5

240 12 0
                                    

"Hei awek cantik. Nak pergi mana tu?"

Jannah yang sedang berjalan pulang ke rumah ditegur sekumpulan mat motor yang sedang duduk di sebuah warung tepi jalan. Dia mempercepatkan langkahnya. Tidak selesa ditegur begitu.

"Alah, awak janganlah laju sangat. Sini dulu, minum dengan kami," bahu Jannah dicuit. Jannah menepis kuat tangan lelaki itu.

Entah sejak bila salah seorang dari lelaki tadi mengejarnya, dia tidak tahu.

"Eleh, garangnya! Jual mahal pula dia," ejek lelaki tadi.

"Tolong jangan ganggu saya," kata Jannah dan terus berjalan.

Malang sekali, lelaki sebentar tadi memang tak makan saman. Dia masih lagi mengejar Jannah.

"Alah, sayang ni...Macam tak biasa. Abang free malam ni. Cakap je nak bayaran berapa, abang boleh bayar," kata lelaki itu dan rakan-rakannya yang berada di belakang ketawa terbahak-bahak.

"Tak payah jual mahal sangatlah Jannah! Macam satu kampung ni tak tahu kau pernah jual badan dulu," jerit manusia di belakang itu pula.

Pijar wajah Jannah menahan malu. Tak kurang juga dengan air mata yang sudah bertakung. Orang kampung sedang melihatnya dan masing-masing sedang mengutuk dirinya.

Jannah menggeleng dan terus berjalan ke rumah. Dia juga sudah hampir sampai ke rumah. Tidak jauh pun lagi.

Sampai saja di rumah, dia terus masuk dan mengunci pintu. Air mata yang di tahan akhirnya terhambur juga.

Tidak bolehkah semua orang melupakan kisah silamnya? Jannah tahu itu mustahil. Kalau diberi peluang, dia mahu melaung sekuat-kuatnya, mengatakan dia sudah bertaubat.

Dada sendiri ditumbuk kuat berkali-kali. Menahan sakit yang mencengkam dada, mengenangkan kesedihan yang dialami dan maksiat yang pernah dilakukan.

Mampukah untuk dia terus kuat menghadapi dunia ini sebelum tiba masanya untuk dia pergi?

Sudah masuk tiga bulan Jannah bekerja sebagai kerani di sini. Hari ini, dia keluar bekerja lebih awal. Mahu keluar bersarapan di kedai kopi yang digemarinya.

De' Qaseh Coffee Shop

Bukan selalu Jannah boleh datang ke sini. Semua menu yang ada mahal. Kalau datang pun, hanya sebulan sekali untuk memberi hadiah kepada diri sendiri. Sekali-sekala, apa salahnya?

"Hot capuccino satu," Jannah memberi pesanan. Dia kemudian duduk di sebuah meja kecil, betul-betul di hujung kedai. Tidak mahu duduk ditengah dan semua orang boleh melihatnya.

Masa lalu sungguh memberi kesan kepadanya. Jannah menjadi takut untuk keluar. Hanya kerana tuntutan hidup sahaja membawa dia keluar. Dia tidak akan keluar dari rumah jika tiada perkara penting.

Berkali-kali Alia mengajak dia untuk keluar bersiar-siar, dan berkali-kali juga dia menolak.

"Duduk sorang?" suara seseorang mematikan lamunan Jannah. Rizhan menarik kerusi lalu duduk di hadapan Jannah.

"Tak sangka, awak ada dekat sini. Meja awak duduk ni tempat kegemaran saya," kata Rizhan. Dia berharap agar wanita ini bersuara walaupun sedikit.

Jannah masih kekal diam, berdoa agar pesanannya tadi siap segera. Tidak betah mahu duduk berdua dengan lelaki ini. Terasa tidak selesa.

"Saya boleh duduk dekat tempat lain," kata Jannah lalu meminta diri.

"Eh, tak perlulah sampai nak berpindah tempat. Saya okay je kalau awak duduk sini dengan saya," kata Rizhan. Rasa bersalah kerana apa yang dituturkan sebentar tadi.

Tak pernah lagi ada perempuan menolak dari duduk bersamanya. Tapi, Jannah lain. Jannah menolak untuk duduk bersamanya dan tetap berjalan duduk di meja lain.

Haih, hubungan mereka benar-benar sebagai majikan dan pekerja saja di pejabat. Rizhan mengeluh.

"Order 0256," pelayan di kaunter memanggil pelanggannya. Rizhan memandang saja kelibat Jannah yang bangun mengambil pesanannya lalu keluar dari kedai kopi itu.

Tak makan ke dia? Setiap pagi, dia melihat Jannah melangkah masuk ke klinik miliknya dengan memegang termos. Bila di tanya apa isi di dalam termos itu, Jannah hanya menjawab 'teh'.

Patutlah tubuh itu nampak kurus saja. Macam mana nak berisi, kalau pagi pun ikat perut.

Rizhan kembali ke kaunter. Mahu menambah pesanan.

"Chicken fillet sandwich satu. Bayar sekali dengan order tadi," kata Rizhan.

"Ini untuk awak," kata Rizhan seraya meletakkan beg kertas di atas meja kaunter.

Jannah yang sedang menyusun kertas-kertas di kaunter menghentikan kerjanya seketika. Dia melihat Rizhan yang sedang memandangnya.

"Untuk saya?" tanya Jannah kembali.

"Ya, untuk awak. Makanlah dekat pantri," kata Rizhan yang masih berdiri lagi di hadapan kaunter itu.

"Terima kasih aje, doktor. Tapi saya dah sarapan di rumah tadi," kata Jannah.

"Awak nak tolak pemberian saya? Tak elok macam tu. Ambil je sandwich ini. Saya ikhlas bagi," kata Rizhan lalu terus berlalu masuk ke biliknya. Tidak mahu mendengar lagi penolakan Jannah.

Bukam sekali dia memberi makanan kepada Jannah. Sudah berkali-kali untuk waktu makan tengah hari. Dan setiap kali itu juga, Jannah menolak pemberiannya.

Mujur saja hanya ada dia dan Jannah berdua sebentar tadi di klinik. Staf lain masih belum datang. Kalau tidak, mahu dia malu sendiri kerana pemberiannya di tolak.

SEINDAH JANNAH(C)Where stories live. Discover now