Nasi goreng yang sudah siap dimasak sudah selesai dihidang di atas meja. Kata Mak Som, pembantu rumah ini, ibu mertuanya dan Rizhan memang akan makan makanan berat di pagi hari.
Jannah pagi-pagi sudah turun untuk menyediakan sarapan. Rasa segan pula mahu menurut Rizhan agar menyambung tidur.
Satu jug air berisikan teh o panas diletakkan di atas dulang. Semuanya sudah siap. Tinggal mahu menunggu semua orang turun untuk bersarapan saja.
"Kau buat apa ni?" tanya Zuraida yang baru keluar dari biliknya.
Kau? Jannah sedikit tergamam mendengar panggilan ibu mertuanya itu.
"Jannah masakkan nasi goreng untuk kita sarapan, ibu. Jemputlah duduk. Jannah panggil Han dekat atas kejap," kata Jannah.
"Kau ingat, aku sudi nak makan air tangan pelacur macam kau ni? Kau ingat aku betul-betul sudi terima kau jadi menantu aku?" tanya Zuraida sinis.
"Jannah..,"
"Sedar diri sikit. Yang layak jadi isteri Rizhan hanya Tiara, bukan kau. Aku tak mahu cucu aku nanti ada darah pelacur hina macam kau," kata Zuraida lalu menunjal kuat kepala Jannah.
Jannah mengaduh kesakitan. Dia hanya melihat ibu mertuanya keluar dari rumah dengan linangan air mata.
"Sabar ya, Jannah. Banyakkan berdoa pada Allah," ucap Mak Som. Dia melihat apa yang terjadi sebentar tadi. Kasihan pula apabila melihat layanan Zuraida terhadap Jannah.
"Pergi panggil Han turun sarapan. Zalia biar Mak Som panggilkan." kata Mak Som. Jannah hanya mengangguk lalu mengatur langkah ke bilik Rizhan.
"Abang, bangunlah. Kita turun sarapan. Jannah dah masak nasi goreng," panggil Jannah lembut. Tubuh suaminya digoncang perlahan.
"Hmm.."
Aduhai, nampaknya Rizhan memang sejenis yang liat untuk bangun dari tidur. Waktu subuh tadi juga sama. Jannah bangun terlebih dahulu.
"Abang, bangun...," panggil Jannah lagi.
Jannah hanya menggeleng kepala apabila tiada respons dari suaminya. Mungkin, kalau langsir bilik di selak, suaminya akan bangun.
Jannah mahu bangun apabila Rizhan menarik Jannah ke arah lelaki itu. Terbaring Jannah dibuatnya. Tangan Rizhan merangku pinggang Jannah erat.
"Kejap lagi la sayang. Abang tak puas bermanja dengan isteri abang ni. Kita kan pengantin baru," kata Rizhan perlahan.
"Mana boleh abang. Sejuk nanti nasi goreng Jannah masak," kata Jannah. Agenda pagi ini mahu bersarapan. Jika dibiarkan saja mereka berlingkar atas katil, memang berubah agenda mereka.
"Abang.." panggil Jannah.
Rizhan mengangkat sedikit tubuhnya lalu mengucup pipi Jannah. Wangi! Dia tidak melihat Jannah menyembut apa-apa minyak wangi sejak semalam. Rasanya, ini haruman asli dari tubuh isterinya.
"Okay, abang bangun. Tapi, cium sikit, please?" pinta Rizhan. Saja mahu mengusik isterinya.
Cup
Rizhan tersengih sewaktu bibir munggil Jannah menyentuh pipinya.
"Kejap okay, abang cuci muka," kata Rizhan lalu bangkit menuju ke bilik air.
Jannah hanya meraup muka yang pastinya sudah memerah angkara malu. Tapi, dia bahagia. Cinta pada suaminya sudah melimpah ruah.
YOU ARE READING
SEINDAH JANNAH(C)
RomanceJannah pernah terheret ke dalam lembah hina demi menyelamatkan Sufiah. Satu-satunya perkara yang paling dia benci, akhirnya menjadi kesukaannya. Dia sudah terpalit dengan dosa yang pernah ibu dan Sufiah lakukan. Pemergian ayah memutarkan hidup Janna...