SYEERA senyum sahaja melihat Ferhad yang sedang bermain bowling. Agak kasar cara Ferhad melempar bola tersebut namun Syeera tahu. Pasti Ferhad sedang melepaskan kemarahannya.Syeera amat kenal kekasihnya. Ferhad akan melepaskan kemarahan melalui cara ini agar dia tidak tertumbuk orang lain. Inilah cara yang paling selamat baginya.
Ferhad menyebak rambutnya ke belakang dengan nafas tercungap. Dia senyum senget apabila ke semua pin boling jatuh angkaranya. Dia mengesat kejap dahinya yang berpeluh lalu memusingkan tubuhnya ke belakang.
Dia senyum sahaja ke arah Syeera yang sedang menongkat dagu di meja sambil merenungnya dengan senyuman. Syeera menepuk kerusi ditepinya. Ferhad yang faham akan itu terus melangkah mendekati Syeera lalu menghenyak punggung ditepi Syeera.
Syeera menjungkit kening apabila Ferhad memandangnya tidak lepas. Ferhad pula menongkat dagunya ke meja lalu merenung sahaja wajah Syeera ketika ini.
Syeera tergelak lalu menggeleng. "Kenapa tengok saya macam tu?" Ferhad menjungkit bahu. "Cantik sangat kot.. sebab tu saya tak nampak orang lain.. saya nampak awak je sekarang."
Syeera senyum sipu mendengarkan itu. Dia mengambil botol air mineral lalu dihulurkan ke arah Ferhad. "Ambil la minum." Ujarnya dengan malu-malu. Ferhad menjungkit kening.
"Taknak bukakan untuk saya ke?" Syeera menjeling melihat perangai mengada Ferhad. Siapa yang cakap Ferhad garang tu? Tak ada pun., dengan Syeera asyik nak bermanja dan sweet aje..
Syeera membuka penutup air tersebut lalu menghulurkan botol air itu ke arah Ferhad. Ferhad senyum lalu menyambut huluran itu. "Thank you sweetie."
Syeera sengih. Aiii nama lain pulak dah.. macam-macam akal si Ferhad ni..
Syeera menggigit bibir kejap. "Err awak, saya rancang nak jumpa mama awak."
PUFFFFF!
Terpejam mata Syeera apabila air yang diminum oleh Ferhad tersembur ke wajahnya. Ferhad membulatkan matanya lalu mengambil sapu tangannya.
"Sorry baby. Saya tak sengaja." Ujar Ferhad lalu cepat-cepat mengesat wajah basah Syeera. Syeera hanya memuncung sahaja. Nak dimarah tapi Ferhad dah minta maaf. Hmmm siap lap muka dia pula tu. Tak jadi la nak marah..
"Sorry... habis cair mekap awak.." bisik Ferhad perlahan dihadapan wajah Syeera. Syeera mencelik mata dengan wajah cemberut. Dibiar sahaja tangan kasar itu mengesat mukanya menggunakan sapu tangan.
Nasib baik tak ditenyeh nya muka aku...
"Eee habis tu kalau mekap saya cair, saya tak cantik la?" Tanya Syeera seraya menjungkit keningnya. Ferhad meneguk liur kesat. Dia mengerling sekilas telefonnya.
Gulp. Hari ini adalah tarikh Syeera datang bulan. Mampus la.. silap cari pasal pula..
"Bukan baby.. cuma err cumaa.."
"Cuma apa? Awak nak cakap saya hodoh la ni?" Ferhad menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Aihh kesitu pulak.. mana ada la baby. Saya tak maksudkan macam tu.."
Ujar Ferhad lalu mengeluh perlahan. Syeera menolak isian pipinya dengan lidah seraya mencerlung Ferhad yang amat rapat dengannya.
"Mengeluh pula? Penat sangat ke layan perangai saya?" Ferhad menggeleng laju lalu mengangkat sumpah.
"Tak baby.. bukan mengeluh sebab tu. Sorry sorry bie janji takkan buat lagi." Syeera memuncung sambil berpeluk tubuh. Dia terus pandang ke arah lain. Bukan nak merajuk sangat. Tapi saja je nak bermanja sebab Ferhad ni kaku sangat.. kadang-kadang susah nak sweet dengan dia ermm..
Ferhad berdehem kejap lalu mengesat rambut Syeera yang sedikit basah ulahan darinya tadi. Syeera sembunyi senyum. Dia suka bila jemari kasar itu menyentuh rambutnya. Syeera cepat terpujuk jika orang mengusap kepalanya..
![](https://img.wattpad.com/cover/351995666-288-k500335.jpg)
YOU ARE READING
FERHAD : LOYALTY OF LOVE [C]
Romance🤍2ND LOYAL SERIES🤍 Percintaan antara dua hati telah ditentang hebat oleh kedua-dua orang tuanya. Namun kesetiaan dan kekuatan cinta mereka telah menguatkan lagi hubungan sehingga mereka langsung tidak goyah walau harus menghadapi pelbagai rintanga...