"Sayang, bangun dulu...," panggil Rizhan.
Jannah mencelikkan matanya kecil.
"Kak Zalia dengan abang Arfan ada dekat bawah, tengah main dengan Aydin," kata Rizhan.
Jannah dibantu untuk bangun.
Saat dia mahu membuka butang baju Jannah, Jannah memegang tangannya kuat.
"Abang buat apa?" soal Jannah.
"Abang nak bawa Jannah bersihkan diri. Kenapa, Jannah fikir yang bukan-bukan ya?" soal Rizhan lalu menghamburkan tawa besar.
Melihat wajah cemberut Jannah, dia tahu Jannah malu dengannya. Tadi pun sama, dia mahu bantu Jannah bersihkan diri, namun dihalang wanita itu.
Dia cuma risau jika Jannah apa-apa terjadi pada Jannah sewaktu berada di dalam bilik air.
"Jannah, janganlah malu dengan abang. Abang cuma risaukan Jannah. Bilik air tu licin, bahaya. Abang tolong, ya?" soal Rizhan sekali lagi lalu mencempung tubuh Jannah ke dalam bilik air.
"Jannah, Jannah kena bertungku. Nanti, akak panggilkan agen bidan datang tolong Jannah bila Han tak ada kat rumah," kata Zalia. Risau juga jika Rizhan terlepas pandang hal tersebut.
"Bagus juga kalau akak nak tolong carikan. Lagipun, Han memang tengah cari orang yang boleh jaga Jannah dengan Aydin bila Han nak ke klinik," balas Rizhan.
"Terima kasih, kak. Buat susah je" balas Jannah.
"Tak ada yang susah, Jannah. Badan kita nak pakai lama. Kena jaga elok-elok,"
Aydin yang didukung Jannah mula merengek perlahan.
"Aydin, lapar dah ke? Bukan baru aje papa bagi susu tadi?"
Jari telunjuk disua ke mulut Aydin, namun bayi itu menolak. Mungkin mahu tidur.
"Anak papa ni nak tidur ke? Alahai, kesiannya dia mengantuk," tubuh Rizhan diambil dari Jannah lalu dikendong.
Aydin yang didodoikan mula memejamkan mata. Lena sudah anaknya. Jannah hanya memerhatikan Aydin di dalam dukungan Rizhan. Aydin memang anak ayah.
Tok Tok!
Ketukan di pintu rumah mengalihkan pandangan mereka semua. Aydin diserahkan semula kepada Jannah.
"Han pergi tengok kejap siapa datang,"
Ibu?
Zuraida sedang berdiri di hadapan pintu rumahnya sekarang. Macam mana ibu tahu alamat rumah ini?
"Tak nak jemput ibu masuk?" soal Zuraida saat Rizhan hanya diam merenungnya. Tanpa menunggu balasan dari Rizhan, dia terus saja melangkah masuk ke rumah itu.
Seisi rumah tergamam saat Zuraida berjalan ke ruang tamu.
"Ibu..bila ibu datang?" tanya Zalia.
"Ibu tak boleh datang ke? Ibu tak diundang?" Zuraida membalas pertanyaan Zalia dengan soalan.
Wanita yang sudah berusia itu hanya memandang Aydin yang sedang didukung Jannah.
"Siapa nama dia?" soal Zuraida.
"Muhammad Aydin Haris," jawab Jannah. Zuraida hanya mengagguk kecil.
Zuraida bangun lalu menghulurkan tangannya ke arah Aydin. Jannah mengerti ibu mertuanya mahu mendukung anaknya itu.
"Lenanya cucu nenek tidur," kata Zuraida. Pipi Aydin dikucup.
"Siapa yang jaga kamu nanti bila Han keluar bekerja?"
Jannah mengangkat wajah.
"Kak Zalia akan carikan agen perbidanan yang boleh uruskan Jannah dan Aydin," jawab Rizhan.
"Tak perlu, kamu duduk dengan ibu sementara Jannah tengah berpantang. Ibu jagakan,"
"Betul ke ni, ibu?" soal Zalia. Tak pernah pula ibunya berbaik dengan Jannah, tiba-tiba mahu menjaga wanita itu dan anak buahnya sewaktu berpantang.
"Kamu tak percaya ibu ke, Jannah?" soal Zuraida lagi pada Jannah.
"Jannah percaya ibu," jawab Jannah. Takkan dia mahu berburuk sangka dengan ibu mertuanya? Mungkin Zuraida sudah berubah dengan kehadiran si kecil Aydin?
YOU ARE READING
SEINDAH JANNAH(C)
RomanceJannah pernah terheret ke dalam lembah hina demi menyelamatkan Sufiah. Satu-satunya perkara yang paling dia benci, akhirnya menjadi kesukaannya. Dia sudah terpalit dengan dosa yang pernah ibu dan Sufiah lakukan. Pemergian ayah memutarkan hidup Janna...