45

361 8 0
                                    


"Untuk apa nak jelaskan lagi pada Jannah,abang? Jannah tak ada lagi tempat di sisi abang...,"

"Abang, Jannah cintakan abang sangat-sangat...,"

"Tak..tak..kau tak boleh tinggalkan aku, Jannah. Kau isteri aku!"

"...Abang buat Jannah macam anjing kurap tapi Jannah tetap cintakan abang!"

"Abang, lepaskan Jannah!"

"Kalaulah boleh digantikan nyawa Jannah dengan kemaafan dari abang, Jannah sanggup gadaikan nyawa Jannah,"

"Kalaulah boleh digantikan nyawa Jannah dengan kemaafan dari abang, Jannah sanggup gadaikan nyawa Jannah,"

"Jannah!"

Rizhan tersedar dari tidur. Dia mengangkat kepalanya yang diletakkan atas tangan Jannah. Jannah masih tidak sedarkan diri. Rizhan mencapai telefon pintarnya.

83 missed calls

Ada 83 panggilan dari Tania yang tidak berjawab. Banyaknya! Mesti balik nanti Tania akan membebel padanya.

Sementara menunggu Jannah sedar, Rizhan bangun lalu masuk ke bilik air. Dia mahu mencuci muka sebelum doktor yang merawat Jannah datang.

Usai membersihkan apa yang patut, dia kembali keluar lalu duduk di tepi katil Jannah.

Hatinya berat mahu pulang. Tania sudah banyak menipu dia tentang hubungannya dengan Jannah. Bukankah lebih baik jika Tania bercerita hal sebenar?

Jannah sedang membawa zuriat dia. Kerana dia tidak tahu kewujudan Jannah, isterinya terpaksa menanggung semuanya sendiri.

Ibu juga sama. Ibu sedikit pun tak pernah memberitahu dia apa-apa.

Mungkin kalau Rizhan tidak ke Rumah As-Sakinah, sampai bila-bila pun dia tidak akan tahu yang dia ada zuriat. Dan itu akan menjadi tanggungannya di akhirat nanti.

Astaghfirullah.

Klak!

"Eh, encik dah bangun? Maaf, kami perlu buat pemeriksaan terhadap isteri encik. Tadi encik tidur jadi kami tak nak ganggu,"  seorang doktor dan dua orang jururawat masuk ke bilik wad yang menempatkan Jannah.

"Tak apa, doktor. Check lah apa yang patut," balas Rizhan.

Doktor dan jururawat tadi melakukan kerja mereka. Setelah berpuas hati, jururawat keluar dari bilik itu meninggalkan Rizhan bersama doktor tadi.

"Macam mana dengan isteri saya, doktor?" soal Rizhan. Dia risau kerana Jannah masih tidak bangun.

"Semuanya baik saja. Saya anggarkan dia akan bangun tak lama lagi. Encik bawa bersabar, ya. Kalau Puan Jannah sedar kejap lagi, kita boleh benarkan dia untuk pulang,"

"Baik, terima kasih, doktor. Doktor," ucap Rizhan.

"Sama-sama," balas doktor tadi lalu menapak keluar.

"Sayang, sedarlah..," rayu Rizhan perlahan. Dahi Jannah dikucup lembut.





Rizhan yang tadi keluar kerana mahu membeli makanan melangkah masuk ke wad Jannah. Saat dia membuka pintu, dia nampak susuk Jannah yang sedang duduk di birai katil dan tertunduk-tunduk.

"Jannah?" panggil Rizhan.

Jannah menoleh ke belakang lalu terkejut melihat Rizhan berada di bilik itu berdua dengannya. Apa dia buat dekat sini?

Rizhan pula segera berjalan menghampiri Jannah. Fikirnya, Jannah mungkin memerlukan bantuan. Namun, melihatkan Jannah yang terkapai-kapai cuba mencapai kaki palsunya, Rizhan terus merampas kaki palsu itu.

Bertambah terkejut Jannah. Dia hanya menunduk kerana tidak berani menatap wajah lelaki itu.

"B..ba..bagi kaki saya..," pinta Jannah.

Adakah Rizhan mahu menarik semula pemberian kaki palsu itu darinya? Kerana bencikan dia?

"Jangan pergi dari saya, Jannah. Awak kena ceritakan semuanya," ujar Rizhan separuh merayu. Apa yang jadi antara mereka dan Tania, sehinggakan wanita dihadapannya ini bertindak mahu melarikan diri?

"S..saya nak..balik,"

"Jangan risau, Jannah. Umi dah ceritakam semuanya. Saya tak akan buat macam dulu lagi. Tapi, awak mesti kena tolong saya pulihkan ingatan saya. Saya merayu, Jannah,"

"Apa yang jadi antara kita dan Tania?" desak Rizhan sekali lagi.

"Awak....dan dia...dah tidur bersama sebelum..kahwin, Rizhan!"

SEINDAH JANNAH(C)Where stories live. Discover now