"Umi, terima kasih sebab bagi Jannah tinggal dekat sini. Nanti ada masa, Jannah datang lagi," ucap Jannah.
Tiga hari lepas, dia keluar dari wad kerana keadaannya yang sudah baik. Hari ini, dia bakal pulang bersama Rizhan ke rumah lelaki itu.
"Datang aje, Jannah. Bawa Han dengan Aydin sekali. Bila-bila masa saja nak datang, datang aje,"
Jannah memeluk Umi Fatimah. Biarpun hatinya terasa berat mahu pulang mengikut Rizhan, namun selepas dipujuk suaminya, Umi Fatimah dan Nisa, dia mengalah.
Tidak salah jika dia mencuba. Aydin pula, seperti tidak mahu berpisah dengan Rizhan. Setiap kali mahu tidur, mesti Rizhan yang perlu mendodoikan si kecil itu. Waktu mandi juga mahukan Rizhan.
"Kami pergi dulu, umi. Umi jaga diri ya," pinta Rizhan. Jannah dibawa berjalan dengan berhati-hati lalu didudukkan di tempat duduk.
Rizhan masuk ke dalam kereta lalu memulakan pemanduan. Jannah yang hanya diam dikerling.
"Jannah okay ke? Kalau nak tidur, tidur dulu. Nanti kalau nak berhenti, abang kejutkan,"
"Jannah okay,"
Panggilan antara mereka juga sudah bertukar sepenuhnya. Nisa berpesan, jika mahu mencuba, cuba sehabis baik.
Syukur jalan tidak sesak. Dalam tiga jam lebih, mereka sampai ke sebuah rumah. Jannah masih tidur.
Aydin juga, tidur lena. Tidak merengek seperti bayi lain.
"Sayang...," bahu Jannah ditepuk perlahan.
"Sayang...,"
Jannah membuka mata.
"Kita dah sampai,"
Mereka dekat rumah siapa ni? Lain saja rumah ni dari rumah Rizhan yang lama dulu.
"Rumah siapa ni?" soal Jannah.
"Oh, lupa nak bagitahu. Abang dah jual rumah lama kita. Ni rumah baru," cerita Rizhan.
Kerana mahu memulakan kehidupan baru, dia juga mahu suasana baru. Tuhan masih memberi dia kudrat. Rumah baru ini, rezeki dari Allah buat mereka.
Kawasan di sini juga lebih tenang. Tidak seperti di rumah lama mereka.
"Jannah tunggu sini, abang bawa Aydin masuk dulu. Nanti abang bawa Jannah pula,"
Tubuh Aydin yang lena didukung lalu Rizhan masuk ke dalam rumah meninggalkan Jannah sendiri di dalam kereta.
Matanya meliar melihat kawasan rumah ini. Rumah ini nampak lebih besar berbanding rumah lama mereka. Juga nampak lebih menenangkan memandangkan terdapat banyak pokok hijau di tepi rumah.
"Jannah? Tengok apa khusyuk sangat sampai abang panggil Jannah dekat tiga kali pun tak menyahut," tegur Rizhan yang entah bila muncul ditepinya.
"Saya tengok pokok-pokok tepi rumah ni," balas Jannah.
"Oh, pokok-pokok ni memang tuan rumah yang lama tanam. Masa abang nak beli rumah ni, dia cakap nak buang semuanya. Tapi, abang cakap jangan sebab abang suka suasana hijau. Jom, kita masuk rumah,"
Bahu Jannah dipeluk erat. Biarpun Jannah sudah mempunyai kaki palsu dan bertongkat, Rizhan tetap membantu wanita itu untuk bergerak memandangkan sebelah lagi kaki Jannah tidak kuat untuk melangkah sendiri kesan daripada kemalangan
YOU ARE READING
SEINDAH JANNAH(C)
RomanceJannah pernah terheret ke dalam lembah hina demi menyelamatkan Sufiah. Satu-satunya perkara yang paling dia benci, akhirnya menjadi kesukaannya. Dia sudah terpalit dengan dosa yang pernah ibu dan Sufiah lakukan. Pemergian ayah memutarkan hidup Janna...