"Itulah menantu dia, bekas pelacur. Sekarang, dia bunuh anak dia pula. Eh, nasib baik bukannya masuk keluarga aku. Minta simpanglah,"
"Betul, tu. Aku tengok menantu Zuraida tu macam dah gila aje. Meroyan tak?"
Suara dari jiran-jiran yang hadir ke tahlil Aydin sedikit pun tidak menggugat wanita itu. Dia hanya duduk di tepi saja dari tadi, termenung.
Ya, anak yang dia lahirkan telah pergi meninggalkan mereka semua atas kecuaian dirinya.
Kalaulah dia yang mati, mesti lebih bagus, kan?
Tetamu yang hadir semuanya telah pulang. Tinggal Jannah, Rizhan, Zuraida, Zalia dan suaminya serta Mak Som.
Mereka semua sedang duduk di ruang tamu, kecuali Jannah. Wanita itu sudah masuk ke dalam bilik terlebih dahulu selepas dipimpin Zalia.
Betul kata Mak Som, keadaan Jannah tidak baik sebenarnya. Kerana itu, Zalia nekad mahu meleraikan semuanya.
"Ini yang ibu nak sebenarnya kan?" soal Zalia pada Zuraida.
"Apa maksud kamu, Lia?" Zuraida tidak faham dengan maksud Zalia bertanyakan soalan begitu padanya.
"Sudah, ibu. Jangan berlakon lagi. Ibu tak kesian sikit pun ke pada Jannah? Ibu jangan ingat Lia tak tahu apa yang jadi selama ni. Han, kalau Han nak tahu, apa yang jadi semua ni sebab sikap ibu selama ni," maklum Zalia pada Rizhan. Arfan mengusap bahu isterinya agar bersabar.
"Ada apa sebenarnya ni, kak?" soal Rizhan pula. Apa yang ibu dah buat?
"Kalau Han nak tahu, ibu tak pernah terima Jannah dan Aydin selama ni. Ibu cuma berlakon depan Han. Nak tahu sebab apa? Sebab dendam ibu pada arwah ayah. Ayah perangkap ibu kahwin dengan dia, sampai atok dan nenek meninggal disebabkan hukuman yang tokma dan tok ayah jatuhkan semata-mata kerana ibu tolak pinangan ayah. Han tak pernah tengok betapa teruknya ibu dan ayah bergaduh sebelum Han lahir. Hari-hari minta cerai. Tak pernah sekali pun cuba nak berdamai dengan ayah walaupun ayah dah cuba macam-macam cara untuk berbaik dengan ibu,"
"Kamu cakap apa ni, Zalia?! Jangan nak reka cerita!" Zuraida mengamuk. Dari mana Zalia tahu cerita ini semua?
"Lia tak reka cerita ibu. Ibu tahu tak, keluarga kita bukannya rosak sebab pelacur yang ibu dendamkan sangat tu, tapi sebab ibu sendiri jadi punca ayah keluar langgan pelacur dekat luar. Ibu ingat Lia tak tahu, ibu beria-ria suruh Lia kahwin dengan Arfan sebab nak kaut keuntungan kan? Lepas tu, ibu rancang nak kahwinkan Han dengan Tania dulu sampai sanggup biarkan Han jadi lelaki dayus pukul isteri dia sampai mati sebab keluarga Tania pun boleh datankan keuntungan, kan? Betul kan, ibu?"
"Han, akak dengar sendiri dengan telinga akak yang ibu akan musnahkan semuanya lepas apa yang dia nak, dia dapat. Hari ni, apa yang jadi pada Aydin semuanya disebabkan dendam ibu pada Jannah,"
"Kenapa akak cakap macam tu?" soal Rizhan lemah. Dia betul-betul penat hari ini, sekarang kakaknya membentangkan rahsia yang terjaga elok selama ini.
"Ibu berlakon kononnya nak jaga Jannah dan Aydin bila Han bekerja. Han yakin ke ibu jaga Jannah dengan Aydin baik-baik? Mak Som sendiri cerita, ibu paksa Jannah buat kerja rumah sana-sini, padahal budak tu baru bersalin! Lepas tu, ibu pisahkan Aydin dari Jannah waktu Han tak ada dekat rumah. Aydin tak dapat menyusu dengan ibu dia. Malah, ibu fitnah Jannah kononnya Jannah malas nak susukan Aydin,"
"Ibu...betul ke apa yang Kak Lia cakap ni?" soal Rizhan pada ibunya.
"Ibu, Han tanya ni!" desak Rizhan saat Zuraida hanya mendiamkan diri.
"One more thing, Han. Ibu paksa Jannah minta cerai pada Han, kalau dia nak ibu terima Aydin dan beri restu pada Han,"
"Ibu! Ibu tahu tak, disebabkan perangai ibu, Han dah sia-siakan peluang yang Han ada. Han dah seksa jiwa isteri Han, ibu. Kenapa, ibu? Kenapa? Han sayang sangat-sangat dengan ibu selama ni, tapi kenapa ibu sanggup tengok Han jadi macam ni?" soal Rizhan lalu memanjat tangga menuju ke biliknya.
Dia perlu jenguk Jannah.
YOU ARE READING
SEINDAH JANNAH(C)
RomanceJannah pernah terheret ke dalam lembah hina demi menyelamatkan Sufiah. Satu-satunya perkara yang paling dia benci, akhirnya menjadi kesukaannya. Dia sudah terpalit dengan dosa yang pernah ibu dan Sufiah lakukan. Pemergian ayah memutarkan hidup Janna...