13

195 10 0
                                    

"Doktor, betul ke ibu doktor benarkan kita berkahwin?" soal Jannah. Sejujurnya, dia berasa tidak hati sejak melangkah masuk ke dalam banglo mewah milik keluarga Rizhan.

"Sayang, kan saya dah cakap, jangan panggil doktor dekat luar. Panggil Han je. Tapi, kalah nak panggil abang pun boleh," usik Rizhan lalu mengenyit mata.

Jannah menundukkan wajah. Malu dengan sikap Rizhan yang sering mengusiknya. Bukannya dia tidak mahu menukar panggilan terhadap Rizhan, tapi dia segan.

"Jangan risau, sayang. Ibu betul-betul beri restu dia. Sayang relaks je okay?" kali ini, Rizhan cuba memberi keyakinan buat buah hatinya ini.

Sudah 20 minit berlalu sejak dia dan Jannah tiba di rumah ini. Ibu masih lagi tidak memunculkan diri. Mungkin kerana hal itu, Jannah berasa risau.

Dia yakin, ibu benar-benar merestui hubungannya dengan Jannah. Seperti yang ibu katakan sebelum ini.

"Dah sampai?" tanya Zuraida yang baru keluar dari biliknya.

"Dah ibu. Ibu, kenalkan ini Jannah. Sayang, sini salam ibu," Rizhan menggamit Jannah.

Jannah bingkas bangun lalu berjalan menghampiri dua beranak itu. Dia menghulurkan tangan untuk menyalam wanita yang katanya bakal ibu mertuanya.

"Tak perlulah salam bagai. Jom, kita pergi makan. Nanti lauk sejuk, tak sedap pula," pintas Zuraida laju lalu segera berjalan ke meja makan.

Terpinga-pinga Jannah dibuatnya. Tangan tadi diturunkan perlahan. Salam bukannya lama pun sampai makanan yang panas boleh sejuk sekelip mata.

Astagfirullah, Jannah! Tak baik fikir macam tu. Cuba bersangka baik.

Dia mengikut Rizhan yang sudah berjalan terlebih dahulu. Rizhan menarik kerusi lalu menyuruh Jannah duduk disitu.

"Sayang, makan je apa yang sayang nak. Ibu masak sedap tau! Nanti, sayang kena belajar masak dengan ibu. Sebab lauk ibu masak paling terbaik!" kata Rizhan ceria. Saat Rizhan mahu mencedokkan lauk ke pinggan Jannah, Zuraida sekali lagi memintas.

"Perempuan yang nak jadi pengantin, jangan makan banyak. Kata nak kahwin cepat. Kalau gemuk, muka buruk. Nanti tak sepadan!" kata Zuraida berbaur sinis.

"Baik, mak cik," balas Jannah perlahan. Kenapa dari tadi, dia merasakan seolah-olah Zuraida tidak menyukai dirinya? Sebab wanita dihadapannya ini sudah tahu tentang kisah silamnya ke?

"Ibu, Han suka tau perempuan yang berisi. Comel je. Ibu tengok Jannah ni, kurus. Biar dia makan lebih sikit. Jannah kena rasa tau  masakan ibu semuanya," kata Rizhan dengan nada bergurau.

"Han, tak perlu letak lauk banyak-banyak untuk saya. Nanti tak habis," kata Jannah saat Rizhan masih lagi mencedokkan beberapa lauk ke dalam pinggan dihadapan dia.

"Makan sayang. Saya suka isteri saya berisi. Sedap nak peluk," kata Rizhan lagi lalu mengenyit mata.

Bukannya Jannah risau tidak mampu habiskan makanan yang terhidang. Tapi, dia seolah-olah faham dengan isyarat yang diberikan.

Dia sepertinya tidak dibenarkan makan bersama dua beranak itu. Rizhan mungkin tidak faham. Namun, demi menyedapkan hati Rizhan, dia tetap menjamah makanan yang sudah lelaki itu hidangkan.

SEINDAH JANNAH(C)Where stories live. Discover now