26

258 6 0
                                    

Sebungkus plastik ubat dicampak ke wajah Jannah. Jannah yang sedang berbaring kemudiannya bangun lalu duduk dibirai katil.

"Tu, mulai esok kau kena makan ubat tu. Jangan skip walaupun sehari," suruh Rizhan.

Plastik ubat tadi Jannah capai lalu dilihat. Pil perancang.

"Abang benci sangat ke dengan Jannah sampai tak sudi ada anak dengan Jannah? Abang dah lupa janji abang?," soal Jannah perlahan. Rizhan ketawa mendengarkan soalan itu.

"Kau ni bengap juga ye? Kalau aku dah benci kau, kau ingat aku masih nak sayangkan anak yang lahir dari rahim kau?" Rizhan memulangkan soalan lalu keluar dari bilik itu. Pintu dikunci dari luar.

Jannah mengeluh perlahan. Kalau dah benci sangat, kenapa masih mahu menyentuh dirinya?





Pintu rumah diketuk membawa langkah Linda ke pintu. Saat Linda membuka pintu, terjengul wajah Zalia. Linda hanya kaku di depan pintu.

"Tak nak bangi saya masuk ke?" soal Zalia.

"Oh, silakan puan," jemput Linda. Dia hanya berjalan mengiringi Zalia dari belakang.

"Saya nak jumpa Jannah. Dia mesti ada dalam rumah ni kan?" tanya Zalia seolah mengarah Linda agar membawa Jannah berjumpa dengannya.

"Maaf, puan. Saya hanya ikut arahan Tuan Rizhan supaya halang Jannah dari keluar dari bilik sampai Tuan Han balik," kata Linda.

Zalia mencebik. Menyampah pula Zalia dengan perangai pembantu rumah yang adiknya upah ini.

"Saya kakak Rizhan. Macam ni, awak bawak saja Jannah datang sini. Awak boleh call Rizhan kalau risau sangat," kata Zalia sinis.

Dari mana entah Rizhan cari pembantu rumah perangai macam ni. Zalia tahu, mesti Rizhan ada buat apa-apa pada Jannah sampai diupah pembantu rumah. Sedangkan sebelum ini, Jannah berkeras tidak mahu menggunakan servis pembantu rumah dalam rumah ni.

Linda hanya menurut. Dia mengatur langkah ke bilik Jannah.

"Hei, bangun! Kakak ipar kau nak jumpa," panggil Linda.

Jannah yang lemah bangun dari duduknya. Entah mengapa, sejak kebelakangan ini, badannya terasa lemah. Malah, keadaan itu semakin menjadi-jadi sejak beberapa hari lepas.

Linda menarik kasar tubuh Jannah. Lembap! Buang masa dia saja. Bangun pun tak larat.

"Duduk ya, puan. Saya buat air dulu," ujar Linda selepaa meletakkan Jannah duduk di sofa.  Di bilik tadi, bukan main kasar si Linda ni. Depan Zalia, pijak semut pun tak mati.

Jannah hanya merenung kakak iparnya yang sedang duduk berhadapan dengannya. Mungkin wanita itu datang berjumpa dengannya untuk membicarakan hal yang satu itu.

"Jannah sihat?" soal Zalia. Susuk Jannah nampak seperti lembik saja. Entah Rizhan bagi makan atau tidak.

"Sihat, kak. Ada apa akak datang sini?" soal Jannah lemah.

"Akak sebenarnya nak cakap pasal ...,"

"Pasal hubungan saya dengan arwah Raqib?" pintas Jannah. Zalia mengangguk perlahan.

"Apa yang akak dengar?" soal Jannah.

"Ibu dengan Han bagitahu, arwah ayah salah satu pelanggan tetap Jannah dekat kelab malam dulu," ujar Zalia. Saat mendengar perkhabaran itu dari ibu dan adiknya, Zalia sungguh terkejut. Tapi, akalnya menyuruh agar dia bersabar dan tidak bertindak melulu.

"Semuanya betul, kak. Jannah tak boleh buat apa lagi kak. Semuanya salah Jannah. Jannah minta maaf sebab pernah hancurkan keluarga akak dulu," rayu Jannah seraya memandang tepat ke mata Zalia.

Zalia menghela nafas berat. Nak cakap lebih pun, semuanya dah berlalu. Dia yakin, Jannah bukan macam dulu lagi. Jannah dah bertaubat. Sepanjang dia dan Rizhan berkahwin pun, Zalia tak pernah dengar benda yang tak elok melainkan Rizhan mengaku bahagia di sisi Jannah.

Cuma hal ini saja yang meranapkan episod bahagia pasangan itu.

"Akak tak salahkan Jannah sepenuhnya. Lagipun, akak yakin yang Jannah dah berubah kan? Lagipun, apa yang jadi dulu bukan angkara Jannah. Akak lebih tahu apa yang jadi. Rizhan tak tahu. Pasal ibu...," keluh Zalia bila teringat peristiwa di masa lalu.

"Ibu dan ayah selalu bergaduh dari kami kecil. Akak rasa sejak dari mereka awal-awal kahwin lagi. Ayah perangkap ibu kahwin dengan dia. Atok dan nenek sebelah ibu meninggal sebab dikerah bekerja lebih sebagai hukuman kerana menolak pinangan keluarga ayah untuk ibu," cerita Zalia.

Terkelu Jannah. Rupanya, ada kisah lain disebalik penderitaan dia.

SEINDAH JANNAH(C)Where stories live. Discover now