32

296 6 0
                                    

Sebulan kemudian...

Jannah duduk dibangku yang tersedia di ruang rehat Rumah As-Sakinah. Perut yang kian membesar diusap perlahan.

Sudah berminggu-minggu dia dibenarkan pulang dari wad hospital. Dengan bantuan jururawat yang merawatnya, dia dihantar ke sini.

Dan kini, dia menjadi sahabat baik Nisa, jururawat yang banyak membantu dia dulu. Rumah As-Sakinah merupakan rumah kebajikan bagi wanita dan remaja perempuan yang ditubuhkan oleh ibu saudara Nisa, Umi Fatimah atau lebih mesra disapa sebagai Umi.

Jannah tekad untuk terus menjauhkan diri daripada Rizhan dan keluarga lelaki itu, apatah lagi Rizhan dan Tania juga bakal melangsungkan pernikahan mereka. Untuk apa dia masih berada di situ?

Dia kini lebih tenang. Seronok mempelajari ilmu agama bersama-sama penghuni lain di Rumah As-Sakinah. Ada juga beberapa kursus kemahiran ditawarkan seperti menjahit, memasak dan mengubah. Jannah mengambil peluang untuk menyertai kursus menjahit.

Dia mahu mengumpul wang supaya untuk persiapan kelahiran bayinya nanti.

Ingatan Jannah menjengah tentang Rizhan. Bagaimana agaknya keadaan Rizhan sekarang? Jannah menghela nafas berat.

Dia tahu yang dirinya menggalas dosa yang besar meninggalkan Rizhan sendiri apatah lagi dengan keadaan lelaki itu yang entah sudah sihat atau mungkin masih terlantar di katil hospital.

Tapi, adakah dia punya pilihan lain? Dia dibenci sedalam-dalamnya. Pedulikah mereka jika Jannah mengambil berat tentang suaminya itu?

Setiap hari Jannah berdoa agar Rizhan kembali sihat dan menjalani kehidupan yang bahagia. Sudah tentu lelaki itu bahagia kerana Jannah sudah berlalu dari hidup lelaki itu.





"Jannah buat apa tu?" sapa Umi Fatimah sambil tersenyum melihat Jannah yang tekun benar menjahit.

"Jannah tengah jahit baju jubah yang orang tempah minggu lepas, umi," balas Jannah mesra.

Di Rumah As-Sakinah, penghuni disitu bukan sahaja ditawarkan kursus kemahiran, tapi bakat mereka juga dijadikan sebagai sumber pendapatan.

Seperti contoh, penghuni yang menyertai kursus menjahit boleh menerima tempahan pakaian dari orang luar. Hasil atau upah yang diterima akan menjadi milik mereka sepenuhnya.

"Umi tengok, baju-baju yang Jannah jahit cantik sangat. Kemas. Tak macam orang baru belajar," puji Umi Fatimah.

Jannah tersenyum.

"Jannah bosan. Tak tahu nak buat apa. Jadi, Jannah isi masa lapanh dengan belajar menjahit sampai jahitan nampak cantik,"

"Jahit, jahit juga. Tapi Jannah kena ingat untuk jaga kesihatan sendiri. Kesian baby dalam perut berjaga sama dengan mama dia sebab nak menjahit," gurau Umi Fatimah.

"Insya Allah umi,"

"Nanti, kalau dah siap jahit, panggil umi. Biar umi aje yang serahkan dekat pelanggan. Jannah rehat tau," pesannya lagi.

"Baik, umi,"

"Okaylah, umi ada kerja nak buat lagi ni. Lagi dua minggu, penderma terbesar rumah ni akan datang melawat. Banyak persiapan umi kena buat. Umi pergi dulu ya," kata wanita yang sudah berusia hampir 50-an itu lalu berlalu pergi.

Baik sungguh hati penderma itu. Khabarnya, dia sudah lama menderma sejak dari 10 tahun yang lalu. Kata umi, Rumah As-Sakinah pernah mengalami krisis bekalan makanan dan ubat-ubatan yang teruk.

Tanpa disangka, penderma itu banyak membantu dari segi makan minum dan juga kesihatan penghuni-penghuni di sini. Dan beliau masih lagi membantu sehingga kini tanpa mengambil sebarang ganjaran pun.

SEINDAH JANNAH(C)Where stories live. Discover now