35

306 5 0
                                    

Sebelah kaki yang lenguh diurut perlahan. Susahnya hidup apabila anggota badan tidak lengkap. Sejak kemalangan dulu, hidupnya bergantung sepenuhnya pada kaki kiri untuk melangkah bersama-sama tongkat.

Jannah sedang menunggu untuk mendapatkan kaki palsunya yang ditempah oleh kakitangan kebajikan Rumah As-Sakinah kepada penderma utama di rumah ini. Prosesnya juga mengambil masa.

Kandungannya kian membesar. Bagaimana dia mampu menguruskan bayi yang bakal lahir itu jika kudratnya juga tidak mencukupi?

"Abang harap, cinta ke sampai ke syurga,"

Kata-kata Rizhan sering saja terngiang di telinganya sejak akhir-akhir ini. Jannah akui, dia rindu dengan suaminya. Tambah lagi dengan kehadiran cahaya mata mereka, penguat cinta dia pada Rizhan.

"Sayang mama...Apa khabar agaknya papa? Papa dah tak ingat kita lagi ke?" soalnya pada kandungannya. Perutnya yang besar itu diusap lembut.

"Mama rindu sangat pada ayah. Mama cintakan dia. Tapi, layak ke untuk mama simpan perasaan pada lelaki sebaik papa? Mama dah hancurkan hidup papa dan keluarga dia. Mama berdosa, sayang,"

"Sayang mama ni satu-satunya harta yang mama ada. Jangan tinggalkan mama, sayang. Mama tak sanggup kehilangan buah hati mama lagi,"





Suasana di meja makan sunyi sepi.  Hanya terdengar bunyi dentingan sudu dan garpu.

"Dah kenapa kuis-kuis makanan tu? Tak sedap ke I masak?" soal Tania. Rizhan termenung saja dari tadi. Makanan yang terhidang di dalam pinggan sedikit pun tak luak. Buat penat saja dia masak kalau Rizhan tak nak makan.

"I tak ada selera," jawab Rizhan.

"You tak sihat?" Rizhan menggeleng. Dia sihat saja, tapi otaknya asyik teringatkan sesuatu. Mungkin Tania tahu.

"Tania...," panggil Rizhan.

"Yes?"

"Who is Jannah?"

Ting!

Terjatuh sudu dan garpu dari pegangan Tania. Macam mana Rizhan boleh sebut nama perempuan tu depan dia?

"Ulang balik,"

"I asked you, who is Jannah?" soal Rizhan sekali lagi. Sah! Tania sedang marah.

"I tak suka you sebut nama dia. She is nobody," jawab Tania. Rizhan menggelng tidak percaya.

"No! I tahu you tahu something. Please, Tania. Tell me, siapa Jannah tu? Dia selalu ada dalam mimpi I. You tahu kan, it is a part of healing process? You kena tolong I to regain my memory!" desak Rizhan. Tangannya yang memegang tangan Tania ditepis kuat wanita itu.

"I dah cakap bukan sesiapa, means bukan sesiapa la! You ni kenapa tak faham bahasa hah?!" jerkah Tania lalu meninggalkan ruang makan. Rizhan pantas mengejar.

"Told ya, you know who is she! You tahu siapa dia tapi you tak nak bagitahu kan?"

"Kenapa? Kalau I bagitahu dia siapa, you nak cari dia?" soal Tania geram dengan Rizhan.

Dia juga khuatir jika memori Rizhan sedang kembali sedikit demi sedikit. Itu bukan petanda yang baik. Rizhan mungkin akan cari Jannah semula. Kalau boleh, Tania tak mahu Rizhan ingat semula.

Gila? Ya, dia memang gila!

"I selalu mimpi yang I buat benda tak elok pada dia. I rasa, I sedang tanggung dosa besar pada Jannah tu," ucap Rizhan perlahan.

Tania berjalab menghampiri Rizhan. Tubuh sasa lelaki itu dipeluk.

"Han, dia dah musnahkan hubungan kita. You benci sangat dengan dia dulu," kata Tania.

"Betul ke?"

"Yes, I tak tipu. She is a bad news. That's why I tak nak you ingat dia,"

"Thank, Tania. For telling me everything," ucap Rizhan. Namun, hatinya tetap berasa tidak lega.

SEINDAH JANNAH(C)Where stories live. Discover now