74

399 5 0
                                    

"Puan, puan dah boleh pulang ke rumah. Hospital ada call suami puan tadi. Dia minta seseorang datang ambil puan," kata Doktor Mallisa.

Kadang-kadang, dia merasa cemburu dengan Jannah. Jarang perempuan mengakui ada perempuan lain cantik. Tapi, Jannah memang sangat-sangat cantik!

Rizhan beruntung memiliki Jannah sebagai isteri. Mereka berdua sangat sepadan. Rizhan kacak, Jannah cantik. Mesti Aydin, anak mereka yang diceritakan Jannah selama ini mempunyai wajah yang sangat comel.

"Siapa doktor?" soal Jannah. Takkan Rizhan upah bodyguard untuk dia semata-mata kerana dia tak mahu berjumpa Rizhan?

"Cik Alia, masuklah," panggil Doktor Mallisa. Jannah terkejut. Dia tak salah dengarkan? Alia?

"Assalamualaikum, Jannah," sapa Alia. Betapa dia rindu pada Jannah. Rizhan menghubungi dia dan menceritakan apa yang jadi pada Jannah.

Mula-mula, memang dia mengamuk. Habis dia membebel pada Rizhan sehingga lelaki itu diam saja. Tapi, benda dah lepas. Dia anggap, Rizhan mencari dia sebagai usaha untuk membahagiakan Jannah.

"W..waalaikumussalam...Alia. Kau ke, Alia?" soal Jannah. Dia juga rindu pada Alia.

"Ya, Jannah. Ni aku," mereka berpelukan. Doktor Mallisa meminta diri.

"Aku rindu kau, Alia. Aku minta maaf dah lama tak call kau," kata Jannah. Benarlah, sejak dia kemalangan dulu, dia tidak lagi menghubungi Alia.

"Aku pun rindu kau, Jannah. Tak apalah, hari ni, kau dah jumpa aku. Bolehlah kita lepaskan rindu," balas Alia ceria.

"Bekas suami aku...suruh kau bawa aku balik?" pasti Rizhan sudah menceraikannya. Mungkin ini adalah bantuan terakhir dari Rizhan buat dia.

"Eh, bekas suami? Bila masa kau bercerau ni, Jannah? Suami kau suruh aku bawa kau balik ke rumah arwah ayah kau la. Dia kata, kau nak bertenang kejap," balas Alia berpura-pura tidak tahu.

Bukannya dia tidak tahu, Jannah meminta cerai pada Rizhan. Itupun Rizhan sudah ceritakan padanya.

"Tak ada apalah Alia. Jom, balik. Aku tukar baju kejap,"

Rizhan masih tak ceraikan dia? Jadi, kenapa dia suruh Alia bawa Jannah pulang ke rumah arwah ayahnya pula?





"Okay, kita dah sampai. Jom, turun," tali pinggang dibuka. Alia memandu ke sini.

"Aku dengan mak ayah aku bersihkan kawasan rumah ni sentiasa tau,"

Bukan mahu bangga, tapi mesti Jannah terkejut melihat rumah yang dah lama ditinggalkan tiba-tiba bersih. Malah, nampak baru kerana atap yang ditukar, dinding yang dicat.

Alia mencapai tangan Jannah.

"Aku tahu, kau teringat pasal Rizhan jual rumah ni dekat orang lain kan? Rizhan dah cerita kat aku dan mak ayah aku. Memang dia jual rumah ini dulu. Tapi, dia beli balik untuk kau. Dia cakap, kalau stres nanti boleh datang rehat dekat sini. Sebab tu, banyak yang dia dah tukar dan baiki kat rumah ni. Kau tak tengok lagi dalam rumah tu, lagi cantik. Banyak perabot lama dia tukarkan ke barang baru. Yang lama, dia tak buang. Tapi ada stor kecil dekat belakang rumah. Semua tersusun kemas dekat situ," terang Alia.

Dia dah serupa menjual Rizhan pada Jannah. Alia cuma berharap Jannah kembali bahagia saja. Kerana itu, dia sanggup berbuat apa saja.

SEINDAH JANNAH(C)Where stories live. Discover now