"Pergi mandi. Serabai! Tuan Han dah nak balik kejap lagi. Nanti dituduh aku tak buat kerja pula!" jerit Linda.
Dari pagi tadi, dia lihat Jannah seakan-akan tak bernyawa saja. Malah, Rizhan berpesan agar jangan membiarkan Jannah keluar dari bilik jika belum pukul 6 petang. Sudahnya, Jannah tidak mandi dari pagi tadi.
Jannah segera bangun dengan langkah yang lemah. Pakaian dan tuala dibawa bersama ke bilik air.
Usai mandi, dia kembali masuk ke dalam bilik. Perut yang lapar meminta agar diisi dari tadi hanya dibiarkan. Bukan tak mahu makan, tapi tak diberi makan. Kali terakhir dia makan hanya pagi tadi. Itu pun, hanya menjamah dua keping roti kosong dan segelas air kosong.
Selepas dari itu, dia langsung tak diberi makan.
Telekung disarung ke tubuh dan sejadah dibentang. Mahu solat. Mujurlah, dalam pada tidak dibenarkan keluar dari bilik ini, Linda tetap membenarkan dia keluar untuk berwudhu supaya boleh solat seperti biasa.
Kunci kereta diletakkan atas meja. Rizhan meletakkan punggung atas sofa di ruang tamu. Penat tak terkata tubuhnya hari ini.
Semua urusan di pejabat jadi tak sempurna. Otaknya terlalu serabut. Di tambah pula dengan bara di jiwa yangbtak surut kerana seorang wanita bernama Jannah.
Boleh saja dia buang Jannah dari hidupnya. Tapi, bukankah lebih bagus jika dia saja yang mengaturkan untung nasib Jannah? Dia mahu dendam yang muncul entah bila ini terbalas.
Linda menghampiri Rizhan dengan membawa secawan kopi panas.
"Tuan nak makan sekarang? Kalau nak, saya panaskan lauk," soal Linda.
"Perempuan tu dah makan ke?" tanya Rizhan.
"Tak, tuan. Saya ikut cakap tuan. Kalau nak bagi makan, pagi saja. Malam, tunggu tuan balik dulu," jawab Linda. Rizhan mengangguk.
"Saya nak makan sekarang. Hidang makana untuk dia, tapi saya tak duduk semeja dengan dia. Awak tahu kan maksud saya?" soal Rizhan lebih kepada mengarah. Linda hanya mengangguk. Pemabntu rumah itu kemudiannya mengatur langkah ke bilik kecil yang menempatkan Jannah.
Tombol pintu yang dikunci dari luar, dibuka. Jannah sedang tidur merengkot di atas tilam. Linda mendekati Jannah lalu menggoyangkan kaki Jannah dengan hujung jari kakinya. Tak kuasa nak kejut manja-manja!
"Jannah, bangun. Tuan suruh keluar makan,"
Jannah yang kelihatan seperti orang bodoh hanya menurut. Dia berjalan di belakang Linda. Saat tiba di dapur, ternampak susuk Rizhan yang sedang duduk di meja. Jannah menarik kerusi lalu melabuhkan duduk.
"Siapa suruh kau duduk sebelah aku?" tanya Rizhan mengejutkan Jannah disebelahnya. Jannah terpinga-pinga tidak faham dengan apa yang disoal Rizhan.
"Tu, tempat kau dekat situ," kata Rizhan lagi sambil menunjuk ke arah lantai. Ada sebuah pinggan berisikan nasi kosong dan seekor ikan goreng.
Tergamam Jannah. Dia memandang tepat ke wajah suaminya. Air mata yang bergenang di tahan. Tidak mahu merayu simpati Rizhan lagi. Inikah jawapan sebenarnya dari istikharah yang dia lakukan selama ini?
Mungkin ini adalah kifarah yang Allah SWT turunkan buatnya atas dosa di masa lalu.
"Tunggu apa lagi? Aku lapar ni! Pergi duduk sana!" jerkah Rizhan. Jannah mengangguk lalu mengatur langkah duduk di atas lantai. Dia mendekati pinggan nasi tadi.
Nasi di dalam pinggan disuap ke dalam mulut. Sakit tekaknya angkara nasi yang tak berkuah dan tekak yang sememangnya sakit dari semalam. Berkerut dahi sewaktu ingin menelan nasi itu.
Air mata yang ditahan akhirnya mengalir juga. Saat dia menoleh ke arah Rizhan dan Linda, kedua-dua manusia itu hanya tersenyum sinis padanya sambil melihat dia yang sedang makan di atas lantai.
Jannah merasakan dirinya seperti seekor anjing yang berkurap. Tiada siapa yang mahu mendekati dirinya kerana tidak mahu kekotoran yang ada pada dia, terpalit sama pada mereka.
YOU ARE READING
SEINDAH JANNAH(C)
RomanceJannah pernah terheret ke dalam lembah hina demi menyelamatkan Sufiah. Satu-satunya perkara yang paling dia benci, akhirnya menjadi kesukaannya. Dia sudah terpalit dengan dosa yang pernah ibu dan Sufiah lakukan. Pemergian ayah memutarkan hidup Janna...