FERHAD - BAB 47💣

17.7K 584 17
                                    



FERHAD senyum sambil memerhati isterinya yang sedang berselera menikmati hidangan malam. Mereka pulang agak lewat, kerana itulah mereka makan terus sekarang. Ye lah. Kena lah bekalkan tenaga..

"Makan la bie.. jangan la asyik tenung Syeera macam tu.." ujar Syeera lalu menutup mukanya dengan tangan. Ferhad tergelak lalu sambung menikmati hidangannya. Panahan mata Ferhad ni bahaya tau..

Kalau dia mencerlung ke arah pelatihnya, automatik pelatihnya terketar. Tapi jika dia merenung isterinya, automatik Syeera hampir pengsan kerana renungan cinta suaminya itu..

"Esok kita balik pukul berapa bie?" Tanya Syeera yang sedang mengunyah. Ferhad panggung kepala. "Pukul 10 pagi dah kena clearkan bilik."

Syeera mengangguk. "Syeera lupa nak tanya.. kita balik asing ke? Sebab bie datang asing dengan Syeera.." Ferhad menggeleng lalu menongkat tangan diatas meja.

"Tak ada lah.. bie balik dengan kereta Syeera nanti. Bie datang sini pun dengan jip Tuan Hilman. Dia yang nak hantar bie. Katanya mudahlah balik nanti balik dengan Syeera je.."

Syeera mengangguk. "Tuan Hilman? Orang atasan bie?" Ferhad mengangguk. "Yup. Orang yang hukum bie berlari tu la.."

Syeera mengerutkan dahinya lalu meletak kasar kedua-dua sudu dan garfu keatas pinggan. Tersentak Ferhad yang sedang menikmati hidangan apabila isterinya melempar peralatan itu.

Dia panggung kepala ke arah isterinya dengan riak bingung. "Kenapa? Tak sedap ke makanan tu?"

Syeera mendengus lalu berpeluk tubuh. "Oo jadi dialah yang bagi hukuman pada bie ye? Nanti bie ajak Syeera jumpa dia. Syeera nak marah dia sebab suka hati dia je buat bie macam tu. Dia ingat dia siapa nak hukum suami Syeera ni? Tengok la. Nanti Syeera karate lepas tu Syeera bu--"

"Tuan Hilman ketua polis."

"Lepas tu Syeera na--hah? Ketua apa?" Tanya Syeera dengan dahi berkerut. Ferhad senyum mengejek. "Ketua polis sayang.."

Syeera berdehem lalu mengangguk. Dia senyum pada suaminya lalu menunduk menyambung menikmati hidangannya. Tak apa lah.

Tak berani lah kalau ketua polis. Nanti masuk lokap tak boleh peyuk Ferhad. Takut lah.

Ferhad ketawa sahaja melihat isterinya yang terkulat-kulat. Dia memanjangkan tangan lalu mengelus kepala isterinya.

"Tak ada apa lah.. bie dah biasa dengan Tuan Hilman tu.. dia nampak je garang tapi dia baik.. dia yang sponser honeymoon kita ni." Syeera terus panggung kepala mendengarkan itu.

"Hah? Dia yang tanggung semua?" Ferhad senyum lalu mengangguk. "Tuan Hilman bagi reward pada bie sebab kerja keras dalam pasukan dia.."

Syeera senyum lebar mendengarkan itu. "Aww tak jadi la nak marahhh. Beritahu dia Syeera berterima kasih sangat pada dia okay?"

Ferhad senyum lalu mengangguk. "Alright my pretty lady.. sambung makan.. nanti kita ada aktiviti lain pula dalam bilik.." ujar Ferhad dengan senyuman senget lalu sambung menikmati hidangannya.

Syeera kulum senyum mendengarkan itu. 'Aktiviti dalam bilik' ahak! Tipu la jika seseorang yang nakal seperti Syeera ni tak faham maksud tersirat Ferhad tu.. Syeera pakar tau dalam hal tu sebab dia ni nakal sikit ahak!

Syeera berdehem kejap lalu memanjangkan kakinya untuk menyentuh kaki Ferhad. Tersentak sekejap Ferhad apabila ada satu kaki nakal yang menggesel kakinya saat ini. Dia menunduk sekilas lalu berpaling ke arah isterinya yang mengenyit mata kepadanya.

Ferhad tergelak. "Nakal ea? Sengaja kan goda bie masa tengah makan ni.." ujar Ferhad seraya membalas geselan kakinya ke paha Syeera. Syeera tergelak. Fikirnya Ferhad akan malu namun lain pula yang jadi sekarang ni..

"Syeera?"

Syeera dan Ferhad terus berpaling ke arah suara itu. Berkerut dahi Ferhad apabila melihat lelaki dihadapannya ketika ini. Syeera mengecilkan mata lalu menekup mulut apabila dia mengenali lelaki dihadapannya.

"Gosh! Haikal! Buat apa kat sini?" Tanyanya dengan riak teruja lalu bangun dari duduknya. Haikal tergelak melihat reaksi kawan seuniversitinya.

