayah menghalang.

"Ayah, betul ke keputusan Jannah ni?" soalnya pada ayah yang entah dengar atau tidak luahannya.

Dia beristikharah. Meminta petunjuk daripada Allah SWT. Sudah berminggu berlalu sejak dia membuat keputusan untuk menerima lamaran Rizhan.

Akan tetapi, syaratnya adalah, Rizhan perlu jujur dengan ibunya tentang kisah silam Jannah. Jika ibu Rizhan tidak merestui hubungan mereka, Jannah sendiri akan menarik diri.

Rizhan setuju. Tapi, dia masih lagi belum memberitahu tentang hal Jannah kepada ibunya.

"Apa?! Pelacur?" tanya Puan Zuraida dengan nada suara yang tinggi. Mana tidaknya, dia terkejut apabila anaknya mahu berkahwin dengan bekas pelacur.

"Ya, bu. Tapi, dia dah berubah. Han sendiri tengok dia perempuan yang baik," kata Rizhan cuba meyakinkan ibunga.

"Have you forgot all the things happened because of your dad? That useless man! Sebab pelacur, hidup kita sekeluarga berpecah belah! Si Raqib boleh menyedap dengan pelacur dekat luar, tinggal anak bini dekat rumah. And now you said that you want to marry an ex-whore? For god sake!" jerkah Puan Zuraida.

Apa entah yang sudah betina tu bagi anaknya makan? Sampaikan Rizhan tergila-gilakan dia dan tidak mahu memperisterikan Tania.

Tania sempurna di mata dia. Cantik, bijak, sopan dan bertudung. Dia yakin, Rizhan pasti beruntung apabila berkahwin dengan Tania nanti. Ini tidak, pelacur mana yang dia cari, tak tahu la!

"Please ibu. I really love her. Dia dah berubah. Jannah bukan perempuan jahat and I don't want to care about her past. Tolong, bu. Restu hubungan kami," rayu Rizhan.

Makin naik angin Puan Zuraida dibuatnya.  Namun, dia mengawal air mukanya.

"Okay, fine. Bring her to our home as soon as possible," kata wanita itu.

"Thank ibu. Thank you very much," kata Rizhan lalu tersenyum. Tubuh si ibu dipeluk erat.

'Ingat senang-senang aku nak biar hidup perempuan kotor macam kau  senang? Jangan harap,' desis Zuraida.

SEINDAH JANNAH(C)Where stories live. Discover now