"Sayang...bangunlah. Tengok siapa datang,"
"Kakak! Farid, kau buat apa dengan kakak aku? Lepaskan dia, Farid!" Sufiah menjerit. Dia mendekati Jannah yang tidak menyedarkan diri.
"Kau nak tahu, kakak kau dah gila. Kaki cacat pula tu. Sekarang, dia temankan aku dekat sini," ujar Farid.
"Tak guna! Kau tak boleh buat dia macam ni. Aku boleh kerja untuk kau Farid, sampai mati pun. Tapi, tolong lepaskan kakak aku...,"
Dia tak sanggup melihat keadaan Jannah. Sufiah tahu, Farid pasti sudah bertindak jauh. Itu yang dia tidak sanggup.
"Tak cukup, Fia. Tak cukup! Aku nak kakak kau. Walaupun dia tak boleh layan customer aku, tapi dia kena layan aku!"
Dia memukul Sufiah sehingga wanita itu pengsan. Agaknya, dia juga sudah gila seperti Jannah. Sekarang, dia rasa seperti mahu melihat semua orang mati!
Pisau lipat dicapai. Dia duduk mencangkung di tepi Tania. Pisau itu diangkat tinggi sebelum dihayun laju ke perut Tania. Terbeliak mata Tania saat perutnya dirodok begitu. Bukan sekali, malah berkali-kali.
Pisau lain pula dicapai sebekum mendekati Sufiah. Zap! Pisau yang diacu ke leher wanita itu ditarik kuat sehingga terkoyak lehernya. Darah yang mengalir keluar dengan laju mengundang tawa Farid.
"Ini balasannya kalau menipu, melawan! Korang tahu aku tak suka, jangan buat!"
Bum!
Farid tersentak sewaktu bunyi tembakan dilepaskan di sekitar gudangnya.
"Jangan bergerak! Kami polis. Sila letakkan senjata ke bawah,"
Tok Tok!
Tok Tok!
"Ya, tuan. Cari siapa?" soal Zalia. Ada dua orang pegawai polis sedang berdiri dihadapannya.
"Ini rumah Encik Rizhan?"
"Ya, saya. Kenapa?"
"Pihak kami berjaya menjumpai Puan Jannah. Dia di hospital sekarang. Kesemua suspek berjaya ditangkap," kata salah seorang pegawai polis tadi.
Zalia menekup bibirnya. Syukur tak terkata.
"Betul ke ni, tuan? Ya Allah, alhamdulillah,
"Betul puan. DNA mangsa juga adalah sama seperti yang diberikan sebelum ini. Kami minta diri dulu,"
Zalia segera berlari ke bilik. Telefon dicapai lalu dia menghubungi Rizhan.
"Han, polis dah jumpa Jannah. Dia ada dekat hospital,"
"Ya Allah, betul ke kak? Han balik sekarang,"
Usaha dan penantian mereka telah berakhir. Terima kasih, Ya Allah.
Zalia dan Rizhan berjalan mengikuti doktor dan jururawat ke wad pemerhatian.
Saat terlihat Jannah yang lebam teruk diwajah, Zalia dan Rizhan masing-masing menahan air mata. Keadaan Jannah benar-benar menyayat hati.
Wajah yang lebam teruk. Bibir yang pecah sehingga meninggalkan kudis. Kaki dan tangan juga berbalut.
"Macam mana keadaan isteri saya doktor?" soal Rizhan. Doktor itu menayangkan wajah kelat.
"Isteri encik stabil walaupun masih lemah. Banyak kesan pukul dan berbirat di seluruh badan. Ada juga kesan cucukan jarum di lengan dan leher. Dalaman pesakit penuh toksik. Kami yakin suspek menyeksa isteri encik dengan dadah,"
"Ada lagi satu yang encik perlu tahu,"
"Apa dia doktor?" soal Rizhan.
"Isteri encik keguguran. Usia kandungan baru mencecah satu bulan. Pihak hospitak dah laporkan kepada pihak polis atas kes rogol dan jenayah seksual,"
"Astaghfirullah," wajah diraup. Tidak sangka Jannah diperlakukan sebegitu sekali.
"Saya harap encik dan puan banyakkan bersabar. Kami dah lakukan rawatan ke atas Puan Jannah. Kalau tak ada apa-apa, saya minta diri dulu," kata doktor itu.
"Kak, Jannah, kak...," keluh Rizhan. Tangis yang tertahan akhirnya dibebaskan.
YOU ARE READING
SEINDAH JANNAH(C)
RomanceJannah pernah terheret ke dalam lembah hina demi menyelamatkan Sufiah. Satu-satunya perkara yang paling dia benci, akhirnya menjadi kesukaannya. Dia sudah terpalit dengan dosa yang pernah ibu dan Sufiah lakukan. Pemergian ayah memutarkan hidup Janna...