"Tak, Jannah. Abang tak tipu," Rizhan cuba berlembut dengan Jannah.
Dia sedar, cara dia berkasar dengan Jannah sejak semalam sudah tentu bawa kesan besar pada isterinya. Jannah sedang berpantang, tak sepatutnya dia mengasak emosi Jannah.
Jannah yang sedang berada dihadapannya sekarang sememangnya bukan Jannah yang dia kenal.
"Lebih baik aku mati. Aku tak sanggup menderita macam ni lagi...," Jannah merintih.
"Jangan cakap macam tu, Jannah. Abang minta maaf sebab dah berkasar dengan Jannah. Jangan cakap pasal mati, sayang,"
"Siapa sayang kau?! Bukan aku!" dada Rizhan dipukul berkali-kali. Sesekali, Rizhan mengerut dahi kerana kesakitan.
"Ceraikan aku! Aku nak balik ke tempat aku sebab aku memang layak duduk dekat situ!"
"Apa Jannah cakap ni? Sanggup Jannah minta cerai?" soal Rizhan. Tubuh isterinya dipeluk biarpun berkali-kali Jannah mengulangi perkataan cerai.
Dia kekal merangkul tubuh Jannah. Kedua-dua mereka sudah terduduk di atas lantai.
Jannah masih lagi dengan tangisan dan amukannya. Sehinggalah dia terlena dalam tangisan, Rizhan mencempung tubuh itu lalu dibaringkan ke atas katil.
Mak Som menunggu kedatangan Zalia. Apa jadi sekali pun, dia perlu selamatkan rumah tangga Jannah dan Rizhan. Hanya Zalia yang boleh bantu dia.
"Mak Som," sapa Zalia.
Dia bergegas ke sini selepas Mak Som menghubunginya. Zalia merasakan ada hal yang mustahak memandangkan Mak Som mendesaknya untuk berjumpa di luar.
"Zalia, tolong Mak Som. Kamu aje yang Mak Som boleh harapkan," rayu Mak Som.
"Puan Zuraida masih tak terima Jannah dan Aydin. Dia pisahkan dua beranak tu bila Han tak ada dekat rumah. Puan suruh Jannah yang masih berpantang buat kerja rumah dan tak bagi Jannah susukan Aydin," cerita Mak Som.
"Hah?" tergamam Zalia saat mendengar cerita dari Mak Som.
"Betul, Lia. Puan Zuraida paksa Jannah minta cerai pada Han dan tinggalkan Aydin dan Han. Jangan cari mereka lagi lepas tu. Jannah dengan Han setiap hari bergaduh. Mak Som risau tengok Jannah, Lia," Mak Som mengeluh.
"Jannah macam mana, Mak Som? Han tak cerita apa-apa pun dekat saya. Dia cuma call saya minta saya jadi ibu susuan Aydin. Saya ingat, Jannah mungkin tak boleh keluarkan susu sendiri. Tak tahu pula rumah tangga mereka ada masalah sampai macam ni. Sanggup ibu buat macam tu,"
"Tak, Lia. Puan yang tak bagi Jannah susukan Aydin. Maaf Mak Som nak cakap ni...tapi puan fitnah Jannah pada Han, kononnya Jannah malas nak susukan Aydin. Sebab tu Han mengamuk,"
"Lagi satu, Mak Som tengok Jannah macam ada yang tak kena aje dengan dia...,"
"Ada apa-apa jadi dekat dia ke, Mak Som?"
"Mak Som tak mahu fikir yang bukan-bukan. Cuma, ini tanggapan Mak Som sebagai orang tua. Mak Som takut kalau Jannah sakit meroyan,"
"Astaghfirullahalazim...sampai macam tu sekali ke Mak Som?" soal Zalia. Mak Som mengangguk perlahan.
"Tolong, Zalia. Kita kena tolong mereka, lagi-lagi Jannah. Sebelum terlambat," ujar Mak Som.
"Saya akan tolong. Macam ni, kalau ada apa-apa, Mak Som terus call saya. Yang lain-lain tu, saya uruskan," pesan Zalia.
Ibunya dah melampau!
YOU ARE READING
SEINDAH JANNAH(C)
RomanceJannah pernah terheret ke dalam lembah hina demi menyelamatkan Sufiah. Satu-satunya perkara yang paling dia benci, akhirnya menjadi kesukaannya. Dia sudah terpalit dengan dosa yang pernah ibu dan Sufiah lakukan. Pemergian ayah memutarkan hidup Janna...