FERHAD - EPILOG💣

22.7K 823 57
                                    



FERHAD keluar dari pintu keretanya sambil mendukung anak lelakinya. Dia menanggalkan kaca mata hitamnya serta anak lelakinya dengan bergaya. Anak lelakinya sudah masuk 3 bulan. Ia bermakna sudah habis tempoh Syeera berpantang.

Syeera menggeleng melihat suami serta anaknya yang begitu bergaya memakai baju kemeja biru gelap serta seluar berwarna putih. Manakala Syeera memakai baju berwarna biru gelap serta kain kembang berwarna putih.

Mueheheheh nak matching-matching.. mana aci Ferhad dengan Fateh je pakaian sama. Dia pun nak juga..

Ferhad menoleh ke arah isterinya lalu menggamit isterinya datang kepadanya. "Mari sayang.. kita jumpa papa lepas tu kita bertiga jalan-jalan.. lama dah isteri dan anak bie terperuk dalam rumah kan?"

Syeera senyum. Dia melangkah terkedek-kedek ke arah suaminya lalu memaut lengan suaminya. Didongak kepalanya memandang anak serta suaminya.

"Hensemnyaa double F Syeera harini.. Syeera nak mengorat yang mana dulu eh?" Tanya Syeera seraya meletakkan jari didagu serta mata memandang Ferhad dan Fateh silih berganti.

Ferhad menjeling manja. Syeera terkekeh ketawa melihat wajah menyampah suaminya. "Alaa dia ni.. mestilah Syeera ngorat bie dulu.. ish mengada betul papa Fateh ni.."

Syeera melentokkan kepala ke bahu suaminya. Ferhad senyum senget. Dicium sekilas kepala isterinya.

"Mestilah.. awak tu bie punya.. Fateh tak boleh caras." Syeera terkekeh ketawa. Dia suka mengusik Ferhad dengan mengatakan bahawa Fateh adalah kekasih nombor satunya.

Bukan main marah lagi si Ferhad tu.. yelahh.. dia nak jadi yang pertama untuk Syeera. Syeera pun layankan sahaja la perangai kanak-kanak suaminya itu.

"Eheeee.."

Tergelak Syeera mendengar kekehan ketawa Fateh. Ferhad senyum lalu mencium sekilas pipi tembam anaknya. "Geram betul dengan mini Syeera ni.. muka Syeera sangat la anak papa ni.."

Muka Fateh sebijik muka Syeera. Hanya kening dan rambut sahaja mengikut papanya. Pernah adik-beradik ibubapa mereka datang menziarahi mereka.

Dan kebanyakan dari mereka berfikir bahawa Fateh adalah perempuan kerana wajah dan kulit putih melepak Fateh mengikut Syeera..

Syeera senyum. Diusap pipi kemerahan anaknya apabila terkena sinaran matahari. "Nanti Syeera mengandung lagi untuk bie.. dan Syeera akan pastikan anak kedua kita nanti muka macam bie.. sebab bie hensem.. Syeera nak anak-anak Syeera hensem dan cantik macam papa dia.."

Ferhad senyum. Dijungkit keningnya. "Ea? Ok takpa.. malam ni bie order anak kita.. kita buat malam ni la eh? Cun tak?" Syeera memuncung. Dicubit abs suaminya itu sehingga Ferhad berdesis.

"Gatal.. Syeera baru je habis pantang tapi bie dah meminta eh?" Ferhad sengih nakal. Ditilik badan Syeera dari atas ke bawah seraya menjilat bibirnya.

"Mestilah.. dah 3 bulan bie tak sentuh.. kempunan tau?" Syeera menjeling manja. Namun ada senyuman di bibirnya ketika ini. "Malam ni la eh?" Ujar Syeera dengan suara menggoda.

Ferhad gelak kuat. Alahai dia gurau je tadi.. dia nak Syeera rehat secukupnya. Tapi kalau Syeera dah beri greenlight, Ferhad pun tak mampu la nak menolak..

*:・゚✧*:・゚

ENCIK UMAR senyum lebar ke arah seorang budak lelaki yang terkebil-kebil memandangnya. Syeera senyum tipis. Memang inilah niatnya.

Dia ingin mempertemukan Fateh dengan Encik Umar dahulu selepas dia habis berpantang. Baginya kasihan Encik Umar.. disaat orang lain dapat bertemu cucunya, Encik Umar pula terkurung di penjara ini.

FERHAD : LOYALTY OF LOVE [C]Where stories live. Discover now