Siapa sangka, ini bukan pengakhiran yanh sebenarnya? Dahi yang berpeluh dia usap. Bukan sahaja dahinya yang basah, matanya juga basah disirami air mata.
"Jannah!" laung Zuraida kuat dari biliknya.
"Ya, ibu?" Jannah menyahut.
"Kenapa kau tak sental lagi baju aku ni?Kau nak buat bila? Busuk baju aku nanti!"
"Kejap, ibu. Lepas Jannah siap vakum lantai, Jannah sental baju tu, ya?"
Sudah dua minggu dia berpantang di rumah banglo Zuraida. Saat Rizhan tiada kerana keluar bekerja, Jannah dikerah melakukan kerja rumah.
Jannah silap. Zuraida tidak akan menerimanya sampai bila-bila. Semuanya hanya lakonan semata-mata.
Apabila Rizhan berada di rumah ini, Zuraida akan melakonkan watak ibu mertua penyayang.
"Jannah, biar Mak Som buat ni. Jannah tak boleh buat kerja banyak-banyak. Kamu tu baru lepas bersalin," kata Mak Som. Vakum di tangan Jannah di capai.
Dia simpati pada Jannah. Tergamak majikannya melakukan sebegitu pada menantu sendiri.
Jannah melangkah ke bilik air. Pakaian dikeluarkan dari baldi lalu disental satu per satu seperti yang dimahukan ibu mertuanya.
Siap semua pakaian dibasuh, dia keluar membawa baldi berisikan pakaian itu ke luar rumah untuk dijemur.
"Hah, dah siap dah? Bagus, sekarang ni, pergi susukan anak kau. Bising je melalak dari tadi," arah Zuraida.
"Sayang, macam mana hari ni? Semua okay?" soal Rizhan saat dia sudah merebahkan diri di sebelah Jannah. Si kecil Rizhan yang berada di tengah-tengah antara mereka berdua dicuit perlahan.
"Okay," balas Jannah. Kebenarannya, adalah sebaliknya. Sanggupkah dia untuk menceritakan semuanya pada Rizhan?
"Alhamdulillah, kalau ada apa-apa, sayang bagitahu aje dekat abang. Lagi satu sayang, habis pantang nanti, kita buat rawatan untuk kaki sayang, ya? Abang dah deal dengan kawan abang. Dia pakar fisioterapi," ujar Rizhan.
Jannah hanya mengangguk kecil. Kalau itu yang baik, dia turutkan saja. Tubuh yang penat teramat direbahkan ke atas tilam empuk.
Derita, tamatlah.
"Kau nak buat apa dengan budak tu?" jerkah Zuraida yang tidak tahu bila munculnya.
"Jannah nak susukan Aydin, ibu," jawab Jannah.
Aydin sedang menangis kuat diambil Zuraida kasar. Jangan harap Jannah boleh ambil budak ni.
"Jangan harap! Kau lupa apa aku pesan? Jangan sentuh dia selagi Han tak balik! Kau dah pam susu, bagi yang itu je!"
"Jangan ibu, Aydin tak nak minum dari botol. Tolong ibu, Jannah nak susukan Aydin! Dia dah lapar, ibu," rayu Jannah.
Zuraida memisahkan dia dari anaknya di siang hari. Dia menahan derita setiap kali melihat Aydin menangis kuat apabila mahukan susu. Anaknya itu tidak mahu minum susu dari botol.
"Aku nak seksa budak ni dengan kau! Sebab kau, Tania dengan Han bercerai. Kau ingat, aku dah terima kau dengan budak ni? Budak ni datang dari kau! Keturunan pelacur!"
"Ibu!" Jannah menghentikan kata-kata Zuraida. Janganlah anaknya yang tidak berdosa itu dihina. Cukuplah dirinya saja.
"Kenapa ibu cakap macam tu dengan Aydin? Dia tak berdosa, bu... Dia tak tahu apa-apa...," ujar Jannah.
"Apa yang Jannah kena buat lagi supaya ibu terima Aydin dan Jannah?" soal Jannah.
Dia penat! Penat dengan semua ini. Kalau perlu beralah, sudah banyak kali dia beralah.
"Aku boleh terima dia, bukan kau. Kau sanggup buat apa saja?" soal Zuraida. Jannah hanya mengangguk lemah.
"Suruh Rizhan ceraikan kau. Tinggalkan rumah ni. Tinggalkan Han dan Aydin, dan jangan cari mereka lagi!"
YOU ARE READING
SEINDAH JANNAH(C)
RomanceJannah pernah terheret ke dalam lembah hina demi menyelamatkan Sufiah. Satu-satunya perkara yang paling dia benci, akhirnya menjadi kesukaannya. Dia sudah terpalit dengan dosa yang pernah ibu dan Sufiah lakukan. Pemergian ayah memutarkan hidup Janna...