"Kenapa ni? Masih fikirkan perkara sama?" soal Arfan. Isterinya muram saja.
"Nothing. I cuma gembira tengok Jannah dan Rizhan akan dapat baby lagi," ujar Zalia. Dia pula, usia sudah hampir 40-an, tapi...
"I tahu you macam mana, sayang. You sedih?" bukannya dia tidak mahukan zuriat sendiri. Usia dia dan Zalia juga bukannya muda lagi. Dia sendiri sudah berusia 43 tahun.
"I tak sedih la. I ada benda nak tunjuk dekat you ni. Cuba tengok," sekeping gambar kecil dihulurkan kepada Arfan. Arfan tersentak lalu memandang Zalia.
"Serious ni, sayang?" soalnya. Zalia tersengih lalu mengangguk.
"Ya Allah, Alhamdulillah. You mengidam apa-apa tak? Biar I carikan untuk you?" soal Arfan kalut. Dia mahu Zalia menjalani kehamilan pertama dengan sempurna.
"Relakslah. I tak mengidam apa-apa lagi. Kalau I nak makan unta dari padang pasir, you sanggup ke pergi ke Arab sana tu?" usik Zalia. Kalut sangat future daddy ni.
"Of course, sayang. I nak you enjoy through out the pregnancy. I sanggup buat apa-apa je untuk you dan baby kita," jawab Arfan.
Memanh begitu pun. Biarpun mereka dijodohkan keluarga, cintanya pada Zalia muncul sendiri. Sampaikan dia tak sanggup kehilangan Zalia. Malah, cintanya semakin bertambah.
Dia sendiri tidak tahu apa yang istimewa pada Zalia. Zalia juga tidak tahu apa yang istimewa pada dia sehingga mereka saling jatuh cinta. Bagi Arfan sendiri, dia tidak perlukan Zalia untuk cantik, kurus ramping dan putih hmgebu sebagai alasan untuk dia jatuh cinta pada Zalia.
Wanita itu sempurna serba-serbi buat dirinya.
Kekurangan seseorang akan melengkapi kelebihan orang lain. Hanya untuk yang bercinta.
YOU ARE READING
SEINDAH JANNAH(C)
RomanceJannah pernah terheret ke dalam lembah hina demi menyelamatkan Sufiah. Satu-satunya perkara yang paling dia benci, akhirnya menjadi kesukaannya. Dia sudah terpalit dengan dosa yang pernah ibu dan Sufiah lakukan. Pemergian ayah memutarkan hidup Janna...