"Sayang buat apa tu?" Rizhan bertanya. Tangannya melingkari pinggang ramoing Jannah.
"Jannah tengah simpan geran rumah arwah ayah. Ini je satu-satunya harta milik ayah yang ada. Ini juga kenangan daripada ayah. Kena jaga elok-elok," kata Jannah lalu menutup fail berisikan geran rumah ayahnya itu.
Geran rumah milik ayah Jannah di ambil. Salah satu langkah untuk menghancur-ranapkan hidup Jannah adalah dengan menjual rumah pusaka milik Azizi.
Biar Jannah tahu, apa rasanya apabila kehilangan orang yang disayangi. Tempat bergantung harap. Tempat berkasih sayang. Cumanya, rumah yang bakal dijual itu bukan benda hidup.
Rizhan sudah berurusan dengan bakal pemilik baru rumah itu sejak semalam sewaktu berada di klinik. Hari ini, dia bakal berjumpa dengan orang yang akan membeli rumah itu.
"Kau memang dah tak beri manfaat untuk aku, Rohani!" jerkah Farid.
Banyak tawaran lumayan yang dia dapat dari pelanggan tetapnya. Tapi, musnah angkara Rohani. Memang padan pun, perempuan itu sudah tua. Tak berguna lagi macam dulu!
Semua pelanggannya memberikan feedback yang tak baik. Malah, ada juga yang tidak membayar servis kelab malamnya seperti yang dijanjikan.
"Ibu! Farid, kau buat apa kau ibu aku?!" tanya Sufiah yang jelas terkejut melihatkan Farid yang sedang mengacu pisau ke leher Rohani.
"Pergi, Fiah. Jangan datang sini!" rayu Rohani agar anaknya pergi. Sekufur dia pun, tak sanggup tengok anak di bunuh Farid. Cukuplah dia sudah mengheret Sufiah dan Jannah sama ke dalam neraka ini demi melunaskan hutangnya pada Farid.
"Jangan risau, Rohani. Kau mati, anak kau ada lagi," bisik Farid di telinga Rohani.
"Tapi, aku tetap nak pesan pada kau berdua. Kalau suatu hari nanti aku jumpa Jannah, aku akan bunuh dia! Dia tak akan hidup aman!" kata Farid.
"Tolong, Farid! Biarkan Jannah dekat luar sana. Aku sanggup gadaikan diri aku," rayu Rohani. Dia tidak mahu Jannah kembali ke sini lagi.
Kalau boleh, Sufiah juga dia mahu hantar keluar dari sini. Tapi, anak itu degil. Sekarang, dia menyesal kerana telah mempertaruhkan maruah dan nyawa anak-anaknya. Dia berdosa besar pada Azizi.
"Kau tak faham bahasa ke, orang tua? Kau tu dah tua ganyut! Tak bagi faedah untuk aku simpan kau lagi!" kata Farid seraya menekan pisau di leher Rohani. Pisau itu ditarik kasar mengoyak leher Rohani. Rohani terkulai layu.
"Ibu!" jerit Sufiah. Ibunya...dah mati?
Darah Rohani yang mengalir atas lantai disentuh Sufiah. Farid sudah bunuh ibu dia!
"Farid, apa kau dah buat ni?!" jerkah Sufiah.
"Aku? Memang patut pun aku bunuh perempuan tua ni. Kelab malam aku dah musnah sebab kau anak beranak. Lepas ni, aku nak kau kerja lebih sikit. Bangkai mak kau ni, tinggal dekat sini biar reput. Kalau tak, dengan kau sekali aku bunuh!" kata Farid lalu berlalu dengan konco-konconya meninggalkan Sufiah sendiri meratapi jasad kaku Rohani.
"Ibu...," rintih Sufiah.
YOU ARE READING
SEINDAH JANNAH(C)
RomanceJannah pernah terheret ke dalam lembah hina demi menyelamatkan Sufiah. Satu-satunya perkara yang paling dia benci, akhirnya menjadi kesukaannya. Dia sudah terpalit dengan dosa yang pernah ibu dan Sufiah lakukan. Pemergian ayah memutarkan hidup Janna...