47

341 8 0
                                    

Antara dia dan Tania, semuanya telah tamat. Dia telah menceritakan  semuanya pada keluarga Tania.

Tuan Jabir tidak percaya dengan cerita yang dibawa Rizhan. Baginya, Tania anak yang baik. Kerana itu, Tuan Jabir menarik semula kerjasama yang dijalinkan dengan klinik milik Rizhan.

Rizhan tiada masalah dengan hal itu. Rezeki datang dari Allah SWT, bukannya Tuan Jabir.

Ibu juga sama. Tidak percaya dengan cerita rumah tangganya. Puas dia memujuk ibu.

Kak Zalia sudah tahu tentang dia yang mahu membawa Jannah pulang. Kakaknya itu menyokong dia dan berpesan agar tidak lagi melakukan perkara yang sama.

Rumah banglo yang sedang dia tinggal juga, dalam proses untuk dijual. Terlalu banyak kisah pahit dalam rumah ini. Demi membawa Jannah dan anak mereka pulang bersamanya, dia membeli rumah baharu buat mereka.

Terutamanya Jannah yang memerlukan persekitaran baharu dan sihat.

Rizhan sering menghubungi Jannah. Dia tahu, Jannah tidak mahu berjumpa mata bertentang mata dengannya. Jadi, dia mengambil langkah dengan menghubungi wanita itu setiap hari.

Dia tahu, Jannah perlukan masa.







5 bulan kemudian

Semua kelengkapan bayi disusun dengan cermat. Bilik ini Rizhan kemas dan dihias khas buat anak mereka yang bakal lahir tidak lama lagi.

Jannah sudah sarat hamil. Kata doktor, bila-bila saja wanita itu akan melahirkan bayi mereka. Rizhan sudah pun mengambil cuti dua minggu untuk ke Pahang menemani isterinya itu.

Dia tahu Jannah akan membantah. Namun, dia juga tidak mahu menurut bantahan Jannah kali ini. Kali ini, Jannah perlu mendengarnya.

Baby cot yang sudah siap dipasang diletakkan di tengah-tengah bilik. Sebenarnya, ada dua baby cot buat bayi mereka. Satu di bilik bayi itu sendiri, satu lagi di bilik dia dan Jannah.

Semuanya demi memudahkan Jannah untul bergerak. Tambah pula, rumah ini adalah rumah yang dia baru beli. Jadi, semua kelengkapan dan susun atur adalah demi memudahkan pergerakan Jannah.

Selepas berpuas hati, Rizhan keluar dari bilik itu. Dia perlu bersiap-siap memandangkan tengah hari nanti, dia perlu memandu ke Pahang.

SEINDAH JANNAH(C)Where stories live. Discover now