FERHAD - BAB 8💣

11.8K 602 25
                                    



FERHAD mengesat peluh didahinya dengan tisu. Dia bernafas tercungap-cungap ketika ini kerana dia baru sahaja selesaikan misi mencari penjenayah. Dan dia bersyukur semuanya telah selesai. Penjenayah yang diburu telah ditangkap dengan jayanya.

"Fuhh.. penatnya lahai. Kenapa la orang jahat ramai sangat? Tak boleh ke pupus terus? Boleh la aku rehat kejap." Keluh Eidlan yang menghempas badan sebelah Ferhad. Dikesat kasar peluh di seluruh wajahnya sekarang. Berpeluh sakan duk kejar penjenayah tadi.

Ferhad menjeling lalu menggeleng sahaja. Malas nak melayan kawan baiknya itu. Dia mengambil telefon. Tersenyum dia apabila notification dari instagram Syeera naik ke dalam telefonnya.

Dia telah membuka notification instagram Syeera agar dia boleh melihat aktiviti Syeera dengan lebih cepat. Ferhad membuka story instagram Syeera dengan senyuman. Namun memudar senyumannya apabila melihat Syeera yang sedang berseronok menjaringkan bola ke dalam jaring bersama Badrul.

Bukan main gelak lagi mereka berdua ketika itu. Syeera pula senyum lebar ke arah Badrul yang sedang tersenyum ke arahnya.

Terus mati senyuman Ferhad saat ini. Tak sangka pula hatinya sesakit ini apabila melihat kekasihnya sedang berseronok dengan lelaki lain sewaktu dia bekerja keras.

Dia kenal Badrul. Dia kenal semua rakan Syeera. Dia tidak kisah jika Syeera berkawan dengan Badrul kerana mereka sudah berkawan dari dulu lagi. Tapi ada sedikit cemburu dalam diri Ferhad apabila melihat kekasihnya menayangkan senyuman manis kepada lelaki lain.

"Haih lambat lagi ke aku nak naik pangkat? Kalau boleh aku nak duduk je dalam pejabat. Tak perlu nak kejar penjenayah tak guna tu. Lenguh badan aku tau? Hampir mampus aku dibuatnya aih." Keluh Eidlan seraya memukul-mukul sedikit belakang badannya.

Dia berpaling ke arah rakannya apabila rakannya hanya diam membisu. Berkerut dahinya melihat wajah tegang Ferhad. "Weh Fer. Kau okey tak? Kenapa garang semacam je ni?"

Ferhad mendengus lalu bangun dari duduknya. Berkerut dahi Eidlan apabila kawannya bangun mendadak. "Aku keluar jap. Beritahu IGP aku ada urgent matters." Ujar Ferhad lalu melangkah pergi dari situ dengan langkah terburu-buru.

Tercengang Eidlan apabila rakannya menitipkan pesanan itu kepadanya. "What? Dia suruh aku beritahu ketua polis yang dia keluar? Apa dia ingat ketua polis tu member aku ke? Nak jumpa pun terketar apatah lagi nak bercakap? Urghhh! Tak guna Ferhad ni!"

Jerit Eidlan seraya mengusutkan rambutnya. Sudahlah dia penat sekarang. Rakannya pula cari pasal dengannya. Aihh, berdebar pula Eidlan sekarang ni nak menghadap ketua besarnya..

*:・゚✧*:・゚✧

SYEERA senyum lebar lalu melangkah perlahan ke arah kekasihnya yang sedang menunggu ditaman. Dia menjengket kaki agar tapak kakinya tidak kedengaran.

"Saya dengar." Ujar Ferhad tanpa memandang ke belakang. Syeera memuncung. Susah betul dapat kekasih yang peka dengan bunyi serta bau ni. Baru je nak buat kejutan tapi si Ferhad ni peka orangnya.

"Hye sayang.. tak sangka awak ajak dating mendadak petang ni.." ujar Syeera lalu tersenyum lebar dihadapan Ferhad. Ferhad mengeluh perlahan lalu berpaling ke arah Syeera yang senyum ke arahnya.

Sungguh dia rindu akan gadis ini namun dia harus menyelesaikan beberapa perkara sekarang. "Pergi mana tadi?" Tanyanya dengan riak mendatar.

Syeera menjeling. "Sayang tak tengok whatsapp ke? Saya ada hantar mesej pada awak.. siap bagi live location lagi.. tak buka eh?" Ferhad berdehem lalu berpeluk tubuh.

"Keluar dengan siapa?" Syeera menepuk dahinya. "Alamak sayang.. sorry. Saya lupa beritahu yang tu. Saya keluar dengan Aisya dan Badrul. Sayang kenal kan?"

Ferhad mengangguk. Nasib baik Syeera jujur. Kalau tak, mahu mengaum si singa jantan ni.

"Kenapa tak beritahu keluar dengan siapa? Taknak rahsia bocor ke keluar dengan lelaki lain belakang saya?" Berkerut dahi Syeera apabila Ferhad mengatakan itu.

