SYEERA mengeluh perlahan seraya merenung wajahnya tanpa mekap di cermin bilik air biliknya. Mereka baru sahaja selesai dengan kenduri kahwin dan Syeera telah membersihkan dirinya sekarang.Sedari tadi dia hanya buat-buat senyum sahaja melayan tetamu. Dia langsung tidak bercakap dengan Ferhad kerana dia masih terasa dengan suaminya itu.
Dia sedang berfikir adakah Ferhad terpaksa berkahwin dengannya? Atau Ferhad menganggap perkara ini sebagai perkara main-main? Dia tidak tahu akan itu.
Yang pasti hatinya masih sakit dengan sikap suaminya yang mampu membuatnya berhenti bernafas tadi.
Syeera mengesat rambut basahnya lalu keluar dari bilik air dengan riak mendung. Sedang dia menutup pintu bilik air, dia merasakan bahawa ada seseorang memerhatinya. Dia terus berpaling ke katilnya.
Kelihatan Ferhad senyum ke arahnya dengan memegang dua bentuk cincin. Syeera mengeluh perlahan. Dia berdua tidak menyarung cincin lagi selepas bernikah tadi. Kedinginan Syeera telah membuatkan Ferhad serba salah untuk menyarung cincin mereka.
"Meh la sini.." ajak Ferhad sambil menepuk katil Syeera. Syeera melangkah ke arah Ferhad dengan langkah perlahan serta wajah mendatar. Ferhad senyum kelat melihat Syeera yang masih masam mencuka dengannya.
Syeera menghenyak punggung diatas katil bersebelahan suaminya. Ferhad senyum sambil merenung wajah mendung isterinya. Baginya Syeera tetap cantik walaupun wajah tanpa mekap seperti sekarang.
"Bie minta maaf tentang tadi..ada hal yang bie tak dapat elakkan.. bie bukan sengaja pun datang lewat.. kalau Syeera tak percaya, Syeera boleh tanya Felina.. dia saksi dimana bie dah sedia untuk ke rumah Syeera tadi.."
Pujuk Ferhad perlahan. Syeera mengeluh lalu berpaling ke arah suaminya. "Hal apa tadi? Penting ke?" Ferhad menggigit bibir mendengarkan itu. Takkan la dia nak beritahu dia bergaduh mulut dengan Badrul tadi kan?
Ferhad senyum tipis. "Ada la.. hal lain.." Syeera berdecit lalu bangun dari duduknya. Dia terus melangkah ke balkoni biliknya lalu berpeluk tubuh.
"Awak selalu macam tu, Ferhad. Selalu berahsia dengan saya. Dari dulu sehingga sekarang masih sama. Tetap juga nak berahsia sehingga saya terfikir siapa saya dalam hidup awak sebenarnya Ferhad?"
Tanya Syeera dengan riak dinginnya seraya memandang ke arah luar. Diperhatikan sahaja angin sepoi-sepoi bahasa di malam yang sedikit dingin ini.
Ferhad bangun dari duduknya lalu melangkah mendekati Syeera. Dia berdiri di belakang Syeera lalu meneguk liur kesat. Felina ada berkata bahawa jika perempuan merajuk atau marah, dia kena menyentuh atau memeluk perempuan itu.
Tapi lupakah Felina yang kita sedang bercakap tentang Ferhad? Ferhad ni kasar orangnya. Mana mungkin dia pandai memeluk atau menyentuh perempuan.. selama ni pun dia tak pernah sentuh anggota badan Syeera termasuk peluk gadis itu.
Syeera mengeluh perlahan apabila suaminya diam membisu. Dia fikir bahawa Ferhad sedang lari dari pertanyaannya padahal Ferhad sedang berfikir cara untuk memeluk Syeera dari belakang ni.. terketar juga dia bila pertama kali ingin memeluk Syeera ni..
"I got it. Saya bukan sesiapa bagi awak. Awak berkahwin pun sebab dipaksa oleh saya. Entah awak cinta atau tak pada saya selama 2 tahun. Mungkin betul kata orang sekeliling saya. Yang awak hanya main-mainkan saya sahaja selama ni. Awak hanya pergunakan saya untuk mengisi masa lapang awak. Silap saya sebab terlalu teruja dengan perkahwinan ni."
Ferhad terus panggung kepala ke arah isterinya. Diperhatikan sahaja air mata isterinya yang mengalir dari arah tepi. Ferhad mengeluh perlahan lalu memeluk badan isterinya dari belakang.
Tersentak Syeera apabila Ferhad memeluknya dengan tiba-tiba. Sudahlah pelukan itu agak ketat.. boleh dikatakan Ferhad memeluknya dengan sangat kemas sekarang ni.. hampir lemas Syeera dibuatnya.
Syeera tahu pasti Ferhad kekok kerana pelukan mereka kaku sahaja ketika ini
"Bukan macam tu.. bie pun suka bila bie bo...boleh kah..kahwin dengan Syeera.." ujarnya tergagap-gagap. Nak tercabut jantung bila bauan badan Syeera menusuk ke rongga hidungnya. Sudahlah badan hadapannya melekap penuh dengan badan belakang Syeera ketika ini.
