FERHAD - BAB 2💣

23.8K 723 18
                                    



BAMM! BAMM!

Bergemar bunyi tembakan dikawasan lapang tersebut. Para pelatih serta anggota polis sedang berlatih menembak pada waktu lapang untuk meningkatkan lagi prestasi mereka.

Seorang lelaki berdiri sambil berpeluk tubuh memerhati kawasan itu. Dia mengangguk apabila kelihatan para pelatih semakin lama semakin membaik dalam menembak sasaran.

Vroom..

Lelaki tersebut terus berpaling ke bunyian jip polis tersebut. Tersenyum dia apabila melihat gerangan yang keluar dari jip tersebut.

"Inspektor! Fuhhlamak.. hensem siot harini.." ujar Eidlan selaku konstabel polis yang hanya memerhati pelatih berlatih dari tadi.

Kelihatan seorang lelaki yang berbadan tegap yang memakai suit polis melangkah ke arah Eidlan.

Ditanggalkan kaca mata hitamnya dan disangkut ke kolar bajunya. Sempat dia mengerling ke arah pelatih serta anggota lain yang sedang menembak di kawasan lapang itu.

Eidlan senyum senget lalu melambai. "Tuan inspektor! Sini!" Jerit Eidlan dengan ceria. Dia ni aci redah sahaja. Maklum lah, inspektor tersebut adalah kawan baiknya. Jadi tidak hairan la jika dia berani dengan inspektor tersebut.

"Cepatlah berjalan tu inspektor Ferhad! Tak payah nak acah macho sangat la!" Jeritnya dengan mata terkenyit-kenyit. Cuaca amat panas ketika ini. Mahu burn muka sorang-sorang duk berjemur aje dari tadi..

Ferhad menjeling rakan baiknya lalu menjentik dahi Eidlan. Berdesis Eidlan dibuatnya apabila jari kasar itu menjentik dahinya.

"Kau tak tahu adab ke? Tegur aku terpekik terlolong macam tu. Tak malu ke kalau orang bawahan tengok perangai tak beradab kau ni?" Tanya Ferhad dengan dahi berkerut. Sudahlah sekarang panas. Si Eidlan pula memanaskan keadaan! Haih!

Eidlan mengeluh perlahan seraya mengusap dahinya. "Alah.. bukan orang dengar pun.."

"Still. Tak boleh. Kau tetap bawahan aku sewaktu bekerja. Jadi, aku nak kau hormat orang atasan kau kalau kau taknak orang bawahan kau kurang ajar dengan kau. Faham?" Tanya Ferhad dengan riak tegang.

Eidlan meneguk liur kesat. Ferhad ni tenang sahaja orangnya. Namun bila dah keluar singa tu, takut la juga..

"Faham inspektor.." jawab Eidlan lalu membongkok sedikit. Ferhad menggeleng. "Kau ingat aku ni mak bapak kau ke yang kau nak membongkok segala? Dah lupa ke prinsip dekat sini?"

Eidlan panggung kepala dengan sengihan. "Yelahh. Serius sangat la kau ni.." ujar Eidlan lalu mengangkat tangan ke dahi sebagai tabik hormat. Ferhad mengangguk lalu membalas tabik hormat tersebut.

Dia mengeluh perlahan lalu berpaling ke arah anggota lain sambil mencekak pinggang. "Kenapa kau tak join diorang berlatih? Aku tengok kau macam tak ada kerja je.." tanya Ferhad mendatar.

Eidlan menjungkit bahu. "Aku dah terer. Nak terer setara mana lagi?" Ferhad berdecit lalu menjeling rakannya.

"Terer? Apahal minggu lepas kau tembak tak kena sasaran? Hampir terkena papan orang lain tau? Celah mana terer tu?" Tanya Ferhad dengan dahi berkerut.

Eidlan menjeling rakannya. "Kau ni kenapa garang sangat hari ni? Gaduh dengan sepupu aku ea?" Tanya Eidlan dengan senyuman senget.

Ferhad berdecit. "Tak payah tukar topik. Aku tanya kau pasal tembakan tadi kan? Yang kau nak tanya hal peribadi aku ni dah kenapa?"

"Cehhh. Betul la tu. Bergaduh dengan Syeera lagi ke?" Ferhad mengeluh perlahan. Tidak mengangguk dan tidak menggeleng. Dia hanya menayangkan riak mendatar sahaja.

Syeera merupakan kekasih hatinya merangkap sepupu Eidlan. Hampir 2 tahun mereka bercinta. Mereka mula bercinta sewaktu Ferhad berumur 27 tahun manakala Syeera berumur 25 tahun.

FERHAD : LOYALTY OF LOVE [C]Where stories live. Discover now