"Sayang.. kan saya dah cakap tadi saya lupa. Saya ta-"

"Ohh boleh pula lupa.. Sebelum ni tak pernah pula lupa. Keluar dengan ibu dan abah awak beritahu saya. Keluar dengan Aisya pun awak beritahu. Tapi bila tibanya keluar dengan Badrul, awak diamkan saja? Macam tu?"

Syeera menggeleng dengan riak bingung. "Bukan.. saya memang lupa sayang.. saya excited sangat tadi sehinggakan saya sempat hantar live location je."

Ferhad senyum sinis. "Excited keluar dengan Badrul?" Syeera menggeleng laju. "Saya excited keluar dengan Aisya dan Badrul la.. dah lama saya tak keluar dengan diorang. Sebab tu saya tak buka sangat telefon saya waktu keluar dengan diorang.."

Terang Syeera bersungguh-sungguh. Apa yang dia kata betul belaka. Dia terlalu seronok sehingga terlupa untuk beritahu dengan siapa dia keluar tadi.

"Nampak happy je dengan Badrul dalam video. Macam pasangan kekasih pun ada." Ujar Ferhad mendatar. Syeera senyum lalu mengecilkan mata ke arah kekasihnya.

"Cemburu eh?" Ferhad menolak isian pipinya dengan lidah. "Kalau saya keluar dengan perempuan lain awak cemburu tak?"

Syeera mengeluh perlahan. "Sayang.. saya keluar bertiga tadi kan? Bukannya dengan Badrul sorang.. kalau Aisya tak ada tadi, saya takkan keluar berduaan dengan Badrul. Saya tahu batas saya la sayang.."

Pujuk Syeera seraya merapatkan dirinya ke arah Ferhad. Ferhad mengeluh lalu meraup kasar wajahnya. Entah apa yang ada dalam fikirannya namun dia agak cemburu melihat senyuman Syeera terhadap Badrul tadi.

Syeera senyum tipis. "Sorry okay? Lepas ni saya janji saya inform semuanya tanpa tertinggal sedikit pun pada sayang.. saya minta maaf sangat." Ujar Syeera perlahan.

Ferhad mengangguk. Dia tersentak apabila kedengaran telefon bimbitnya bergetar.

'IGP nak jumpa kau. Urgent.'

"Shit.." gumam Ferhad perlahan lalu meraup wajahnya. Syeera kemam bibir apabila kekasihnya mula mencarut.

"Kenapa sayang? Ada masalah?" Tanya Syeera perlahan. Ferhad mengangguk lalu menutup telefonnya. "Saya kena pergi." Ujar Ferhad lalu ingin melangkah pergi dari situ.

"What? Awak jumpa saya semata-mata untuk bertanyakan hal itu? Awak taknak tanya ke saya okay ke tak.. apa yang saya buat.. apa yang saya makan.. apa perasaan saya pada hari ni.. awak taknak tanya?"

Tanya Syeera dengan riak kecewa. Sakit juga hatinya apabila Ferhad datang untuk mencari gaduh dengannya. Bukan untuk meluah perasaan rindu semata-mata.

Ferhad mengeluh perlahan lalu memusingkan tubuhnya ke arah Syeera. "Sorry, saya kena pergi sekarang. IGP panggil saya. Nak taknak saya kena pergi sekarang juga."

Syeera mengangguk. "Pergilah. Awak memang macam tu. Langsung tak ada masa untuk saya." Ferhad mengeluh. "Again? Again and again?! Benda yang sama je ke yang awak nak ulang setiap masa kita bertemu?! Itu je ke modal awak sekarang Syeera?!"

Tersentak Syeera apabila Ferhad mula menjerkah. Ferhad mengusutkan rambutnya. Bukan niatnya untuk marah namun dia amat tertekan hari ini. Dia serabut dengan semua benda termasuk perkataan bapanya pagi tadi.

Syeera mencerlung Ferhad yang sedang merenungnya. "Please Syeera. Fahami saya. Saya ada tanggungjawab untuk orang awam. Kadang-kadang saya stress dan tertekan dengan semua benda ni. Awk boleh faham saya tak?"

Tanya Ferhad dengan tone suara yang sedikit rendah dari tone tadi. Syeera menunduk lalu mengangguk sahaja. Dibiarkan sahaja air matanya yang menitis ketika ini.

"Okey.. saya minta maaf sebab tak faham kaedah pekerjaan awak. Awak pergi la. Saya balik dulu." Ujar Syeera lalu memusingkan badannya. Dia terus melangkah laju seraya mengesat kasar air matanya yang berguguran.

"Syeera!" Jerit Ferhad lalu mengusutkan rambutnya. Bukannya dia tidak nampak air mata Syeera yang mengalir laju tadi. Ferhad mengeluh kasar lalu melangkah pergi ke keretanya. Dia harus bertemu ketua polis dahulu sebelum memujuk Syeera.

TBC🤍
VOTE AND COMMENT❤️

FERHAD : LOYALTY OF LOVE [C]Where stories live. Discover now