63

354 8 0
                                    

"Cak!"

"Cak!"

Mukanya dibuka tutup dengan telapak tangan. Dibayangan mata dia, anaknya sedang tertawa riang apabila bermain dengan si ibu.

Sedangkan, yang berada di hadapannya cuma satu bantal yang berbalut dengan kain bedung bayi.

'Anak' itu digeletek. Makin riuh si kecil tertawa di hadapan ibunya.

Saat menyedari anaknya sudah keras perut kerana terlalu banyak ketawa, Jannah mengangkat 'tubuh' si kecil di dukungannya.

Hidung mancung anaknya dicuit sehingga anak itu tersenyum.

"Anak manja mama ni, tak nak tidur ke? Selalunya, dia nak tidur waktu siang macam ni," soal Jannah pada anak.

"Nak susu ya?" Kejap ya, mama bagi susu dekat anak mama ni," lantas butang baju dibuka dibahagian dada. Fikirnya mudah mahu menyusukan anaknya begitu.

Belum selesai butang baju dibuka, Jannah tersentak. Dia laju merenung bantal yang sedang dikendong.

"Ini bantal, bukan Aydin," ujarnya sendiri. Laju bantal itu dicampak ke lantai.

"Mana Aydin?"

"Aydin, anak mama pergi mana sayang?" dia mula mencari di setiap sudut. Pintu bilik air dibuka membawa kepalanya menjengah masuk melihat jika anaknya ada di situ.

Sayang sekali, semuanya kosong. Aydin tidak terlihat di mana-mana.

"Aydin! Aydin pergi mana?" tangisannya mendayu-dayu saat sedar anaknya tiada. Jannah melangkah perlahan ke luar rumah. Pagar dibuka.

"Aydin? Aydin jangan buat mama takut. Balik sini , sayang," rayunya agar si kecil pulang ke rumah.

Kelibat seorang anak kecil yang sesang bermain di hadapan rumah menggamit Jannah agar mendekati anak itu.

Terus tubuh kanak-kanak itu dia peluk erat sehingga anak itu menjerit dalam tangisan nyaringnya.

"Aydin, kenapa Aydin tinggalkan mama? Mama risau. Mama ingat Aydin hilang," belakang tubuh anak itu diusap bagi menenangkan si kecil biarpun anak itu semakin kuat mengeluarkan tangisan.

Zalia yang puas mencari keadaan Jannah tergamam saat melihat Jannah memeluk dan berbual dengan anak kecil yang dipeluk wanita itu. Seolah-olah si kecil itu anaknya.

"Jannah, ni bukan Aydin. Lepaskan dia, Jannah," pujuk Zalia.

"Hei, kau buat apa tu dengan anak aku, hah? Kau tu gila! Jangan nak dekat dengan anak aku. Nanti kau bunuh anak aku pula!" jerkah ibu kanak-kanak tadi yang tiba-tiba muncul.

Tubuh si kecil ditarik kuat agar menjauhi Jannah.

"Aku tak gila. Aku cuma cari anak aku. Ni anak aku!" balas Jannah lalu cuba mencapai tangan si kecil. Wanita tadi lebih pantas menolak tubuh Jannah.

"Kau dah bunuh anak kau! Anak kau dah mati!" jerkah wanita itu lalu segera berllau dengan anaknya.

"Jannah, Jannah tak boleh macam ni. Kesian pada arwah Aydin tengok mama dia sedih macam ni,"

"Aku nak anak aku...dia pergi mana? Kau tolong cari dia. Nanti suami aku balik, dia marah kalau anak aku hilang," tangan Zalia dicapai lalu digoncang kuat. Separuh merayu pada Zalia agar anaknya yang hilang dicari semula.

Zalia cuma mengangguk.

"Kita masuk dulu. Kejap lagi, akak tolong cari Aydin ya?" tangan Jannah dipimpin masuk ke dalam rumah.

'Jannah, akak doa supaya Jannah kembali kuat. Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini,' desis Jannah.

SEINDAH JANNAH(C)Where stories live. Discover now