Berkerut dahi Syeera apabila Ferhad bercakap tergagap-gagap. Dia menunduk melihat tangan Ferhad yang sedikit terketar. Tahu la dia Ferhad agak kekok berpelukan dengannya sekarang.
Berdasarkan sentuhan serta pergerakan badan Ferhad, Syeera tahu bahawa Ferhad tidak pernah memeluk sesiapa sebelum ini. Syeera kenal cara orang berpeluk kerana dia selalu memeluk bapa serta ibunya.
Ferhad menarik nafas dan hembus perlahan untuk tenangkan diri. Baru je berpeluk tapi dah berpeluh sakan Ferhad sekarang..
"Bie terlewat sebab berjumpa seseorang.. tu je.." ujarnya dengan lancar lalu menghela nafas lega. Syeera mengangguk sambil menunduk. Diperhatikan sahaja tangan suaminya yang langsung tidak menyentuh perutnya ketika ini.
Hanya badan belakangnya sahaja melekap di badan hadapan Ferhad. "Siapa?" Bisik Syeera perlahan. Ferhad menggigit bibir kejap.
"Badrul.. ada berbual dengan dia kejap tadi. Terlalu lama berbual sebab tu terlajak tadi tu.." ujarnya perlahan. Betul la kan? Sampai situ je Ferhad boleh cerita. Lagipun semua itu memang betul. Dia berbual dengan Badrul tadi.. cuma tak cerita secara terperinci la..
Berkerut dahi Syeera. Dia terus memusingkan badannya menghadap suaminya. Ferhad merenung wajah Syeera yang amat rapat dengannya sekarang. Ferhad meneguk liur kesat apabila kedudukan mereka begitu intim.
"Badrul? Berbual apa?" Ferhad menggigit bibir kejap lalu berdehem. Berdebar juga dia sekarang. Biasanya perempuan yang berdebar. Sekarang terbalik pula. Syeera kelihatan tenang pula malam ini..
"Berbual pasal lelaki? Dia ada beritahu bie supaya bie jaga Syeera elok-elok.. dan kami berbual hal lain la berkaitan Syeera tadi.." Syeera mengangguk faham.
Diperhatikan sahaja dahi Ferhad yang mula berpeluh. Halkum pula bergerak-gerak. Syeera tergelak perlahan. "Kenapa ni bie hm?"
Tanya Syeera lalu mengalungkan tangan ke leher Ferhad. Terbeliak mata Ferhad apabila Syeera memulakan langkah.
"Err kita pakai cincin dulu nak?" Tanya Ferhad seraya menunjukkan cincin kepada Syeera. Syeera senyum menahan tawa. Dia tahu bahawa Ferhad sedang malu sekarang.
Syeera mengangguk lalu melepaskan rangkulan di leher Ferhad. Ferhad menghela nafas perlahan. Fuhh.. rasa berdebar pula bila tangan lembut tadi menyentuh lehernya.
"Err bagi jari.." ujar Ferhad sambil menggaru telinganya. Syeera tergelak perlahan. "Ambil la jari Syeera.. tak sweet la kalau Syeera bagi tangan pada bie macam tu je.."
Ferhad senyum kekok lalu mengangguk. Tangan kirinya mula terketar-ketar ketika mengambil tangan kanan Syeera. Syeera senyum sahaja melihat celoteh suaminya malam ini. Tak sangka pula Ferhad boleh malu setara ni hokhok!
Ferhad berdehem kejap apabila dia menyentuh tangan lembut itu. Pertama kali bersentuh tangan. Rasa seperti ada renjatan elektrik pula dalam badannya sekarang..
"Bie pakaikan okay?" Tanya Ferhad seraya menyarungkan cincin ke jari manis isterinya. Syeera senyum sahaja melihat tangan kekar itu menyentuh lembut tangannya sekarang.
Tersengih dia melihat perbezaan ketara antara tangan Ferhad yang sedikit tan dan tangannya yang putih melepak.
Ferhad menghela nafas kasar. "Dah." Ujarnya selepas menyarungkan cincin. Syeera terkekeh ketawa. "Bieee.. kita baru je sarung cincin. Bie dah gelabah ya?" Tanya Syeera perlahan.
Ferhad panggung kepala lalu sengih. "Bie tak biasa sentuh perempuan apatah lagi Syeera.. sebab tu bie kekok.. sorry.."
Syeera senyum lalu mengangguk. "Ok takpa.. Syeera faham la bie. Syeera kenal bie macam mana.." ujar Syeera lalu ingin mengambil tangan suaminya.
Ferhad terus menjauhkan tangannya dari Syeera. Syeera berpaling ke arah suaminya lalu menjungkit kening.
"Kalau bie pakaikan cincin sendiri dekat jari bie boleh? Bie tak selesa kalau Syeera sentuh bie.."
TBC🤍
Limited betul ko nih bangVOTE AND COMMENT❤️
YOU ARE READING
FERHAD : LOYALTY OF LOVE [C]
Romance🤍2ND LOYAL SERIES🤍 Percintaan antara dua hati telah ditentang hebat oleh kedua-dua orang tuanya. Namun kesetiaan dan kekuatan cinta mereka telah menguatkan lagi hubungan sehingga mereka langsung tidak goyah walau harus menghadapi pelbagai rintanga...