"Aku takut, Alia. Siapa yang sanggup terima aku, bila dorang dapat tahu siapa aku yang sebenarnya? Dalam kampung ni, cuma kau dengan keluarga kau aje yang terima aku walaupun aku ni manusia paling jijik dan kotor. Aku layak ke untuk bersuamikan mana-mana lelaki pun? Aku bukan perempuan yang baik, Alia," luah Jannah teresak-esak.
"Jannah, dengar apa yang aku cakap ni. Kalau dia memang jodoh yang Allah tetapkan untuk kau, baik buruk kau dia akan terima. Semua manusia layak untuk bahagia, Jannah. Memang aku tak berada di tempat kau, tapi jangan disebabkan kisah silam kau, kau penjarakan diri sendiri. Bahagia tu bukannya untuk orang yang alim je. Kau dah bertaubat, Jannah. Insya Allah, sampai masa nanti, giliran kau untuk bahagia pun akan datang," kata Alia.
Dia beralih tempat duduk di sebelah Jannah. Jannah yang sedang menangis teresak-esak dipeluk erat. Memberi kekuatan buat Jannah.
Jannah merebahkan diri di atas tilam usai solat Isyak. Cuti hujung minggu sudah tamat. Esok, dia perlu kembali bekerja.
Dia masih bekerja di situ ke? Entah ya atau tidak dia masih diterima. Entah-entah, Rizhan sudah memberhentikan dia dari bekerja di klinik milik lelaki itu selepas dia membuat pengakuan besar.
Memang betul apa yang dikatakan Alia siang tadi. Dia patut membuka peluang buat dirinya untuk bersama dengan lelaki lain atau dalam erti kata lain, bersuami.
Bukannya Jannah tidak mahu, tetapi dia takut jika masa silamnya akan menghancurkan kebahagiaan yang mahu dibina. Menjadi pelacur bukan satu perkara yang boleh dilupakan begitu saja.
Benarkah Rizhan begitu mencintainya? Apa yang ada pada dia sehingga Rizhan mengaku cinta?
Rizhan masih berteleku di atas sejadah. Sejak pengakuan yang dibuat Jannah beberapa hari yang lalu, sungguh dia terkejut dan tak terkata.
Namun, hatinya sudah terlalu jatuh cinta. Tak dapat dibendung lagi rasa dalam hatinya ini.
Bolehkah Rizhan menerima Jannah, selepas mengetahui siapa diri Jannah yang sebenarnya? Dia dilema. Wanita yang dicintai merupakan bekas pelacur. Tapi, bekas saja kan? Bukannya dia masih melakukan perkara terkutuk itu.
Perit sekali apabila teringatkan kisah lalu. Ibu dan ayah sering saja bertelagah. Rumah tangga tidak tenang.
Ibu kerap kali tiada di rumah. Keluar ke sana sini untuk berjumpa dengan rakan-rakan.
Ayah pula, mula-mula saja ada di rumah. Mungkin kerana bosan dengan ketiadaan ibu di rumah, ayah juga keluar. Kak Zalia berada di luar negara demi melanjutkan pelajaran
Dia pula, berulang-alik dari rumah ke universiti berhampiran demi tuntutan pelajaran.
Dia perasan ibu dan ayah semakin renggang. Suasana keluarga bahagia dulu tiada lagi. Semuanya pudar. Keadaan masih lagi aman apabila Rizhan sendiri menjumpai beberapa paket kondom di dalam kocek seluar ayah.
Bukan sekali dua dia lihat ayah pulang lewat ke rumah. Di tambah pula dengan bau rokok dan satu lagi bau busuk yang lain. Setahu dia, ayah tidak pernah sekali pun merokok di rumah. Jadi, dari mana datangnya bau rokok?
Ibu yang sedar dengan perubahan sikap ayah mendesak ayah untuk menceritakan hal sebenar. Ayah tetap mendiamkan diri.
Hinggalah tiba suatu saat di mana ibu dan dia menangkap sedang berasmara di dalam rumah mereka. Rizhan bertindak mencari perempuan itu.
Dan, perempuan itu adalah pelacur! Pelacur yang telah memusnahkan keluarga mereka.
Rizhan meraup wajahnya. Sedih apabila dia teringat akan kisah lalu. Bagaimana dengan perasaannya terhadap Jannah selepas ini?
YOU ARE READING
SEINDAH JANNAH(C)
RomanceJannah pernah terheret ke dalam lembah hina demi menyelamatkan Sufiah. Satu-satunya perkara yang paling dia benci, akhirnya menjadi kesukaannya. Dia sudah terpalit dengan dosa yang pernah ibu dan Sufiah lakukan. Pemergian ayah memutarkan hidup Janna...