Tubuh isterinya yang sedang lena tidur diamati. Tangan isterinya digenggam lalu dibawa ke bibir.
'Ya Allah, besarnya dosa aku pada isteriku...dia sanggup berbuat apa saja demi aku. Tapi aku, mensia-siakan dia,'
"Jannah, selama ni Jannah cakap yang sayang tak layak untuk abang. Rupa-rupanya abang yang tak layak untuk sayang...," luah Rizhan di sisi Jannah.
"Jannah dah banyak berkorban untuk abang. Jannah dah selamatkan nyawa abang walaupun diri Jannah yang jadi galang ganti, Jannah juga sanggup korbankan perasaan sendiri sebab nak abang hidup dengan baik, dengan anak kita,"
"A..ab..abang tak tahu lagi apa yang abang boleh buat untuk tebus dosa-dosa abang pada Jannah. Cinta Jannah...terlalu indah untuk abang,"
Dia menghamburkan tangisannya biarpun Jannah masih kekal lena. Mungkin kekasihnya itu terlalu penat.
Saat ini, Rizhan merasakan dirinya terlalu lemah.
Jannah membuka mata. Matanya melilau memandang sekeliling. Dia sedang terbaring bersama seorang lelaki. Biarpun lengan kekar lelaki itu berat melingkar di pinggangnya, sedikit pun tidak menghalang Jannah untuk membebaskan diri.
Dia membuka pintu lalu keluar dari bilik membawa langkah ke dapur. Langkahnya longlai kerana hanya bertemankan kaki palsu dan tangan yang berpaut pada dinding.
Sebilah pisau yang elok tersusun pada raknya dicapai. Pisau itu dipegang tegak. Mata Jannah merenung pisau itu sebelum dia tertawa.
"Aydin, ibu janji akan jaga Aydin, kan? Ibu nak ikut Aydin," ujar Jannah perlahan.
Dia melabuhkan duduk di hujung kabinet dapur. Kepalanya menyenget saat melihat pisau itu.
'Mati kau, perempuan!'
'Anak kita dah mati sebab kau!'
'Kau punca Aydin mati!'
'Nampak tak betul aje dia. Mesti dah gila,'
Jannah menggelengkan kepalanya laju.
"Aku tak gila! Aku sihat!"
"Kau semua memang suka tengok aku menderita kan? Hah? Suka kalau aku mati? Sekarang aku nak mati! Korang tengok ni!"
Zap! Zap! Zap! Zap!
Pisau tadi dibenamkan ke dalam kulit lengannya. Darah memancut keluar namun tidak mendatangkan apa-apa rasa pun pada Jannah.
'Kau tikam je perut kau! Buat apa hidup lagi? Tak ada siapa pun kisah kalau kau hidup,' satu suara datang membisik.
Di saat manusia dalam keadaan lemah, syaitan datang membisikkan kemungkaran di telinga manusia..
"Kenapa semua benci aku?" soal Jannah pada dirinya. Seketika kemudian, dia ketawa.
"Sebab kau pelacur,"
"Mama minta maaf, Aydin. Mama yang salah,"
"Aydin mesti benci dengan mama, kan?"
"Jannah!" Rizhan memanggil isterinya yang sudah hilang dalam dunianya sendiri.
Pisau tadi diangkat tinggi bersedia mahu menuju ke sasaran. Belum sempat dia membawa pisau itu ke perutnya, Rizhan lebih menepis pisau itu sehingga meninggalkan luka kecil di telapak tangannya.
Pisau tadi disepak sehingga hilang ke bawah meja.
"Jannah, kenapa Jannah buat macam tu? Ya Allah, kenapa dengan isteri aku?" Rizhan merintih.
Kepala Jannah dibawa bersandar pada dadanya. Lebih sakit dadanya melihat tangan Jannah yang penuh kesan luka.
"Kau nampak Aydin dekat mana? Aku nak minta maaf dengan dia. Suami aku cakap, aku dah bunuh anak aku," kata Jannah pada Rizhan. Rizhan menggeleng perlahan.
"Tak, Jannah. Tak. Jannah tak bunuh Aydin,"
"Habis tu, dia dekat mana? Aku nak susukan dia. Dia mesti lapar. Nanti, Rizhan marah aku sebab biarkan anak aku lapar,"
"D..dia..dah tidur. Dia dah kenyang," jawab Rizhan lemah.
YOU ARE READING
SEINDAH JANNAH(C)
RomanceJannah pernah terheret ke dalam lembah hina demi menyelamatkan Sufiah. Satu-satunya perkara yang paling dia benci, akhirnya menjadi kesukaannya. Dia sudah terpalit dengan dosa yang pernah ibu dan Sufiah lakukan. Pemergian ayah memutarkan hidup Janna...