75

418 4 0
                                    

Jannah baring di atas sebuah tilam empuk. Sudah tentu tilam ini juga baru. Tilam lamanya dulu, sudah nipis. Sakit badan bila tidur. Tapi, dia bersyukur.

Tilam ini besar. Satu-satunya tilam yang paling besar ada dalam rumah ini. Rumah ini ada empat bilik asalnya.

Banyak yang diubah suai oleh Rizhan pada rumah ini. Namun, satu pun Rizhan tidak mengurangkan apa yang ada.

Barangan-barangan lama. Semuanya penuh memori antara dia, ibu, ayah dan Sufiah. Itu yang dia berterima kasih pada Rizhan.

Apa rancangan lelaki itu sebenarnya? Sampai bila dia akan ditinggalkan di sini, dia sendiri tidak tahu.

Mata dipejamkan. Kantuknya semakin kuat.






Gema suara azan yang berkumandang dari surau kampung menujah masuk pendengaran. Kalau sedang azan, maksudnya baru lagi masuk waktu. Mujur dia tersedar.

Jannah menggeliat walaupun tubuh terasa berat. Rasa terhimpap pun ada. Jannah mengeluh.

"Be..rat...," dia mengadu keseorangan.

Suara lelaki yang sedang ketawa menyentakkan Jannah. Dia menoleh ke arah suara itu. Rizhan! Lelaki itu sedang memeluknya. Tangan lelaki itu membelit pinggangnya.

Kaki panjang Rizhan pula memasung satu-satunya kakinya yang masih elok panjang.

"Dah bangun, sayang?" soal Rizhan.

"Abang...macam mana abang ada dekat sini?" dia menolak tangan Rizhan walaupun sia-sia sahaja. Lelaki itu sengaja memberatkan lengannya.

"Malam tadi. Abang ada kunci lebih,"

"Saya nak solat," dia mahu bangun namun lelaki yang bernama Rizhan ini masih lagi memberat di tubuhnya. Kerana tidak mampu menolak Rizhan lagi, dia mengalah. Muka dipalingkan agar tidak memandang Rizhan.

"Tak sudi pandang abang lagi?" soal Rizhan. Dagu wanita itu ditarik agar melihat dia.

"Subuh ni...,"

Rizhan tidak menghiraukan Jannah dan terus menatap wajah cantik isterinya. dari kening, mata, alis, hidung yang mancung dan bibir merah terbelah. Sempurna walaupun ada parut kecil di tepi mata akibat ditumbuk Farid.

"Cantik...," puji Rizhan. Merah wajah Jannah kerana malu. Bibirnya dilabuhkan pada kedua-dua mata Jannah lalu beralih ke pucuk hidung Jannah. Belum sempat bibirnya mahu singgah ke sasaran utama, Jannah menolak kuat tubuhnya sehingga dia terlentang atas katil.

Rizhan ketawa melihat Jannah yang kekalutan mahu melarikan diri. Wanita itu mencapai tongkatnya yang berdiri di sisi katil lalu berjalan ke bilik air.

Usai membersihkan diri, Jannah keluar dari bilik air. Rizhan pula bangun.

"Tunggu abang kejap. Kita solat berjemaah," katanya.

Tanpa sedar, Jannah senang. Dia menyungging senyuman di bibir.

SEINDAH JANNAH(C)Where stories live. Discover now