42

338 9 0
                                    

'Hidup kau hancur, Jannah...Kau, tak layak bahagia!'

"Diamlah! Diam! Tolong diam...aku tak nak...jangan...,"

'Dia akan seksa hidup kau, Jannah. Kau tak boleh lari lagi,'

"Jangan...aku merayu...jangan buat aku...,"

Tangisan Jannah mendayu-dayu. Saat dia sudah terduduk di tepi wakaf, dia menekup telinganya. Berharap agar suara-suara tadi pergi jauh darinya.

"Jannah, saya minta maaf. Jangan macam ni, Jannah," Rizhan memanggil Jannah dari tadi namun wanita itu tetap sama. Menangis dan meminta agar dia tidak diapa-apakan.

Apa yang dah jadi pada Jannah sehingga begini jadinya? Dia juga doktor dan tahu tingkah Jannah bukannya lakonan. Emosi wanita itu tidak stabil.

Rizhan semakin yakin, mimpi yang dia alami selama ini berkait rapat dengan apa yang dia saksikan sekarang.

Jannah yang masih dengan tangisannya didekati. Kedua-dua tangan wanita itu dipegang erat. Rizhan rasa seolah hatinya sayu melihat keadaan Jannah saat ini.

Memang benar, dia sudah ke mahkamah untuk mengesahkan status perkahwinan mereka. Tiada talak dijatuhkan mahupun apa-apa permohonan cerai difailkan.

Maka, sah mereka masih suami isteri.

"Jannah, saya minta maaf. Saya..saya tak tahu apa yang dah jadi...," luah Rizhan.

Matanya jatuh pada perut Jannah yang besar. Jannah sedang hamil dan itu anak dia kan?

"Ada drama laki bini pula dekat sini? Macam mana pula isteri orang kaya ni boleh sesat dekat sini?" soal Sarah sinis. Dari tadi dia melihat apa yang jadi.

"Entah-entah, itu modal si Jannah tu aje sebab nak tarik perhatian Encik Han. Yelah, Encik Han kan kaya. Bukannya kita tak tahu Jannah ni kaki mengipas orang," kata lagi satu suara.

'Tak..tak, aku tak menipu!' jerit Jannah biarpun hanya terdengar di hati.

"Saya minta jangan ada sesiapa pun mereka cerita tentang kami berdua. Kalau saya tahu, saya tak akan biarkan saja," kata Rizhan lalu merangkul tubuh Jannah. Tubuh Jannah masih keras sejak tadi. Mungkin kerana ketakutan.

Belakang wanita itu diusap lembut demi menenangkan Jannah.

"Han, Jannah, kenapa ni?" tegur umi. Umi Fatimah bergegas ke situ saat ada penghuni yang memberitahunya Jannah dan Rizhan bertengkar.

Dia yang diberitahu Jannah tentang penderitaan wanita tersebut. Cumanya, dari pihak Rizhan, dia tidak mendengar sebarang cerita melainkan lelaki itu kemalangan hilang ingatan dan disuruh Puan Zuraida untuk menikahi calon yang dia tetapkan.

"Jannah?" Rizhan merungkaikan rangkulannya saat memyedari Jannah tidak terkutik dari tadi.

"Jannah?" Rizhan sekali lagi memanggil nama Jannah, tetapi mata wanita itu hanya terpejam dengan tubuh yang longlai.

"Umi, tolong sediakan kereta. Saya nak bawa Jannah pergi hospital!"

"Kejap, umi suruh driver sediakan kereta," kata Umi Fatimah lalu bergegas pergi mencari bantuan.

"Jannah, tolong bangun!"

SEINDAH JANNAH(C)Where stories live. Discover now