"Jannah nak kita bercerai? Jannah terseksa sangat ke dengan abang? Tak apalah, kalau Jannah dah tak mahukan abang lagi. Abang akan tunaikan permintaan Jannah. Nurul Jannah binti Azizi, aku...,"
Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, Jannah sudah masuk ke dalam pelukannya. Wanita itu menangis tersedu-sedu. Rizhan tersengih melihat Jannah.
"Jangan ceraikan Jannah. Jannah nak hidup dengan abang sampai mati. Jannah tak sanggup tengok abang ada isteri lain," rayu Jannah.
"Kalau abang nak juga, macam mana?" usik Rizhan. Dia membalas pelukan Jannah erat.
"Tak boleh. Jangan, jangan pergi dari Jannah. Jannah merayu...abang tinggalkan Jannah, Jannah boleh gila balik," kata Jannah perlahan.
Tidak tahan melihat isteringa menangis dan merayu, Rizhan mengangkat wajah Jannah.
"Jannah milik abang, abang milik Jannah. Kita tak akan berpisah, melainkan maut datang menjemput," ucap Rizhan, ikhlas.
"Jangan cakap pasal mati...," kata Jannah.
"Mati itu pasti, sayang. Abang harap dekat syurga nanti, sayang bidadari abang," air mata Jannah dilap dengan jarinya.
"Abang tak nak Jannah menangis sebab sedih lagi. Air mata Jannah cuma boleh keluar bila Jannah gembira," pesan Rizhan. Dia kembali memeluk Jannah.
Kalau boleh, mahu masukkan saja Jannah ke dalam poketnya. Boleh dibawa ke mana-mana dia mahu.
"Abang, bangun. Jannah haus, nak minum air," Jannah berusaha mengejutkan suaminya. Bahu Rizhan yang tidak beralas seurat benang itu ditepuk perlahan.
"Abang, bangunlah...,"
"Tak naklah, sayang...abang nak tidur ni...," balas Rizhan lalu mengeratkan pelukan di tubuh Jannah.
"Jannah haus...," kata Jannah lagi. Dia benar-benar kehausan air.
"Okay, abang ambilkan air untuk Jannah. Jannah baring je," Rizhan bangun dari perbaringannya lalu menyarung seluar yang bertaburan di atas lantai.
Sambil menuang air ke dalam cawan, dia teringatkan kejadian tadi. Jannah akhirnya menyerah padanya. Dia berjaya menawan Jannah kembali.
Rizhan kembali ke bilik bersama cawan di tangan. Cawan itu dihulurkan kepada Jannah. Rakus Jannah meneguk air.
"Haus sangat ke, sayang?" soal Rizhan dengan nada mengusik.
"Abang yang buat," balas Jannah perlahan.
"Sampai hati, cakap abang yang buat. Tadi kata suka," balas Rizhan lalu terus mengiring membelakangi Jannah. Saja mahu Jannah memujuknya.
"Abang merajuk ke?" Jannah bertanya apabila melihat Rizhan tidak tidur menghadapnya. Aduhai, apa yang dia mahu buat ni? Jannah menggigit bibir.
Dia akhirnya berbaring di belakang Rizhan. Perlahan-lahan, dia mendekati Rizhan lalu membawa sebelah tangannya merangkul pinggang lebar Rizhan.
Rizhan tersenyum.
"Kenapa peluk abang?" soal Rizhan.
"Abang merajuk dengan Jannah,"
"Siapa kata?"
"Jannah," Rizhan tertawa lalu memusingkan tubuhnya menghadap Jannah.
"Macam mana abang tak sayang Jannah? Jannah manja, comel. Kadang-kadang, abang tak terfikir pun nak kahwin dengan perempuan yang jauh jarak umur dari abang. Umur kita beza tujuh tahun sayang. Macam adik dengan abang pun ada. Tapi, nak buat macam mana? Abang dah jatuh cinta sedalam-dalamnya," ujar Rizhan lalu memagut bibir Jannah perlahan.
YOU ARE READING
SEINDAH JANNAH(C)
RomanceJannah pernah terheret ke dalam lembah hina demi menyelamatkan Sufiah. Satu-satunya perkara yang paling dia benci, akhirnya menjadi kesukaannya. Dia sudah terpalit dengan dosa yang pernah ibu dan Sufiah lakukan. Pemergian ayah memutarkan hidup Janna...