FERHAD - BAB 9💣

11.2K 597 41
                                    



"SIAPA beri kebenaran kau untuk keluar dari balai sesuka hati?" Tanya Tuan Hilman merangkap Inspector General of Police (IGP) @ ketua polis.

Ferhad berdiri tegak dihadapan ketuanya seraya tabik hormat. "Maafkan saya tuan. Ada beberapa hal kecemasan terjadi kerana itulah saya terpaksa keluar sekejap. Sekali lagi saya minta maaf." Ujar Ferhad lalu menunduk sedikti.

Tuan Hilman mencerlung Ferhad lalu mendengus. Dia mendekati Ferhad lalu berpeluk tubuh. "Apa hal kecemasan kau tu? Berhubungan dengan keluarga ke?"

Ferhad mengeluh perlahan lalu menggeleng. "Bukan tuan.."

BAMM!

Terpejam mata Ferhad apabila Tuan Hilman menghentak kuat meja kerjanya. "Ada dua kepentingan dalam hidup anggota polis. Yang pertama adalah demi negara. Dan yang kedua demi keluarga. Antara keluarga dan negara, sudah semestinyalah negara yang perlu diutamakan. Tapi sekarang kau kata yang hal kecemasan adalah bukan dari keluarga. Habis tu apa?! Kawan?! Kekasih?!"

Bergegar ruangan itu apabila Tuan Hilman mula menjerkah. Terpejam kejap mata Ferhad apabila dijerkah sehingga sebegitu rupa.

"Maafkan saya tuan. Saya takkan ulangi kesilapan ini lagi." Ujar Ferhad lalu menunduk. Tuan Hilman mengeluh. "Bukan itu jawapan yang aku nak. Aku tanya. Apa hal kecemasan kau tadi? Apa yang nazak sangat sehingga kau keluar dari balai sesuka hati kau macam ni?! Jawab aku tanya!"

Ferhad memejam mata kejap. "Saya berjumpa dengan orang yang rapat dengan saya sekejap tadi."

"Oh ya? Sebab apa? Urgent matters? Dia dah nazak sangat ke?" Ferhad mengeluh perlahan lalu menggeleng.

Tuan Hilman mengangguk lalu berpeluk tubuh. "Kekasih?" Ferhad panggung kepala ke arah Tuan Hilman lalu menunduk semula.

Tuan Hilman senyum senget. "Sebab tu la aku cakap! Tak payah bercinta bagai nak rak! Kalau kekasih kau merajuk sebab tak dapat perhatian, seeloknya kau putus je dengan dia! Jadi kekasih anggota polis ni adalah berisiko tinggi. Kalau hati lemah, jangan sesekali bercinta dengan anggota polis! Kerana tempat pertama dalam hati seorang polis adalah negara. Bukannya manusia. Faham?!"

Ferhad mengangguk sahaja mendengar leteran itu. Tuan Hilman mengeluh perlahan lalu merenung pekerja bawahannya ini. Dia kenal Ferhad dan dia tahu Ferhad seorang yang bekerja keras dan amat patuh dengan peraturan.

"Dengar sini. Jika seorang perempuan tidak boleh menahan kerinduan sewaktu bercinta, kau jangan berangan lah dia boleh bertahan menjadi isteri kau. Semua isteri anggota polis harus berjiwa kental. Kalau hati lemah, lebih baik kau suruh dia bercinta dengan ahli korporat sahaja. Jangan bercinta dengan orang macam kita kalau taknak makan hati."

Ferhad mengetap bibir. Dia amat pantang jika seseorang mula meragui percintaannya bersama Syeera. Jika difikirkan, Syeera seorang gadis yang kental. Dia langsung tidak marah atau merajuk apabila Ferhad tidak melayaninya.

Tapi tadi mungkin Syeera sedikit kecewa kerana Ferhad bertemunya hanya untuk bergaduh. Bukan untuk meluangkan masa bersama. Kerana itulah Syeera agak terasa hati dengannya tadi. Padahal sebelum ini elok sahaja hubungan mereka berdua.

"Faham Inspektor Ferhad?" Ferhad panggung kepala lalu mengangguk. "Faham tuan." Jawabnya seraya berdiri tegak dihadapan Tuan Hilman.

Tuan Hilman mengangguk. "Lari 100 pusingan di padang. Jangan berhenti selagi tak cukup 100 pusingan. Sekarang." Arah Tuan Hilman lalu melangkah ke mejanya.

Ferhad mengangguk lalu tabik hormat. "Baik tuan. Saya mengikut perintah." Ujar Ferhad lalu menunduk sedikit. Dia memusingkan badannya lalu melangkah keluar dari ruangan itu.

FERHAD : LOYALTY OF LOVE [C]Where stories live. Discover now