28

258 6 0
                                    

"Han dan bakal menantu ibu dah sampai?" sapa Zuraida.

"Dah ibu. Cantikkan Tania malam ni? Han yang beli baju ni untuk dia," kata Rizhan.

Hari ini, Zuraida mengajak Tania untuk makan malam di rumahnya. Memandangkan Rizhan dan Jannah pulang ke sini, dia mahu menambah kesakitan di hati Jannah dengan mengajak Tania malam malam di rumahnya.

Sudah sebulan berlalu sejak peristiwa kisah silam Jannah terbongkar. Sekarang, Zuraida sedang mengatur rancangannya untuk menyatukan Tania dan Rizhan.

Paling dia tidak sangka, Rizhan memberikan respons positif terhadap hubungannya dan Tania. Siapa sangka, cinta lama berputik kembali? Bukannya dia tak tahu, Rizhan pernah meluahkan perasaan cinta pada Tania.

Zuraida cuma mahu Jannah segera menarik diri dari hubungan ini. Lebih cepat Jannah pergi, lebih cepat rancangannya akan dilaksanakan.

"Mak Som, panggil perempuan tu turun makan sekali. Nanti kalau tak makan, kebulur pula," suruh Zuraida.

Mak Som bergegas memanggil Jannah. Kasihan dia melihat nasib Jannah yang ditindas ibu mertua malah, suami sendiri.

"Jannah, puan suruh turun makan," kata Mak Som. Jannah mengangguk lalu turun ke bahagian dapur.

Saat Jannah menghampiri meja makan, dia ternampak Rizhan dan Tania yang sedang duduk bersebelahan. Kedua-dua mereka sedang bergelak ketawa seolah-olah dia tidak wujud di situ.

"Eh, Jannah. Lama tak jumpa. Awak sihat?"  tegur Tania dalam pada mahu menyebunyikan niat sebenar.

"Sihat," jawab Jannah lalu menyungging senyum di bibir walaupun hatinya rasa seperti disiat-siat. Cemburukah dia?

Ya, Jannah cemburu. Cemburu melihat kemesraan antara suaminya yang pernah berjanji sehidup semati bercinta dan wanita yang bakal dikahwini lelaki itu.

"Kau ingat Tania?" soal Rizhan.

"Ingat, kenapa abang?"

"Dia cinta pertama aku. Dan sekarang, aku nak balik pada dia. Aku baru sedar, cinta aku pada dia tak pernah terpadam," kata Rizhan.

"Abang...nak kahwin dengan Tania?" soal Jannah. Pilu hatinya saat suami yang dicintai mengaku cinta pada perempuan lain dan bukan lagi dirinya.

"Ya," balas Rizhan. Dia hanya memandang wajah Jannah, mahu melihat reaksi wanita itu. Jannah sedang menangis di hadapannya. Namun, wanita itu mengelap wajahnya yang basah dek air mata lalu tersenyum.

"Tahniah, abang. Semoga berbahagia," ucap Jannah.

Tubir mata Jannah terasa hangat saat teringat akan perbualannya dan suaminya semalam. Rizhan mungkin sudah tidak lagi mencintainya, tapi bagaimana dengan dia yang terlalu mencintai Rizhan?

"Mama dan papa Tania sihat?" tanya Zuraida.

"Sihat, aunty," Zuraida mengangguk.

"Aunty ajak Tania ke sini sebab nak bincang tentang hal perkahwinan Tania dan Rizhan sebelum kami datang merisik. Tania setuju nak kahwin dengan Han?" soal Zuraida sengaja mahu menambah luka di jiwa Jannah.

"Setuju, aunty. Tania dah lama cintakan Han tapi tak kesampaian," jawab Tania memandang tepat ke mata Jannah. Dia mahu memberi amaran pada Jannah bahawa Rizhan hanya milik dia dan dia tak mahu berkongsi kasih lelaki itu.

Jannah akur mendengar kata-kata Tania. Tiga orang manusia itu terus berbual membincangkan hal perkahwinan Rizhan dan Tania seolah-olah dia tiada di situ.

Dia masih wujud di situ, menahan sakit di dada. Tak bolehkah walau sedikit pun mereka semua memikirkan perasaannya? Dia cuma manusia yang tahu bersedih.

Tapi hatinya dipijak-pijak lumat seolah-olah dia tak layak pun untuk bersedih. Kerana itu, Jannah akui dia memang layak menerima semua itu atas dosanya di masa lalu.

SEINDAH JANNAH(C)Where stories live. Discover now