Hari ini, Rizhan tidak keluar bekerja. Kepalanya berasa sakit. Lepas saja hantar Tania ke klinik, dia terus pulang ke rumah.
Rizhan menapak berdiri di hadapan pintu stor. Pintu dibuka dengan kunci yanh dia jumpa di celah pakaian Tania. Kenapa Tania sorok kunci itu di pakaian, dia tidak tahu.
Daun pintu ditolak. Ada banyak dokumen-dokumen tersusun dalam fail berselerak di dalam stor itu. Rizhan melangkah masuk.
Teruk sungguh keadaan bilik ini. Bersepah betul! Nak berjalan pun rasanya tak ada ruang.
Rizhan kemudiannya mencangkung sambil membaca setiap helaian kertas yang berterabur di atas lantai. Satu per satu diteliti. Fikirnya, dia mahu kemas dokumen-dokumen itu memandangkan hari ini dia tidak bekerja.
Namun, saat matanya terpandang sekeping gambar, tingkah yang lain terus terhenti. Gambar itu...
Dalam gambar itu, ada wajahnya dan perempuan yang selalu muncul di dalam mimpinya sejak kebelakangan ini, dalam keadaan sedang duduk di atas pelamin!
Perempuan yang sering membahasakan dirinya sebagai Jannah dalam mimpi-mimpi sebelum ini. Betul, dia Jannah.
Gambar itu dipegang dan Rizhan rakus menyelongkar helaian yang lain. Terdapat banyak gambar-gambar dia dan Jannah dan...
SURAT PERAKUAN NIKAH
Di situ, tertera nama dia dan nama Jannah dalam maklumat suami dan isteri. Ya Allah! Kebenaran apakah ini?
Jadi, dia pernah berkahwin dengan Jannah sebelum ini? Mana Jannah sekarang? Apa status mereka berdua, hari ini?
Pelipisnya di urut. Semalam, Tania kata Jannah jahat. Soalnya sekarang, apa yang terjadi antara dia dan Jannah?
Rizhan yakin, dia perlu cari Jannah.
Saat dia terleka mengelamun, Rizhan merasakan tubuhnya dipeluk. Dia tahu itu Tania.
"You dah sihat?" soal Tania lembut.
"Dah,"
"Good," Tania beralih ke hadapan lelaki itu. Tubuh Rizhan sekali lagi dirangkuk dan kepalanya disandarkan ke dada Rizhan. Jarinya memulakan kerja.
Rizhan yang berasa tidak selesa menepis perlahan tangan Tania. Apatah lagi, Tania hanya memakai gaun tidur nipis dan dia tidak bersedia dengan apa-apa pun. Atau mungkin, sampai bila-bila pun, Rizhan tidak akan bersedia.
"Jangan tolak I, Han. I isteri you. You kena layan I selayaknya. Kita dah lama kahwin, tapi you sekali pun tak pernah sentuh I. I manusia juga!" Tania berang.
"I..I tak ready," keluh Rizhan.
Bibir Tania memagut bibir Rizhan rakus. Rizhan pula keras menolak Tania.
"Tania, apa you buat ni?!" marah Rizhan.
"You tanya apa I buat? You kena sentuh I! I nak hak I sebagai isteri!"
"Atau, you masih tunggu Jannah tu layan you?!" marah Tania tanpa menyedari dia sedang membuka rahsia yang disorok selama ini.
"Jannah? You cakap apa tadi?" soal Rizhan. Tania hanya membisu. Bengang dengan diri sendiri kerana tidak bijak mengawal perasaan. Rizhan menggugah bahu Tania.
"Cakap dengan I, kenapa dengan Jannah. You sorok banyak rahsia dari I kan? You memang tak nak tengok I mengingat semula ke?" desak Rizhan.
Namun, Tania lebih bijak bertindak. Dia terus-terusan membuka langkah hingga Rizhan akhirnya tersungkur ditangannya.
YOU ARE READING
SEINDAH JANNAH(C)
RomanceJannah pernah terheret ke dalam lembah hina demi menyelamatkan Sufiah. Satu-satunya perkara yang paling dia benci, akhirnya menjadi kesukaannya. Dia sudah terpalit dengan dosa yang pernah ibu dan Sufiah lakukan. Pemergian ayah memutarkan hidup Janna...