FERHAD - BAB 46💣

21.2K 623 34
                                    



"BABY, kalau bie dayung ke kanan, baby ikut sekali tau." Ujar Ferhad yang sedang mendayung kayak bersama Syeera. Ferhad duduk di hadapan manakala Syeera duduk di belakang

Mereka meluangkan masa bersama disini selama 3 hari 2 malam. Ia bermakna esok barulah mereka pulang ke rumah.

Syeera terkekeh ketawa mendengarkan itu. "Syeera tahu la bie.. Syeera dah belajar semalam masa bie tidur.." ujar Syeera sambil mendayung mengikut arah suaminya.

Berkerut dahi Ferhad. "Ea? Sempat pula belajar. Bie dah tidur mati dah semalam." Ujar Ferhad yang fokus kehadapan.

Syeera sengih sahaja. "Yerr.. Syeera dah google aktiviti yang best kat sini. Dan Syeera yakin yang bie akan bawa Syeera naik kayak.. sebab bie suka aktiviti macam ni kan?" Tanya Syeera lalu mencuit belakang badan suaminya.

Ferhad tergelak perlahan. Oo suka ek dia sentuh-sentuh kita konon kita tak boleh sentuh dia..

"Petang ni kita naik sunset cruise nak? Syeera nak tengok matahari terbenam dengan bie petang nanti.." ujar Syeera dengan senyuman yang tak lekang di bibir.

Dia tidak sabar untuk bercinta dengan suaminya diatas kapal. Berdua-duaan.. sambil menikmati keindahan alam.. melihat betapa bersihnya lautan di pulau ini.. disertakan juga melihat matahari yang terbenam di waktu senja.

Auch. Syeera sukaaa benda macam tuuu.. boleh la tangkap gambar dan letak di ig untuk kenangan heeee takshabarrr!

"Ehhh baby! Kenapa kayak ni bergerak macam ni? Syeera melompat ke?" Tanya Ferhad lalu berpaling ke belakang apabila kayaknya hampir terbalik ketika ini dek gegaran.

Syeera sengih tak bersalah. "Sowwyy bie.. Syeera menggelupur tadi sebab tak sabar nak tengok matahari terbenam petang ni hehehhehe."

Ferhad senyum lalu menggelengkan kepala. Dia terus berpaling semula ke hadapan. "Haih comel betul perangai dia.. ada juga aku terkam dalam laut ni karang.." gumam Ferhad perlahan.

Berkerut dahi Syeera apabila mendengar perkataan yang tidak jelas di bibir suaminya.

"Apa bie? Syeera tak dengar.." tanya Syeera seraya mencucuk-cucuk jarinya ke badan suaminya. Ferhad menggeleng. "Takde apa. Bie cuma kata bie pun tak sabar nak dating atas kapal petang ni.."

Syeera senyum mendengarkan itu. Asheronoknyaaa luang masa dengan suami terchentahhh..



*:・゚*:・゚


"COME.." ujar Ferhad yang sedang menghulurkan tangan ke arah isterinya yang ingin menaiki kapal tersebut. Syeera senyum lalu menyambut huluran suaminya. Dia terus memeluk tubuh suaminya dengan riak gediknya.

Ferhad gelak perlahan lalu mencium sekilas dahi isterinya. "Jom.. malu la orang tengok kita berpeluk macam ni.." bisik Ferhad lalu melepaskan pelukan mereka. Syeera sengih lalu menggenggam tangan suaminya.

Ferhad senyum lalu melangkah kehadapan kapal bersama isterinya. "Hati-hati.." ujar Ferhad apabila kelihatan isterinya hampir terjatuh kerana kapal sedikit bergoyang.

Syeera senyum sahaja apabila suaminya setia memegang tangannya ketika ini. Syeera berpaling ke hadapan. Tersenyum dia kerana dia bakal menonton matahari terbenam nanti..

Dia melangkah perlahan-lahan diikuti suaminya dari belakang. Ferhad pula hanya menatap sahaja wajah bahagia isterinya ketika ini. Tersenyum Ferhad melihat isterinya bahagia.

"Tak sabarnya... mesti cantik kan? Syeera nak snap gambar banyak-banyak la nanti.. Syeera jarang tau tengok sunset.." ujar Syeera dengan riak teruja. Ferhad mengangguk dengan senyuman lalu memeluk badan isterinya dari belakang.

FERHAD : LOYALTY OF LOVE [C]Where stories live. Discover now