FERHAD - BAB 10💣

15.5K 664 23
                                    



SYEERA menggigit kukunya sambil menaip komputernya. Sedari tadi dia hanya bekerja tanpa henti. Dia akan sibukkan diri jika dia dalam kekecewaan. Dia tidak mahu terlalu melayan perasaannya.

"Syeera.." Syeera panggung kepala lalu menjungkit kening ke arah Aisya. "What?" Tanyanya lalu sambung menaip. "Kekasih kau datang." Ujar Aisya ringkas namun mampu menghentikan gerakan tangan Syeera diatas papan kekuncinya.

Dia terkebil-kebil dihadapan Aisya. "Kau jangan tipu aku.. takkan la dia datang waktu dia bekerja macam ni? Membohong aje kau ni.." ujar Syeera lalu menggeleng. Aisya menjulingkan matanya.

"Hello Miss Syeera Dahlia? Kau tak tengok jam ke? Cuba kau tengok sekeliling kau? Masih ada manusia ke?" Syeera terus melilau sekeliling. Dia menggigit bibir apabila ke semua pekerja sudah keluar untuk makan tengahhari.

Syeera mendengus. "Beritahu dia aku sibuk.. aku tak sempat la nak jumpa dia.." Aisya menjeling. Tahu sangat kawannya pasti merajuk dengan Ferhad.

"Kau tak kesiankan dia ke? Susah tau dia nak luang waktu untuk jumpa kau. Pergi la jumpa dia.. kang dia ada emergency pula, kempunan kau haa.."

Syeera berdecit lalu bangun dari duduknya. "Yelah!" Jeritnya lalu melangkah keluar dari pejabatnya. Aisya menggeleng dengan senyuman. "Eleh.. padahal dia pun nak jumpa jugak kekasih hati dia.. ego je lebih si Syeera ni.." gumam Aisya perlahan.

Syeera mengecilkan mata apabila kelihatan ada seorang lelaki yang berseragam polis sedang membelakanginya. Tahu la dia bahawa orang itu adalah Ferhad kerana Syeera amat mengenali bentuk tubuh kekasihnya.

Syeera mengeluh perlahan lalu melangkah mendekati Ferhad. Ferhad mengerutkan dahi lalu berpaling ke belakang. Dia boleh mengenalpasti tapak kaki seseorang yang melangkah ke arahnya.

Ferhad senyum lebar melihat Syeera yang berlari-lari anak ke arahnya. "Hye sweetheart.." tegur Ferhad sambil mencekak pinggang dihadapan Syeera.

Syeera senyum tipis lalu mengangguk sahaja. "Ada apa awak datang sini?" Ferhad mengemam bibir mendengar panggilan dari Syeera. Kebiasaannya Syeera akan memanggilnya 'sayang' dengan riak teruja apabila bertemunya kerana mereka jarang bertemu.

Namun sekarang gadis itu hanya beriak mendatar sahaja.

"Saya ada pertandingan kawad dekat kawasan ni.. itu yang saya datang terus ke pejabat awak ni.." jawab Ferhad yang merenung Syeera dengan renungan yang dalam. Sungguh dia rindukan gadis ini walaupun mereka baru sahaja bertemu semalam.

Syeera mengangguk sahaja. Dia hanya diam tak berkutik. Langsung tidak bercakap dengan riang seperti sebelum ini. Ferhad berdehem apabila dia merasakan situasi ini terlalu canggung.

"Dah makan?" Syeera mengangguk. "Dah.."

Ferhad senyum tipis. "Jangan menipu bie. Bie tahu awak tak makan lagi. Nak makan sama-sama tak?" Syeera terus panggung kepala dengan mata yang bersinar.

"Boleh ke?" Tanyanya dengan senyuman lebar. Ferhad tergelak perlahan lalu mengangguk. "Jom. Bie tunggu awak la ni. Bie pun lapar.."

Syeera tersengih. "Kejap saya ambil handbag dan telefon. Jap tau. Jangan tinggal saya!" Ujar Syeera lalu berlari-lari anak memasuki pejabatnya semula. Ferhad senyum lebar lalu menggeleng sahaja.

See? Senang je pujuk si Syeera tu.. sebab tu Ferhad makin sayang. Syeera mudah merajuk dan mudah terpujuk.. ajak makan pun dia dah teruja..

"Jom!" Ferhad terus berpaling ke arah Syeera. "Cepatnya? Awak berlari ke?" Syeera sengih lalu mengangguk. "Ha'ah. Saya takut awak ada emergency case nanti. Lebih baik kita pergi cepat-cepat."

Ferhad tergelak lalu menggeleng. "Tak ada emergency hari ni sebab saya kena berkawad. Jadi orang lain la yang kena ambil part saya hari ni." Ujar Ferhad lalu menghulurkan tangan. Berkerut dahi Syeera.

FERHAD : LOYALTY OF LOVE [C]Where stories live. Discover now