29

264 6 0
                                    

Hari ini, Rizhan akan menyertai ibu dan kakaknya untuk merisik Tania dan rumah keluarga milik wanita itu. Jannah, seperti biasa akan dikurung di dalam bilik.

Kepala yang sakit dan tekak yang terasa mual membuatkan Jannah terbaring lesu di atas tilam. Sakit yang sudah lama dia tanggung sejak sebulan lebih yang lepas.

Mungkin ini tanda-tanda dia bakal datang bulan.

Tapi, bila difikirkan balik, dia sudah tidak datang bulan hampir dua bulan. Sakit kepala, muntah dan mual. Entah-entah...

Jannah melekapkan tapak tangan diperutnya.

"Aku mengandung ke?" soal Jannah sendiri. Jannah menggeleng sendiri. Tak mungkin. Selama ini, dia makan pil perancang yang Rizhan berikan tanpa henti. Tak mungkin dia hamil.

Tapi, simptom-simptom kehamilan sudah dialami hampir dua bulan. Dan pil perancang yang Rizhan berikan baru digunakan sejak sebulan yang lalu.

Jannah beristighfar. Dia yakin yang dia tidak hamil. Mungkin cuma sakit biasa saja.



Rizhan yang sedang duduk di meja makan dilihat. Jannah berjalan mendapatkan tempat biasanya, iaitu di atas lantai.

"Kau tak sihat ke, Jannah?" tegur Rizhan. Lembik aje dia tengok Jannah ni. Jannah hanya menggeleng.

"Kalau tak sihat, bagitahu Linda. Aku tak nak simpan bangkai kau dekat rumah ni," kata Rizhan.

Jannah tidak mengendahkan lelaki itu dan mencapai pinggan berisikan nasi dan ikan goreng. Hidangan yang diberikan buatnya setiap hari.

Buwerk!

Jannah termuntah saat suapan pertama masuk ke dalam mulut. Tekaknya seperti tidak dapat menerima bau ikan goreng yang disuap ke mukut sendiri tadi.

Buwerk!

Sekali lagi Jannah termuntah sehingga Rizhan bangun menghampirinya.

"Apa kau ni, muntah dekat atas lantai! Kotorlah! Linda, sini bersihkan lantai ni," jerit Rizhan. Mati seleranya apabila melihat perempuan kotor itu muntah berkali-kali di atas lantai.

"Jannah, kau makan tak ubat yang aku bagi dekat kau tu?" tanya Rizhan. Dia mula mengesyaki sesuatu.

"Makan, abang. Setiap hari Jannah makan," balas Jannah.

"Kau mengandung ke?" tanya lelaki itu kembali. Dia merenung tubuh Jannah. Tubuh itu kelihatan sedikit berisi.

Jannah tergamam mendengar soalan yang keluar dari bibir suaminya itu. Tak tahu mahu memberi jawapan apa.

"Tak," jawab Jannah.

"Kau yakin?" tanya Rizhan lagi. Jannah hanya mengangguk.

"Bagus. Ingat, Jannah. Aku tak nak kau mengandung. Kalau aku dapat tahu yang kau mengandung, kau tahulah apa nasib budak tu bila dia lahir nanti," tegas Rizhan lalu keluar dari ruangan dapur.

Telefon dicapai lalu dia menghantar pesanan kepada Tania.




"Kenapa ni, sayang? You okay tak?" tanya Tania. Mana tidaknya, dia melihat buah hatinya nampak murung saja.

"I okay je. Jangan risau, sayang," balas Rizhan.

"Kalau macam tu, minumlah air yang I order tu. Sorry, I tak tahu you nak minum apa, so I order je hot latte untuk you," kata Tania. Cawan berisikan latte panas dihulur kepada Rizhan.

Saat cawan itu mengena bibir Rizhan, Tania hanya mengukir senyum. Rizhan mesti kena minum air itu.

Berkali-kali dia memberi kiasan pada Rizhan agar menceraikan Jannah segera. Mereka bakal berkahwin tidak lama lagi, dan Tania tidak mahu berkongsi Rizhan dengan Jannah.

Kalau Rizhan tak nak ceraikan Jannah, dia boleh cari jalan lain. Asalkan, rumah mereka nanti hanya ada dia dan Rizhan saja.

Dan kerana itu, dia punya rancangan dan rancangannya sedang berjalan tanpa disedari Rizhan.

Buk!

Rizhan yang sudah melentokkan kepala di atas meja dipandang Tania. Senyum sinis tersungging di bibir. Dia bergerak menghampiri lelaki itu.

Tubuh yang sasa itu diangkat sedikit lalu dipapah menuju ke kereta. Saat Rizhan sudah siap didudukkan di kerusi penumpang, Tania menghubungi Linda.

"Linda, saya on the way. Pastikan awak buat kerja awak," pesan Tania.

"Baik, cik Tania," jawab Linda di dalam talian itu.

SEINDAH JANNAH(C)Where stories live. Discover now