24

251 8 0
                                    

Lena Jannah terganggu saat dia merasakan tubuhnya berat dan wajahnya disentuh kasar. Jannah membuka mata perlahan. Rizhan sedang menindihnya.

"K..Ke..Kenapa abang?" tanya Jannah perlahan. Tubuh yang sudah sedia lemah, semakin tak berdaya untuk digerakkan sedikit pun. Jannah penat kerana tidak berhenti menghamburkan tangisannya sejak semalam.

Wajah Rizhan merapati wajahnya. Rizhan mengucup Jannah semahunya. Jannah cuba menolak namun Rizhan mematikan tingkahnya.

Kini, lelaki itu bermain di lehernya pula. Sentuhan lelaki itu tidak lagi selembut dulu. Hanya sakit yang Jannah rasakan  sekarang.

"Abang, berhenti. Sakit..," Jannah merayu. Namun, Rizhan tidak mengendahkannya.

"Abang...,"

Pang!

"Argh!" Jannah mengaduh kesakitan. Pipinya perit akibat ditampar Rizhan.

"Aku nak kau layan aku! Kau tak faham lagi ke?! Bukan ini kerja kau dulu?!" jerkah Rizhan.

"Tolong abang, Jannah tak larat...Jannah sakit, abang!"

"Aku tak suka kau tolak aku, Jannah. Layan aku! Kau nak serah diri atau tidak?!" Jannah menggeleng apabila disoal. Dia benar-benar tidak larat.

"Berani kau melawan aku? Sini kau perempuan!" tubuh Jannah ditolak ke atas lantai. Tali pinggang yang membelit pinggang lelaki itu dibuka, siap sedia mahu melepaskan amarahnya. Dia tidak suka Jannah menolak kemahuannya!

Lagi pula, siapa Jannah untu menolak? Perempuan itu masih tidak sedari diri.

Zap!

Zap!

Zap!

"Abang, sakit! Ya Allah, tolong aku!" rintih Jannah saat tali pinggang itu melibas tubuhnya.

Zap!

Zap!

Berkali-kali dia melibas Jannah dengan taki pinggangnya hingga Jannah terbaring layu di atas lantai. Paling dia suka, Jannah tidak lagi melawan seperti tadi.

Tubuh itu ditarik agar bangun lalu ditolak ke tilam. Rizhan belum puas selagi kemahuannya tidak ditunaikan.



Jannah hanya melihat Rizhan menyarungkan pakaian ke tubuh lelaki itu dengan hati yang disiat-siat. Seketika kemudian, Rizhan mencampakkan pakaian Jannah ke muka isterinya itu. Senyum sinis tersungging di bibir.

"Kau tengok apa? Tak suka ke layan aku ni?" soal Rizhan sambil menyarung seluar.

"Aku tak kisah kalau kau tak suka sekalipun, Jannah. Tapi aku nak kau layan aku bila aku minta. Buat apa aku simpan kau dalam rumah ni kalau boleh tengok je?" tanya lelaki itu lagi.

Rizhan yang sudah siap memakai baju berjalan ke pintu. Dia mahu keluar dari bilik ini. Panas. Tiada kipas atau apa-apa pengudaraan pun. Sesuai untuk didiami Jannah. Namun, langkah lelaki itu terhenti dan dia berpaling memandang Janah semula.

"Pagi nanti aku pergi klinik, aku bawa balik pil perancang. Kau makan ya ubat tu. Aku tak sudi nak ada anak dengan kau," ujar Rizhan lalu terus keluar dari kamar itu.

"Argh!" jerit Jannah lalu menghentakkan kepalanya berkali-kali ke dinding. Sampai begini sekali Rizhan membencinya.

Kalau sudah benci, buat apa disimpan dirinya dalam rumah ini? Buang saja mana-mana lelaki itu mahu.

Tapi, sanggupkah dia berpisah dengan Rizhan, sedangkan saat dia hampir mati dikerjakan lelaki itu, hatinya masih lagi mencintai suaminya?

SEINDAH JANNAH(C)Where stories live. Discover now