39

299 8 0
                                    

Sebulan kemudian

"Tania, hari ni I mungkin akan balik lewat sikit. I akan bergerak ke Pahang untuk urusan kebajikan Rumah As-Sakinah. Kalau sempat dan jalan tak jammed, I balik hari ni. Or else, I terpaksa balik esok," kata Rizhan.

"Okay, Han. Nanti I akan tengok-tengokkan klinik. You jaga diri ya, sayang," pesan Tania.

Dia mencari bibir lelaki itu. Namun, hampir saja dia memagut bibir Rizhan, lelaki itu terlebih dahulu memalingkan muka.

"Sorry, Tania. I tak suka lipstick. Bibir I gatal,"

Bukan kali pertama Tania cuba mengucup bibirnya. Dan setiap kali itulah, dia mengelak dengan memberikan alasan bibirnya gatal jika terkena lipstick yang dipakai Tania.

"Its okay, Han. Pergilah, jumpa nanti," Rizhan masuk ke dalam kereta. Tania yang berdiri di muka pintu melambai lelaki itu.

Hilang saja kereta milik Rizhan dari kawasan rumah, Tania menutup pintu. Dia ketawa. Ingat dia tak tahu ke, Rizhan sengaja bagi alasan?

"Nevermind, yang penting, dia dah jadi milik aku sepenuhnya,"

Tania tertawa sinis. Sebulan sudah berlalu sejak dia menggoda Rizhan sehingga lelaki itu jatuh ke tangannya atas dasar nafsu.

Kalau dah nama lelaki, usap sikit terus jadi bodoh! Jadi, bukan susah mana nak tundukkan Rizhan. Tania cuma mengugut lelaki itu dengan menggunakan nama ibu mertuanya ataupun tanggungjawab dan dosa jika mengabaikan kemahuan isteri.

Lalu, Rizhan mengalah dan itu yang Tania mahu. Rizhan perlu ikut kehendaknya.






"Jannah, awak makanlah lebih sikit. Ni, mak cik kantin ada bagi lauk lebih untuk awak. Dia kata, tak perasan yang awak mengandung. Jadinya, disebabkan kita ada baby, dia bagi makanan lebih," kata Syakilla dengan teruja. Dulang makanan dihulurkan ke Jannah.

"Terima kasih, Syakilla. Susah-susah je awak kena bawa semua ni seorang diri,"

"Apa yang susahnya? Tak ada hal lah! Makan tau, Jannah. Awak ni nampak kurus sangat. Bila baby membesar, kita pun kena membesar juga," gurau Syakilla. Ada-ada saja Syakilla ni.

"Hurm, Jannah, hari ni kan, penderma Rumah As-Sakinah ni akan datang tau! Dia nak tinjau kawasan sekeliling dan ziarah penghuni dekat sini," cerita Syakilla.

"Bagus juga kalau dia datang. Boleh saya ucap terima kasih dekat dia sebab dah sponsor kaki palsu untuk saya,"

"Haah, kan. Baik betul dia. Kita doakan, semoga dia dimurahkan rezeki. Dahlah, kita makan dulu okay," makanan yang terhidang di dalam dulang mula disuap ke mulut.

Sedang leka menyuap makanan, Umi Fatimah datang bersama seseorang. Jannah yang masih makan tidak menyedari kehadiran dua susuk itu, sehinggalah kedengaran suara umi.

"Assalamualaikum, semua. Ini, Encik Rizhan. Kalau kamu semua nak tahu, Encik Rizhan ni adalah penderma di sini selama ni," ucap Umi Fatimah.

Ting!

Jatuh berdenting sudu yang dipegang Jannah. Nama siapa dia dengar tadi?

Rizhan?

Wajahnya diangkat. Dia melihat wajah pemilik nama yang disebut tadi.

Dang!

Mata mereka bertemu. Itu..Rizhan!

Jannah bingkas bangun. Jikalau mereka sudah bertemu mata, tak mustahil jika Rizhan akan mencarinya sehingga ke lubang cacing dan mengheret dia ke neraka milik lelaki itu.

Semua yang berada dikantin itu termasuk Rizhan dan Umi Fatimah melihat Jannah yang berjalan dengan laju meninggalkan kawasan kantin.

"Maaf ya, Han. Mungkin dia tak sihat. Selalunya, dia okay aje," kata Umi Fatimah. Rizhan hanya mengangguk lalu mempamerkan senyuman.

Namun, wajah itu..seperti dia kenal!

SEINDAH JANNAH(C)Where stories live. Discover now