16

207 6 0
                                    

"Sedap nasi goreng Jannah masak. Untung Han, ada isteri pandai masak," kata Zalia.

Sungguh, nasi goreng ini memang cukup rasa. Nampak biasa saja. Tapi bila dah dimakan, macam tak percaya rasanya luar biasa!

"Biasa aje, kak," kata Jannah. Segan apabila dipuji dari tadi.

"No, ini luar biasa. By the way, Han bila nak pindah ke rumah baru?" soal Zalia. Bukannya apa, dia risau melihat pandangan ibu mereka pada Jannah. Semacam saja.

"As soon as possible kak. Kami tak boleh pergi honeymoon lagi sebab jadual Han pack for this two months. So, Han ingat elok Han uruskan hal pindah rumah dulu,"  jawab Rizhan.

"Yeah, that is good," kata Zalia.

Zalia sedikit ragu-ragu jika Jannah ditinggalkan berdua bersama ibu. Dia yakin, ibu masih terikat dengan kejadian lepas. Tidak mustahil jika Jannah menjadi mangsa di kemudian hari. Jannah pulabtidak akan lagi bekerja selepas ini.

Lihatlah sekarang, ibu tidak ada sewaktu mereka bersarapan. Dia tahu ibu keluar tadi kerana bunyi kereta ibu. Atas urusan apa, tidak pasti. Boleh jadi juga kerana tidak sudi duduk semeja dengan Jannah.

Dia tahu siapa Jannah. Dia juga masih teringat akan kisah lama keluarganya. Musnah kerana ayahnya melanggan pelacur di kelab malam. Tapi, benarkah keluarga mereka sebetulnya musnah angkara silap ayah mereka saja?

Lagi pula, dia lihat Jannah baik saja. Dia setuju bila Rizhan mengatakan Jannah sudah bertaubat kerana Jannah nampak sedaya upaya menjaga dirinya.

Dia hanya tumpang gembira jika itu yang terbaik buat adiknya, Rizhan.

"Bila kita akan pindah, abang?" tanya Jannah. Selama ni, Rizhan tidak pernah sekali pun berbincang hal ini dengannya.

Dia juga tidak pernah terfikir yang mereka akan tinggal di rumah lain milik Rizhan. Sangkanya, mereka akan tinggal bersama ibu mertuanya itu.

"Kalau tak ada apa-apa, esok kita gerak ke sana. Lagipun, barang Jannah tak banyak sangat. Barang abang je yang banyak," jawab Rizhan. Jannah hanya mengangguk.

"Abang, Jannah nak tanya sikit boleh ke?" pinta Jannah. Suatu hal yang berat untuk dia bertanyakan kepada Rizhan. Namun, dia perlukan kepastian.

"Kenapa sayang?"

"Ibu betul ke terima Jannah?" soal Jannah kembali.

"Aik, kenapa sayang tanya macam tu? Mestilah ibu terima. Kalau tak, macam mana kita boleh kahwin?" kali ini Rizhan yang memulangkan soalan dengan senyum manis tersungging di bibir.

Rizhan mengerti dengan kebimbangan Jannah tentang penerimaan Zuraida terhadap kisah silam Jannah. Tapi Rizhan yakin yang ibu menerima semuanya. Kalau tidak, masakan syurganya itu merestui perkahwinan mereka?

Jannah pula dihimpit kerisauan. Dia terkejut dengan layanan ibu mertuanya sebelum mereka bersarapan tadi. Semuanya terjadi secara tiba-tiba.

Dia khuatir jika Zuraida sebenarnya tidak menerima dia sebagai menantu di rumah ini. Jika benar hal itu, apa yang patut dia buat?

"Jannah cuma risau ibu tak suka. Siapa aje yang sudi terima orang macam Jannah ni, abang?" luah Jannah pada suaminya.

Rizhan menghampiri Jannah lalu memeluk tubuh genit isterinya.

"Jangan risau, sayang. Abang yakin ibu okay je. Sejak dulu lagi, ibu memang banyak mendiamkan diri. Ibu memang selalu tak ada kat rumah sebab kena join meeting persatuan dan jumpa kawan," kata Rizhan.

Jannah hanya mengangguk lalu mengukir senyum. Dia harap, semuanya baik-baik saja.

SEINDAH JANNAH(C)Where stories live. Discover now