"I ada kerja sikit dekat Pulau Redang. You know right yang i bekerja bahagian pelancong?" Tanya Haikal dengan senyuman. Syeera mengangguk dengan senyuman lebar.

"Mestilah i ingat.. apa you ingat i ni nyanyuk macam you ke?" Haikal terkekeh ketawa mendengarkan itu. Ferhad pula menolak isian pipinya dengan lidah melihat aksi mesra isterinya bersama lelaki lain.

Dia.. seorang yang cemburu buta sikit.

"By the way you datang sini dengan husb you ya?" Tanya Haikal lalu senyum sekilas ke arah Ferhad namun Ferhad hanya merenungnya dengan riak mendatar.

Syeera mengangguk. "Ha'ah.. kami honeymoon.." terbeliak mata Haikal. "Oh ya? Congrats! I tak tahu pula you dah kahwin.. melepas la i dengan crush i ni kan?"

Ujar Haikal lalu gelak ketawa. Syeera terkekeh ketawa mendengarkan itu.

BAM!!

Terhinjut bahu Haikal dan Syeera apabila terdengar hentakan meja disebelah mereka. Syeera berpaling ke arah suaminya yang bangun dari duduknya dengan riak tegang.

Terkedip-kedip mata Syeera ketika ini apabila suaminya ingin melangkah memasuki bilik mereka.

"Bie.. nak pergi mana?" Tanya Syeera lalu melangkah menghampiri suaminya. Ferhad menjeling dengan hujung matanya. "Bilik." Jawabnya lalu melangkah menaiki tangga.

Berkerut dahi Syeera apabila suaminya seakan-akan amat marah padanya ketika ini. Haikal senyum tipis ke arah Syeera.

"Dia cemburu la tu.." ujarnya perlahan. Syeera berpaling semula ke arah Haikal dengan mata yang terkebil-kebil.

"Cemburu?"

Haikal mengangguk. "Yup. Kalau isteri i bercakap dengan lelaki lain pun i akan cemburu jugak.. same goes with your husband.."

Syeera mengangguk faham. "Takpa.. nanti i pujuk dia.. by the way Tia apa khabar? Lama dah i tak dengar khabar isteri you tu.."

Haikal sengih. "Khabar dia tak berapa baik sebab dia asyik muntah sekarang.. maklum la.. alahan anak pertama.." ujar Haikal lalu menggaru kepala yang tidak gatal.

Syeera terus menekup mulut dengan riak bahagia. "What? Omg! Congrats! Tak sangka you dah nak jadi papa! Ishhh i pula yang excited tau?"

Haikal ketawa melihat reaksi rakannya itu. "Lepas ni you la pulak.. i tak sabar nak tengok Syeera's junior ni.."

Syeera sengih. Yeah. Nak buat la ni. Nak buat malam ni jugak muehheheheheh.

Ferhad yang memandang dari tingkat atas mengetap rahang melihat isterinya yang masih bersembang dengan lelaki itu. Dia agak cemburu melihat Syeera yang bergurau sakan dengan lelaki tersebut.

Ferhad mendengus lalu melangkah memasuki biliknya dengan riak yang masam mencuka. Fikirnya isterinya akan memujuknya namun meleset sangkaannya apabila melihat isterinya elok sahaja bercakap dengan lelaki tadi di tingkat bawah.

"By the way congrats again.. i rasa i kena naik sekarang.. i nak pujuk husb i.. mesti dia salah faham pada you nanti.." ujar Syeera dengan riak berkerut. Rasa bersalah menerpa diri apabila dia tidak memujuk suaminya secepat mungkin..

Haikal mengangguk. "Pergi la.. i pun nak masuk tidur juga ni.. i kena cepat-cepat juga. Bimbang Tia bangun nanti i tak ada disamping dia.. menangis dia nanti.. dia makin manja sejak mengandung ni.."

Syeera senyum mendengarkan itu. Dia juga inginkan zuriat bersama Ferhad. Dia tidak kira. Dia nak mintak jugak malam ni hakhak!

Tapi Ferhad bagi ke? Sudahlah Ferhad tu pemalu.. dan Ferhad merajuk dengannya sekarang. Macam mana nak pujuk Ferhad?

Itu yang berlegar-legar di fikiran Syeera ketika ini. Dia harus melakukan sesuatu untuk memujuk kembali suaminya itu. Kalau tidak boleh cara kasar, dia akan buat cara halus..

Syeera senyum senget apabila dia mempunyai idea untuk memujuk Ferhad. Ferhad suami. Dan dia isteri. Pastilah Ferhad akan mudah tergugat jika dia melakukan sesuatu di luar jangkaan kan?

Heheheheh. Syeera ni memang.. suka sangat berfikir ke arah lain..

TBC🤍
Ooo Ferhad pemalu eh..

VOTE AND COMMENT❤️

FERHAD : LOYALTY OF LOVE [C]Where stories live. Discover now