"How's your life after being married?" tanya Tania.
"Totally great, Tania. You should get married too!" balas Rizhan dengan senyuman lebar di bibir. Tak sesaat pun dia rasa tidak bahagia di sisi Jannah.
'Nak kahwin macam mana kalau lelaki I cinta dah kahwin dengan perempuan lain?' tanya Tania sendiri.
Tania hanya tersenyum kelat.
"I tak ready lagi nak kahwin," kata Tania.
"Its okay Tania. Take it slowly. Satu hari nanti, bila you dah jumpa orang yang you sayang, you sendiri akan ready," ujar Rizhan. Tania hanya mengangguk.
Dia cuba melupakan Rizhan. Dulu, dia pernah menolak cinta lelaki ini. Namun, sejak mereka bekerja di bawah bumbung yang sama, perasaan cinta terhadap Rizhan muncul sendiri.
Tania fikir, mereka masih punya peluang. Sekarang, Rizhan sudah beristeri. Tapi, kenapa dia rasa lain saja?
Awal-awak dulu selepas Rizhan dan Jannah berkahwin, Zuraida mengajaknya keluar bersarapan di luar. Alasannya, tidak mahu bersarapan dengan makanan kotor.
Pembantu rumah tak masak bersih ke? Selama ni, bukan ke pembantu rumah yang sama masak di rumah itu?
Bukankah patutnya Zuraida gembira menerima menantu? Tapi, riak wajah yang ditunjukkan seperti menyampah saja.
Tania malas bertanya lebih. Dia tidak mahu mencampuri urusan keluarga orang lain.
Tapi, kalau dia masih ada peluang, apa salahnya? Sudah hampir dua bulan pasangan itu mendirikan rumah tangga, namun tidak sekali pun Tania melupakan kenangan antara dia dan Rizhan.
Dan perkara itu yang membuatkan dia gila sendiri dengan cinta yang lama terpendam.
"Sayang, abang dah balik," Rizhan yang baru tiba di rumah jam 8 malam menghampiri isterinya. Pipi Jannah dikucup geram. Tembam sangat.
Setiap kali pulang dari kerja, Rizhan tidak pernah sekali pun tidak memeluk dan mengucu isterinya. Pergi kerja walau tidak sampai 24 jam sehari sudah cukup membuatkam dia gila merindui Jannah.
"Pergilah bersihkan diri. Nanti kita makan sama-sama. Hari ni, Jannah masak ikan keli berlada dengan gulai lemak cili padi," kata Jannah.
"Mandikan?"
"Tak payah mengada. Jannah baru je mandi," tolak Jannah.
Rizhan tersengih lalu melangkah ke bilik mereka. Jannah hanya menggeleng apabila melihat kelakuan suaminya itu.
Ada saja idea nakal suaminya. Kadang-kadang, tak terlayan Jannah dibuatnya.
Jannah yang sudah berbaring di atas katil dihampiri. Jannah sudah tertidur. Mungkin penat kerana seharian melakukan kerja rumah.
Mahu mengupah pembantu rumah, Jannah menolak. Alasannya, tidak selesa. Dia masih kuat dan berkudrat untuk mengemas rumah sendiri.
Rambut Jannah di usap perlahan, tidak mahu mengejutkan Jannah dari tidur. Namun, tidak berjaya tingkahnya apabila Jannah bangun terpisat-pisat.
"Abang, kenapa?" tanya Jannah perlahan.
"Sorry, abang ganggu Jannah tidur ke? Tidurlah balik," kata Rizhan.
Jannah hanya tersenyum lalu baring menghadap Rizhan. Sejak beberapa hari ini, dia rasa seperti terlalu merindui Rizhan. Seperti ada yang tak kena saja dalam fikirannya apabila teringatkan Rizhan.
"Kenapa tak tidur lagi ni? Rehatlah, sayang," kata Rizhan lagi.
"Nak tengok muka handsome abang," kata Jannah lalu tertawa. Rizhan juga tertawa. Tangan Jannah dicapai lalu dicium.
"Esok Sabtu kan? Kita pergi rumah ibu ya. Ibu call pagi tadi, katanya ada benda nak cakap," kata Rizhan.
"Okay,"
Sejak mereka mendirikan rumah tangga, belum sempat sekali pun mereka ke rumah ibu mertuanya itu. Setiap kali menghubungi Zuraida, ibu mertuanya itu akan memberi alasan berada di luar. Mesyuarat dan sebagainya.
Jadual Rizhan juga agak padat. Sudah empat kali Rizhan menghadiri kursus di tempat yang jauh. Jannah pula tinggal sendiri.
Apa yang mahu Zuraida katakan agaknya? Bunyi macam mustahak saja. Kalau tak penting, boleh saja call. Tapi ini sampai perlu berdepan.
YOU ARE READING
SEINDAH JANNAH(C)
RomanceJannah pernah terheret ke dalam lembah hina demi menyelamatkan Sufiah. Satu-satunya perkara yang paling dia benci, akhirnya menjadi kesukaannya. Dia sudah terpalit dengan dosa yang pernah ibu dan Sufiah lakukan. Pemergian ayah memutarkan hidup Janna...