8

213 7 0
                                    

"Assalamualaikum, Jannah. Aku ni, Alia," Alia memberi salam. Saja mahu menjenguk Jannah di hujung minggu. Uminya juga ada mengirimkan lauk buat Jannah.

"Assalamualaikum, Jannah," sekali lagi Alia memberi salam apabila tiada siapa yang menyahut dari dalam.

"Waalaikumussalam, kejap," kali ini barulah Jannah bersuara.

Pintu dibuka dari dalam. Jannah menjengulkan kepala. Alia rupanya.

"Alia, kenapa kau datang rumah aku ni?" soal Jannah.

"Ni, umi aku ada kirim lauk untuk kau. Saja umi masak lebih. Kebetulan aku bagitahu umi yang aku nak jumpa kau, umi pun suruh bawa lauk-pauk ni sekali," kata Alia seraya mengangkat mangkuk tingkat yang dijinjingnya dari tadi.

"Terima kasih, Alia. Masuklah dulu," mangkuk tingkat tadi kini bertukar tangan.

"Aku ada beli kek lapis semalam. Kejap ya, aku potong kek tu," kata Jannah lalu berlalu ke dapur sebentar.

Saat mahu berjalan ke ruang tamu, Alia terpandangkan sebuah kotak merah baldu di atas meja. Kotak itu di buka. Terdapat sebentuk cincin yang bertatahkan berlian. Ringaks tapi sangat cantik!


Beberapa potong kek lapis di susun ke dalam pinggan. Teh sejuk dibancuh. Siap semua hidangan yang elok tersusun atas dulang.

Segan pula dia kalau tidak dihidangkan apa-apa buat Alia. Mahu masak, dia berpuasa hari ni. Lewat petang nanti naru dia akan masak. Tapi, kalau sudah ada lauk, panaskan saja nanti.

Jannah kembali semula ke ruang tamu. Dulang tadi diletakkan di atas meja.

"Jemputlah makan. Rumah aku tak banyak makanan. Aku puasa hari ni. Tu yang tak ada apa nak hidangkan. Ni aje yang ada," kata Jannah.

Alia masih lagi merenung wajah Jannah. Wajah cantik Jannah kelihatan seperti bertopeng saja. Nampak gembira di luar, tapi dalam masa yang sama tampak sedih. Ada kaitan dengan cincin yang dia tengok tadi ke?

"Jannah, kau ada masalah ke?" soal Alia sebaik saja Jannah melabuhkan duduk di hadapannya. Jannah hanya tersengih.

"Masalah apa? Aku okay je," kata Jannah.

"Tak baik tipu. Muka kau nampak lain je,"

"Aku penat kot. Minggu ni banyak sangat pesakit. Klinik penuh. Tak sempat nak duduk, ada pesakit baru datang," kata Jannah. Dia sungguh berharap Alia tidak bertanya lebih.

Semakin Alia bertanya, semakin dia teringat akan kejadian beberapa hari yang lalu. Satu memori dalam ingatannya yang paling sukar untuk dilupakan walaupun buat sementara.

Rasa mahu gugur jantung setiap kali teringatkan kejadian di mana Rizhan melamarnya. Dia pula, mengakui dirinya sebagai bekas pelacur pada Rizhan, lelaki yang tidak mempunya apa-apa pertalian dengannya selain daripada seorang majikan.

"Atau, kau murung sebab ni?" tanya Alia seraya menghulurkan kotak cincin berwarna merah kepadanya.

Terkelu Jannah dibuatnya. Dia menelan air liur perit.

"Mana kau dapat benda ni, Alia?" soal Jannah.

Aduhai, sudahlah dia susah mahu melupakan episod yang sudah berlalu. Hari ini, Alia pula mengingatkannya.

Sebaik saja Jannah memberitahu Rizhan tentang kisah silamnya, Rizhan terus berlalu masuk ke bilik kerjanya.

Sudah tentu lelaki itu menyesal kerana telah jatuh hati dan melamar seorang bekas pelacur untuk dijadikan isteri. Jannah yakin, Rizhan pasti jijik terhadap dirinya selepas ini.

Siap sedia saja jika dia dibuang kerja. Di mana saja dia akan diterima dengan kisah silamnya dulu?

Cincin yang lelaki itu tinggalkan di atas meja kaunter, dia bawa pulang. Rizhan tertinggal cincin itu. Dia pula, tidak berkesempatan untuk menghantar semula kotak cincin itu ke bilik Rizhan.

Takkan mahu dibiarkan saja benda itu di meja kaunter? Kalau staf lain nampak, sudah banyak pula soalan yang datang.

Mahu buang, lagi tidak patut. Buatnya Rizhan meminta semula cincin itu, mana dia mahu cari? Nak bayar semula pun, dia tidak ada duit!

"Jannah, aku tanya ni," Alia memanggil Jannah. Mengelamun pula minah ni!

"Sebenarnya, aku..." tidak sanggup pula mahu jujur.

"Bos aku lamar aku untuk jadi isteri dia," kata Jannah.

"Wah, serius ni? Tahniah, Jannah. Bila nak langsungnya?" soal Alia gembira. Inilah yang dia mahu. Dia berharap Jannah gembira dengan lelaki yang mencintainya.

"Aku tolak lamaran dia, Alia,"

"Kau biar betul Jannah? Kenapa kau tolak dia?" tanya Alia jelas terkejut dengan pengakuan Jannah.

"Aku mengaku dengan dia yang aku ni bekas pelacur. Tak layak berdampingan dengan mana-mana lelaki," kata Jannah sayu.

"Dia sendiri tolak kau ke lepas tu? Kalau dia masih terima kau, kenapa kau nak tolak dia lagi?"

"Aku takut, Alia. Siapa yang sanggup terima aku, bila dorang dapat tahu siapa aku yang sebenarnya? Dalam kampung ni, cuma kau dengan keluarga kau aje yang terima aku walaupun aku ni manusia paling jijik dan kotor. Aku layak ke untuk bersuamikan mana-mana lelaki pun? Aku bukan perempuan yang baik, Alia," luah Jannah teresak-esak.

SEINDAH JANNAH(C)Where stories live. Discover now